35 Nelayan Kuala Terengganu Terima Sumbangan

348

KUALA TERENGGANU – Seramai 35 orang nelayan dalam kawasan ini telah menerima sumbangan makanan keperluuan harian, sehelai lain pelikst Dan sedikit wang tunai Bagi meringankan beban Dan membantu mereka menghadapi gelora musim tengkujuh

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, sempena tahun baharu 2026, parti itu terus menyemarakkan semangat kebajikan dan keprihatinan kepada masyarakat, khususnya masyarakat serta keluarga di sekitar Kuala Terengganu.

“Program hari ini merupakan kesinambungan kepada siri-siri kebajikan yang telah dilaksanakan sepanjang Disember lalu dan awal tahun,

“hasil kerjasama pelbagai pihak termasuk Lajnah Kebajikan PAS Kawasan Kuala Terengganu serta rakan-rakan NGO seperti KT Care, Medic Aid dan Iman Care.”ujarnya.

Selain golongan nelayan, kata Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu, pada sebelah paginya, lebih 300 pelajar sumbangan kelengkapan persekolahan pada program ‘Back to School’.

“Sebelum ini, beberapa program kebajikan lain turut dilaksanakan seperti khatan percuma dan gunting rambut percuma sebagai persediaan anak-anak kembali ke sekolah.

“Insya-Allah, usaha kecil ini diharap dapat memberi manfaat, menyuntik semangat dan meringankan beban rakyat. Terima kasih kepada semua pihak yang terus istiqamah membantu dan menjayakan program-program kebajikan ini.” tambah beliau.