Media Cina melaporkan Muslim Uighur yang dihantar pulang dari Thailand ke China bulan lalu masih ditahan dalam tahanan sementara oleh pihak berkuasa dan disiasat dengan dakwaan hubungan kebeberapa kumpulan bersenjata.
Laporan 5 Ogos itu juga berkata sesetengah daripada 109 Uighur menentang pihak polis Thai dan Cina kerana mereka dipaksa menaiki penerbangan pulang ke China kerana bimbang mereka akan dihukum apabila pulang.
Akhbar Global Times mendakwa beberapa orang Uighur telah merancang untuk melancong dari Thailand ke Turki dan mungkin akan berakhir dalam perjuangan di negara jiran Iraq atau Syria.
Polis berkata, mereka mengesyaki 13 orang dari kumpulan itu mempunyai hubungan ‘pengganas’.
Laporan tidak menyatakan mengapa orang lain, di kalangan wanita dan kanak-kanak, kekal ditahan hampir sebulan selepas dihantar pulang ke China.
Uighur adalah kaum yang berbahasa Turki, dari wilayah Islam yang diduduki oleh China di Turkestan Timur.
Pengusiran besar-besaran pada 9 Julai oleh Thailand telah menimbulkan kritikan antarabangsa bahawa pelarian terbabit boleh menghadapi penganiayaan oleh pihak berkuasa China.
Agensi pelarian PBB menggelar pengusiran itu sebagai tindakan “terang-terangan melanggar undang-undang antarabangsa.”




























