80% Tapak HIKAM Siap

1873

Oleh : Najmiah Kasim

Semalam telah diadakan gotong- royong besar-besaran sempena Himpunan Anak Muda Marang (HIKAM) di DUN Pengkalang Berangan, yang giat dijalankan oleh Dewan Pemuda Kawasan Marang, bagi melicinkan tapak program.

Pengarah program Ziyad Zakaria berkata Pemuda PAS Marang telah membuat kerahan bagi kjerja persiapan HIKAM tersebut.

“untuk sama-sama turun untuk membersihkan tempat tersebut, kehadiran jentera dari jabatan amal, dan masyarakat sekitar turut kelihatan melancarkan gerak kerja pembersihan,

“sukarelawan lebih kurang 40 orang dari pelbagai peringkat umur, mereka saling membantu diantara mereka. Walaupun pagi ini cuaca agak kurang baik iaitu hujan yang lebat, tetapi ia tidak mematahkan semangat sahabat-sahabat,” katanya

Antara tugasan tugasan yang dibuat, menurut Ziyad ialah, memotong rumput, tambun kawasan yang bertakung, membuat saluran air, baik pulih tandas dan boreng air.

Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda Kawasan Marang berkata, ini anggaran 80% kondisi tapak sudah siap diratakan dan telah sedia untuk dipasang kanopi serta dibangunkan pentas utama.

Tambah beliau, program yang bakal tiba masih berbaki 17 hari lagi dan kerja-kerja menceriakan tapak serta memulihkan persekitaran gigih dilakukan, dan sentiasa di buat dari masa ke semasa untuk keselesaan para pengunjung.

“kita harap program ini berjalan dengan baik dan dipermudahkan segalanya serta mendapat keredhaan dari yang Tuhan yang Esa,” tambah beliau