Tumpah darah ‘besar-besaran’ selepas 28 Februari

718

Pertempuran sengit yang akan membasahi bumi Moro dengan darah di Selatan Filipina dikhuatiri tercetus selepas pengunduran Pasukan Pemenatau Antarabangsa (International Monitoring Team – IMT) dari Wilayah itu pada 28 Februari depan.

Demikian menurut Timbalan Pengerusi Front Pembebasan Islam Moro (MILF) Ustaz Abdul Aziz Mimbantas (Gambar) ketika ditemui minggu lalu.

Katanya, umat Islam Moro terus ditekan oleh kuasa penjajah lebih sedekaddan akan meruskan perjuangan menegakkan sebuah kerajaan Islam di tanah Moro.

“Bangsa Moro berbeza dengan bangsa-bangsa lain, yang berjuang kemudian mendapat kemerdekaan, tetapi umat Islam di Moro terus ditindas selama lebih 100 tahun,”ujarnya di Markaz Satelit, MILF berhampiran bandar Marawi.

Menurutnya, setelah melalui perundingan yang panjang selama 14 tahun dengan pemerintah Filipina, tidak ada sebarang petunjuk yang dilihat bahawa pemerintah Filipina mahukan perdamaian.

Beliau memetik kandungan ayat al-Quran yang bermaksud ‘tidak akan redha kepada kamu (orang-orang Islam) sehinggalah kamu mengikuti jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasara), merujuk kepada sikap pemerintah Filipina yang tidak mahu memberikan kebebasan kepada umat Islam Moro.

>>Berita lanjut menyusul>>