180 Pek Barangan Dapur Hargai Pengorbanan Pendidik

462

HULU TERENGGANU – Sebanyak 180 pek barangan dapur telah disumbangkan kepada para pendidik sebagai menghargai pengobanan yang diberikan dalam mendidik pelajar-pelajar tanpa mengira ganjaran.

Yang DiPertua PAS(YDP) Hulu Terengganu, Ustaz Maliaman Kassim berkata mereka yang telah banyak menabur budi dan berkorban mendidik anak-anak bermula pra-sekolah sehingga ke peringkat tertinggi yang di bawah kelolaan Parti Islam Se-Malaysia(PAS).

“Mereka merupakan tenaga pengajar PASTI, Madrasah Darul Ihsan(MADI) dan Kolej Universiti Darul Quran Islamiyah (KUDQI),

“Apa yang lebih utama, didoakan semoga segala kerja dan usaha kita ini mendapat keberkatan dan keredaan daripada Allah SWT untuk membantu sebagai tanda keraian dan penghargaan,” ujarnya.


Ustaz Maliaman berkata demikian selepas agihan sumbangan di Madrasah Darul Ihsan, Kubang Lembik di sini pada 18 Disember.

Penyampaian sumbangan yang diagihkan secara berperingkat iaitu pada 17 Disember 2024 ke DUN Ajil dan Kuala Berang, manakala pada 18 Disember 2024 di DUN Telemong dan Manir.

Sementara itu, seorang pendidik dari KUDQI, Ustazah Asmaa’ Harun, 40, meluahkan ucapan terima kasih atas sumbangan dari PAS Kawasan Hulu Terengganu itu.

” Saya mewakili pensyarah dan kakitangan KUDQI mengucapkan terima kasih kepada YDP yang cukup prihatin dan cakna akan kebajikan para pendidik terutama dalam sektor pendidikan swasta sekaligus dapat meringankan sedikit sebanyak beban para pendidik, ” katanya.

Seorang lagi penerima, Ketua Majlis Guru Pusat Asuhan Tunas Islam(PASTI) Hulu Terengganu, Nur Adilah Kamilah Mohamed, 38, berkata, sumbangan tersebut sangat bermakna buat mereka.

“Terima kasih kepada YDP dan PAS Kawasan Hulu Terengganu yang sentiasa menjaga kebajikan kami di PASTI,” ujarnya ketika dihubungi pagi tadi.

Manakala, Ketua Ulama Kawasan, Ustaz Shuqiman Tahir yang terharu dengan sambutan yang diberikan ketika rombongan mereka tiba untuk menyampaikan sumbangan.

‘Walaupun sumbangan yang diberi tidaklah seberapa, tetapi ia tanda ingatan ikhlas dari PAS kawasan kepada warga pendidik yang cekal istiqomah mendidik anak bangsa tambahan dalam musim tengkujuh ini,’

“sesungguhnya hanya Allah yang dapat membalas jasa dan pengorbanan yang tidak terhingga para pendidik,” katanya, ketika dihubungi hari ni.