Terengganu, Malaysia
Rencana

Mundur Selangkah Bukan Kalah!

Mundur Selangkah Bukan Kalah!

Bismillah

Bukan tuan-tuan sahaja yang bersemangat, saya saya juga bersemangat dan bukan sahaja kita ahli dan penyokong PAS marah, tetapi saya juga merasa marah.

Namun perjuangan Islam yang kita cintai ini ada akhlak, ada adabnya. Kita ada adab dengan pemimpin dan kita berakhlak dalam berjemaah.

Sesungguhnya, kalau mengikut hati dan perasaan kita, memang kita nak perang, kerana hati muda kita masih membara, mahu menegakkan yang benar.

Tetapi apabila YB Ketua Penerangan PAS merangkap Pengerusi Fataqim 2.0 Ustaz Nasruddin Hassan arah supaya kita bersabar, kita wajib meredakan amarah kita.

Mundur Selangkah Bukan Kalah!

Dengar dan patuhlah kepada suara ‘komander’ kita, semoga Allah cucuri keberkatan atas kesabaran kita ini.

Saya teringat kisah para sahabat yang menyatakan tidak puas hati mereka terhadap Nabi SAW ketika menerima perjanjian damai Hudaibiyah.

Mereka merasakan adalah tidak adil dan Rasulullah SAW sangat berlembut dalam perjanjian itu.

Namun sedarlah kita semua bahawa sesungguhnya, mundur selangkah dalam perjanjian itu telah membuka kemenangan di Mekah (Al-Fathu Al-Makkah).

Mundur Selangkah Bukan Kalah!Kadangkala kita rasa tidak adil, sebab kita fikir pemimpin membiarkan bendera kita dicabut kerana selama ini kita bersusah dan sanggup bermandi darah untuk mempertahankan syiar kita, bendera kita!

Pemimpin juga merasai apa yang kita rasakan, namun ingatlah! Agenda kita mahu menegakkan Islam adalah sangat besar! Dan musuh-musuh Islam itu sangat ramai.

Mari kita bertafakur dan bermunajat kepada Allah agar Allah mengampunkan dosa kita dan meyakini bahawa Allah sedang membuka laluan kemenangan untuk kita…….In sya Allah, kemenangan itu bersama orang-orang yang sabar!

Saya terus menghargai semangat dan pengorbanan anak muda kerana pemimpin kita yang kuat masakini adalah dengan sokongan dan dokongan kita semua.

YB Ustaz Mohd Nor Hamzah
Ketua Penerangan PAS Negeri Terengganu
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong
7 Muharram 1439 / 28 Sept 2017 – 10.55 malam

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan