Mahasiswa Mesir ‘Terus’ Bertempur Dengan Pihak Keselamatan

1086

Pasukan keselamatan Mesir telah menggunakan kekerasan menyuraikan protes mahasiswa anti-kerajaan yang berlangsung di dalam premis enam buah universiti di seluruh negara itu.

Pihak keselamatan telah bertempur dengan pelajar di Al-Azhar dan Ein Shams, dua buah universiti di ibu negara, Kaherah, selain pertembungan juga tercetus selepas pasukan keselamatan menyerbu tiga universiti utama di wilayah Delta Nil Daqahliya, Gharbiya serta Upper Mesir, Beni Soueif.

Para saksi mata melaporkan terdapat kecederaan dan tangkapan pelajar dalam pertempuran tersebut.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Hani Abdel-Latif berkata kepada Agensi Anadolu, tiga pelajar telah ditahan pada hari Ahad dari protes di universiti Kaherah.

Pelajar universiti di Mesir telah mengadakan demonstrasi, terutama yang dianjurkan oleh gerakan “Pelajar Menentang Rampasan Kuasa” sejak awal tahun persekolahan minggu lepas.

Mereka membantah gelombang baru penangkapan yang dilakukan oleh pihak berkuasa Mesir terhadap rakan-rakan mereka yang aktif berpolitik, tangkapan dari rumah ke rumah mereka, dan juga penahanan berterusan ribuan orang pelajar lain sejak musim panas lalu.

Kampus universiti di sekitar Mesir dipenuhi (kewalahan) oleh protes pada minggu pertama tahun akademik yang baru, di tengah-tengah sekatan keselamatan yang lebih ketat oleh pihak berkuasa, termasuk gerbang-saringan untuk pelajar.

Ahmed Nassef, jurucakap ‘Pelajar menentang Kudeta’ itu, berkata kepada agensi berita Anadolu bahawa pasukan keselamatan menahan lebih 235 orang pelajar, dalam masa lebih dari seminggu yang lalu.

“Tangkapan tidak akan menghalangi kami, kami akan terus dalam gerakan revolusioner kami melawan kuasa tentera yang menindas sehingga kami mendapatkan semua hak-hak kami sebagai pelajar dan mencapai matlamat revolusi,” kata Nassef.

Sementara itu, Abdel-Latif berkata keadaan keselamatan di universiti-universiti Mesir pada minggu kedua tahun akademik adalah “lebih baik dari sebelumnya.”

“Pasukan keselamatan yang ditempatkan di luar universiti lebih mengawal, mencegah sebarang tindakan merusuh,” tegas beliau.

Sejak tahun lalu, pihak berkuasa Mesir menuduh Ikhwan Muslimin, menggunakan protes mahasiswa untuk menjejaskan kestabilan negara.

Tahun akademik sebelumnya, yang bermula sejurus selepas penggulingan tentera terhadap Morsi dan permulaan tindakan keras mematikan di penyokongnya, telah melihat gelombang protes universiti yang telah meninggalkan beberapa pelajar dibunuh dan ramai yang ditangkap.

Ramai pelajar yang telah mengambil bahagian dalam protes juga telah dibuang dari universiti.