Hamas Umum Akan Bertanding Dalam Pilihanraya Presiden Akan Datang

936

Beit Hanoun, GAZA – Pemimpin kanan politik Hamas, Khalil al-Hayya mengumumkan, pergerakan itu telah mula membuat persiapan untuk bertanding dalam pilihan raya presiden dan pilihanraya dewan perundangan.

Ia adalah kali pertama bahawa kumpulan itu telah membuat keputusan untuk bertanding pilihan raya Presiden dan melihat peluang Hamas menang dan akan pemimpin Pihak Berkuasa Palestin.

Dalam komentarnya, yang dibuat pada hujung minggu, Hayya menjelaskan bahawa Hamas memberikan dedikasi khusus untuk bekerjasama dengan kerajaan konsensus semasa di Gaza, bahkan, pergerakan itu juga ingin memastikan bahawa ia mempunyai suatu strategi menghadapi pilihan raya yang akan diadakan.

Beliau menegaskan bahawa gerakannya bertekad untuk berusaha ke arah mengakhiri politik pemisahan dan membina organisasi nasional atas dasar ketelusan dan perkongsian kuasa.

“Adalah tidak dibenarkan bagi siapapun untuk bekerja bagidiri mereka sendiri,” katanya dalam pengumuman itu dibuat sempena acara memmperingati lebih 2, 100 orang rakyat Palestin yang terkorban di bandar utara Beit Hanoun, semasa perang 51 hari musim panas lalu.

Acara tersebut telah dihadiri oleh beribu-ribu orang warga Palestin, termasuk mantan Perdana Menteri Palestin, Ismail Hanyieh dan beberapa pemimpin kanan Hamas yang lain.

al-hayyaLangkah itu muncul sebagai satu usaha oleh kepimpinan Hamas untuk menggariskan pemikiran baru dalam gerakan itu, dengan Khalil al-Hayya berulang kali menggesa agar pilihan raya baru diadakan dan penyatuan semula politik dan ketenteraan yang lebih besar bagi Palestin, dalam menghadapi pendudukan berterusan Israel.

“Semua orang (kini) menyedari dasar sekatan (Israel) telah gagal, dan pengepungan terhadap kebangkitan itu musnah, dan tidak akan kembali,”

“Dunia dan pasukan zalim, yang mengenakan sekatan ke atas kita, mendapati ia sudah tidak berguna kerana kehadiran penentangan (rakyat Palestin).”tegas al-Hayya [Gambar kiri]

Israel telah cuba untuk membunuh Hayya beberapa kali selama bertahun-tahun. Kali terakhir adalah semasa serangan musim panas lalu apabila rejim itu mengebom rumahnya, membunuh anaknya, menantu perempuan dan cucunya.

Sebelum itu, beberapa anggota keluarganya terbunuh apabila pesawat F16 Israel menyerang tempat-tempat di mana ia dipercayai bersembunyi, namun, Hayya tetap tidak lemah semangat dan berikrar untuk bangkit melawan rejim Israel.

“Kami kini lebih yakin dan pasti … bahawa tidak ada tempat untuk penjajah (Israel) menghuni di tanah kami,” katanya.

Untuk itu, kata beliau, Hamas akan terus dan menggunakan teknik-teknik baru, walaupun terhadap sekatan yang menghalang mereka, ia tidak akan menghentikan usaha Hamas untuk menghasilkan lebih banyak roket buatan sendiri dan kemudian mengembangkan rangkaian mereka.

Sehubungan itu, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, walaupun dari Fatah yang berlainan kem bahkan telah menerima saranan dan langkah Hamas itu pada hari Rabu.

Beliau telah memberitahu sebuah stesen televisyen Mesir bahawa dia bersedia untuk menyerahkan kuasa kepada Hamas jika mereka menang pada pilihan raya akan datang.

Pada pilihanraya Presiden tahun 2005, Hamas tidak meletakkan calon menentang Mahmoud Abbas, walaupun kumpulan itu meletakkan ramai calon kawasan dewan perundangan untuk pilihanraya parlimen tahun 2006.

“Kami bersedia untuk pilihan raya presiden pada esok, dan jika Hamas menang, mereka akan mendapat kuasa,” kata Abbas. – sumber MEE