AKP dan Dokongan Rakyat Turki

1670

Oleh : Dr Riduan Mohamad Nor

Parti ini berakar daripada parti REFAH yang telah diharamkan oleh Mahkamah Perlembagaan Turki serta penerusan aspirasi perjuangan yang disambung oleh Parti Fazilet. Parti Fazilet yang akhirnya mengalami gelombang intriq dan polemik yang akhirnya menyaksikan dua kelompok Islamis terpecah kepada dua bahtera yang berbeza. AKP yang berwajah liberal progresif, manakala Parti Saadet yang berwajah Islam Fundamentalis.

3PPZp2Perpecahan kader-kader Refah ini menyebabkan lahan politik semakin menarik di negara yang pernah menjadi kuasa adijagat dunia selama 600 tahun lebih termasuk terpercik pengaruhnya yang kuat di Alam Melayu.AKP mendakwa kepada dunia bahawa mereka sekular pragmatis dalam geopolitik yang anti kepada gerakan Islam akibat sekularisasi tinggalan Mustapha Kamal. AKP menjadi fenomena baru kelompok kelas menengah Turki dengan tema mengislah sosio politik tanah dua benua itu.

AKP cuba membumikan peragaan wajahnya kepada warga Turki yang sekular dan mengubah ideologinya supaya tidak diganggu oleh Perlembagaan sekular Turki.

7c6db9cb4e344f63969c8eba44db27c5_18Ditubuhkan pada tahun 2001 oleh Erdogan dan juga alumni REFAH, FAZILET maka dengan pantas ia mengepakkan sayapnya ke seluruh Turki dan membentuk fenomena baru politik berasaskan kebajikan dan memacu ekonomi Turki. Parti Keadilan dan Pembangunan ini telah mengejutkan dunia apabila memperoleh kemenangan gemilang iaitu mencapai undi dua pertiga majoriti dalam Pilihanraya tahun 2002. Abdullah Gul telah dilantik sebagai Perdana Menteri Turki dan pindaan perlembagaan pada tahun 2003 menyaksikan Erdogan mengambil alih jawatan Perdana Menteri yang baru.

Parti dengan wajah moden ini cuba membangkitkan Turki yang mesra Islam, antaranya menggalakkan penubuhan sekolah-sekolah tahfiz, menggerakkan misi bantuan ke seluruh dunia termasuk di Bosnia, Palestin, Afrika, Bangladesh, Pakistan dan di pelbagai tempat duka umat Islam. Antara NGO yang turut mempunyai afialasi dengan parti ini ialah IHH, sebuah NGO Muslim terbesar di dunia Islam. Dalam Pilihanraya tahun 2007, AKP telah mencapai undi popular sebanyak 47 peratus dan parti ini memperjuangkan isu rakyat dengan cemerlang. Erdogan dan parti AKP cuba untuk memasuki Kesatuan Eropah dengan strategi untuk mengurangkan pengaruh tentera dalam Turki.

praya parlimen turkiErdogan dan AKP bijak memancing perhatian dunia, antaranya sikap tegas Erdogan dalam banyak isu antarabangsa seperti ancaman pada Israel apabila berlakunya peristiwa Mavi Marmara. Peristiwa ini telah mengorbankan 9 orang relawan Turki daripada pertubuhan IHH. Beliau memberikan tempoh kepada Israel untuk membebaskan lebih 600 orang tahanan kapal Mavi Marmara termasuk relawan Malaysia daripada Muslim Care, Yayasan Amal dan lain-lain lagi.

Semasa berlakunya Operasi ‘Cast Lead’ pada penghujung Disember 2008 (serangan Israel) yang menyaksikan pembantaian dasyat di Gaza dengan angka kematian mencecah 3,500 orang. Turki yang dipimpin oleh AKP adalah paling hadapan dalam membantu umat Islam di Gaza. Turki menjadi jurucakap Islam yang berkesan di platform antarabangsa, termasuk dalam isu Syria, Mesir, Arakan, Afrika. AKP telah membentuk budaya cakna kepada masyarakat Islam antarabangsa dan menyebabkan reputasi mereka meningkat dengan drastik meninggalkan kumpulan Islam yang lain di negara tersebut.

3432Kemenangan AKP kali ini turut mengembirakan seluruh pendokong Islam sarwajagat ini, biarpun parti ini sangat berhati-hati dengan keiltizaman Syariah berbanding Parti Saadet yang lebih menyihir kader-kader Islam. Euforia keislaman semakin meranum di Turki, bumi al Fateh, kegiatan jihad Taalim makin mengggebu serta anak-anak muda mula melihat Islam mampu mengembalikan kegemilangan moyang mereka, Khilafah Uthmaniah yang perkasa dan prihatin.Penulis yang lima kali telah menjejak Turki , sejujurnya mengakui keupayaan AKP berpencak di medan mereka tanpa menafikan peranan Parti Saadet sebagai kuasa semak dan imbang kepada kerajaan Erdogan. ISLAM pasti kembali memayungi dunia ini ,insyaallah!

(Penulis ialah AJK PAS Pusat, AJK Lujnah Politik Pusat)