Tanah Runtuh Korbakan Lebih Ramai Pelarian

1702

DHAKA – Tanah runtuh yang berlaku disebabkankan oleh hujan monsun telah mengorbankan sekurang-kurangnya lima kanak-kanak, berhampiran kem di perbatasan Bangladesh-Myanmar, yang menjadi tempat tinggal lebih satu juta pelarian Rohingya.

Agensi-agensi bantuan telah memberi amaran tentang potensi bencana apabila hujan lebat memcurah-curah di daerah Cox’s Bazar, kawasan di mana ramai pelarian hidup di lereng bukit yang terdedah dengan risiko.

Mangsa terbaru, yang bukan seorang pelarian Rohingya, meninggal selepas tiga hari hujan lebat menghanyutkan lumpur.

“Empat kanak-kanak dari keluarga yang sama sedang tidur ketika mereka tertimbus di bawah bukit bukit,” kata ketua Balai Polis Cox’s Bazar Fariduddin Khandaker pada Rabu 25 Julai.

Seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia enam tahun meninggal dunia di bandar Ramu, yang berhampiran.

Kedua-dua bandar ini terletak berhampiran dengan Kutupalong, kem pelarian terbesar di dunia, di mana lebih daripada setengah juta Rohingya hidup dalam pondok yang didirikan daripada buluh, terutamanya di bukit-bukit di mana pokok-pokok telah dimusnahkan untuk memberi laluan masuk.

Pelarian Rohingya telah berkumpul di Cox’s Bazar selepas kekerasan di Myanmar dalam beberapa tahun kebelakangan ini

Kira-kira 700,000 telah tiba sejak Ogos tahun lalu apabila tentera negara yang didominasi oleh Buddha melancarkan tindakan keras yang dikatakan oleh PBB boleh dikelaskan sebagi pembersihan etnik.

Tanah runtuh membunuh sekurang-kurangnya 18 orang di rantau itu sejak bulan lalu, termasuk seorang budak lelaki Rohingya yang mati dihempap oleh dinding lumpur runtuh di Kutupalong.

Sekitar 200,000 Rohingya yang tinggal di bukit di sekitar kem pelarian berisiko dalam hujan lebat, menurut pegawai bantuan bencana.

Kira-kira 37,000 orang telah dipindahkan ke lokasi yang lebih selamat menjelang musim monsun, kata pesuruhjaya pelarian Bangladesh, Mohammad Abul Kalam.

Beliau berkata pihak berkuasa dan agensi bantuan “berjaga-jaga” selepas tiga hari hujan tanpa henti meningkatkan risiko tragedi.

Tahun lepas, tanah runtuh musim monsun di Cox’s Bazar dan bukit Chittagong berdekatan membunuh sekurang-kurangnya 170 orang.

Agensi bantuan mengatakan, penyakit waterborne juga semakin meningkat apabila air banjir bergaul dengan kumbahan tandas.

Sumber: AFP / na