80 Wakil Rakyat MQM Pakistan Letak Jawatan

1379

Puluhan ahli-ahli politik daripada sebuah parti politik Pakistan telah meletakkan jawatan sebagai protes terhadap dakwaan “penindasan” terhadap aktivis mereka.

Lebih daripada 80 wakil rakyat dari parti kontroversi keempat terbesar Pakistan, Muttehida Quami Movement (MQM), berundur jawatan mereka di Parlimen, Dewan Negara dan Dewan Undangan Negeri wilayah selatan Sindh pada hari Rabu, dan menuduh pasukan keselamatan dalam operasi mereka “berat sebelah” terhadap aktivis parti itu.

“Kami telah meletakkan jawatan daripada ketiga-tiga instusi sebagai satu siri protes terhadap ketidakadilan dan penindasan terhadap pekerja MQM dan penyokong di Karachi,” Dr Farooq Sattar, Ketua Parlimen parti itu, kepada pemberita di luar Parlimen.

“Kami di pinggirkan [oleh pasukan keselamatan] untuk memberi ruang kepada pesaing politik kami di Karachi,” dakwanya.

Satu tindakan keras keselamatan terhadap militan dan kumpulan-kumpulan di ibu negara komersial Karachi juga telah memberi kesan MQM, apabila pejabat-pejabat parti itu diserbu awal tahun ini.

Ketua Parti Altaf Hussein, yang tinggal dalam buangan di London tetapi masih menyampaikan ucapan berapi-api melalui telefon, telah menuduh tentera mensasarkan partinya selepas beratus-ratus aktivis ditahan kerana didakwa terbabit dalam rancangan pembunuhan musuh-musuh politik dan pasukan keselamatan, peras ugut dan lain-lain jenayah.

Berpangkalan di Karachi MQM mulanya mendakwa mewakili pendatang berbahasa Urdu yang berpindah ke Pakistan ketika pemisahan dengan India pada tahun 1947.

_81563313_1a51a689-5d1d-431c-8a67-8347f21a7610Mereka mendakwa mempunyai pengaruh yang kuat di wilayah Sindh tetapi telah dituduh beroperasi seperti kumpulan yang menggunakan ugutan dan keganasan secara teratur.

Tindakan keras keselamatan di Karachi telah menyaksikan lebih daripada 300 yang disyaki pengedar dadah dan 200 yang disyaki pejuang Taliban terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan di Karachi sejak sepuluh bulan lepas.

Media tempatan telah membuat spekulasi sama ada sebahagian daripada kematian adalah pembunuhan kehakiman.