Seorang pegawai Hamas berkata, Gerakan itu akan mensasarkan bandar-bandar yang jauh di utara yang menjadi ‘jantung’ Israel dalam mana-mana konfrontasi masa depan dengan negara haram itu.
Komen-komen yang dibuat dalam satu majlis Hamas di Bandar Gaza ketika pelancaran replika roket yang mempunyai saiz sebenar, roket M-75, boleh mencapai sasarannya sejauh 75 kilometer ke dalam Israel.
M-75 telah digunakan untuk sasaran Tel Aviv dan sekitarnya serta kawasan Jerusalem yang lebih besar semasa pertahanan dalam Operasi Pillar pada tahun 2012.
Hamas merujuk kepada M-75 sebagai “Qassam yang lebih baik” apabila pertama menggunakannya semasa Operasi Pertahanan tersebut.


Sebab itulah, Komander Briged tersebut, Ahmed Jaabari, menjadi mangsa dan ditembak melalui serangan udara sehingga menghancurkan keretanya.
Kebolehupayaan Hamas mengeluarkan sejatanya sendiri telah membimbangkan tentera dan penduduk Israel.
Pameran peluru berpandu M-75 oleh Hamas itu adalah berikutan propaganda Israel yang mempamerkan senjata yang didakwa rejim, dirampas dari kapal yang berasal dari Iran.
Setelah dikatakan berada di bawah pengawasan oleh perisikan AS dan Israel selama beberapa minggu, sebuah kapal Klos C yang membawa pelbagai senjata termasuk 40 peluru berpandu yang boleh dilancarkan sehingga jarak 100 batu atau 160 kilometer.
Sebaliknya Iran telah menafikan semua hubungan dengan penghantaran senjata tersebut.
Timbalan Ketua Turus Angkatan Tentera Iran Brigadier General Massoud Jazzayeri berkata dengan ‘sinis’ kepada agensi berita Fars, Amerika dan Zionis mungkin memerintahkan pengeluar filem Hollywood melakunkan senario dengan sebuah kapal kargo yang didakwa membawa senjata Iran ke Gaza di Palestin.




























