

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte pada hari Selasa (17 Okt) mengisytiharkan Bandar Raya Marawi bebas daripada pengganas, selepas pertempuran berlarutan selama lima bulan.
“Tuan-tuan dan puan-puan, saya dengan ini mengisytiharkan Marawi bebas dari pengganas,” kata Duterte dihadapan pasukan tentera di Marawi pada hari Selasa 17 Oktober.
Beliau berkata demikan, beberapa ketika selepas letupan dan tembakan masih kedengaran di bandar tersebut.
Krisis ketenteran di Marawi memerangi militan telah meragut lebih 1,000 nyawa dan 400,000 orang menjadi pelarian.
Tidak lama selepas pengumuman Duterte itu, tentera dalam kenyataannya menegaskan perang berterusan dan tidak ada jalan keluar bagi 30 militan yang masih berbaki di Marawi.
Jurucakap tentera berkata, 20 orang tebusan masih kekal dalam zon konflik.


“pembangunan dan pembinaan semula Marawi dari kehancuran,” kata jurucakap tentera Restituto Padilla kepada saluran berita ANC.
Beliau berkata, perjuangan untuk mengambilkan keamanan di kawasan terbabit oleh tentera darat masih berterusan.
Tentera tidak pasti sama ada Militan Mahmud Ahmad masih di bandar itu, tetapi beliau tidak dikenali dengan kemahiran sebagai seorang pejuang dan oleh itu ia tidak menjadi ancaman, kata Padilla.
Pada hari Isnin, tentera mendakwa satu kejayaan besar dicapai apabila mengumumkan kematian Isnilon Hapilon.
Beliau disebut oleh penganalisis keselamatan akan menjadi pemimpin bida IS dengan mengisytiharkan khilafah Asia Tenggara kerana kekalahan mereka di medan perang di Iraq dan Syria.




























