Oleh : Rusni Hassan
KUALA NERUS – Tuntutan kesihatan yang amat ditekankan oleh Islam buat umatnya terutama para pejuang agama Allah akan direalisasikan buat kali kedua oleh PAS Teluk Pasu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan tersebut, Ustaz Ridzuan Hashim berkata, satu program kesihatan 10,000 Langkah akan diadakan bersama seluruh warga.
“Program yang akan berlangsung pada 13 Januari ini akan bermula diperkarangan Masjid Banggol Peradong pada jam 7.15 pagi,
“semua peserta akan berjalan sejauh kira-kira 4 kilometer dan akan berakhir di masjid yang sama,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program Ziarah Bersama YB dan Isteri di Kampung Kesom, semalam, Rabu, 10 Januari, disini.
Menurutnya, program seumpama itu pernah dibuat pada tahun lepas di Taman Desa Putra dan mendapat sambutan yang baik daripada penduduk berhampiran.
“Maka pihak penganjur meneruskan lagi program ini bersempena dengan Karnival Dakwah Pas kawasan Kuala Nerus pada pagi Jumaat 22 Februari, 2018,
“(Karnival) di kampung Buluh Gading dan pada program Mini Karnival Wanita Dun Teluk Pasu di Kampung Kuala Belara pada 9 Mac, 2018,” jelasnya.
Katnya, tujuan utama program itu diadakan adalah bertujuan membina masyarakat yang sihat dan cergas dengan aktiviti yang berfaedah, selari dengan apa yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Justeru, beliau berharap dan menyeru seluruh penduduk untuk hadir beramai-ramai bagi mengeratkan lagi ikatan ukhuwah antara warga Teluk Pasu.
“dengan kerjasama pihak Majlis Tindakan DUN (MTD) dan ianya selari dengan tema ‘sihat, cergas dan masyarakat sejahtera,” tambahnya,
Program tersebut dijangka berakhir dengan pengampaian hadiah cabutan bertuah kepada para peserta.