Surah ini dinamakan surah al-‘Asr, termasuk kalangan surah yang dinamakan ‘Makkiyah’ yang diturunkan di Makkah ketika RasuluLlah dan para sahabat RA menghadapi cabaran kezaliman musuh Islam di kalangan arab jahiliyyah penduduk Makkah.
Mereka adalah di kalangan bangsa dan keluarga yang sama dan terdekat.
Mereka mengenali peribadi Rasulullah SAW secara langsung, menyaksikan kesempurnaan akhlak yang paling mulia dan akalnya yang paling bijak.
Namun kesombongan dan terpengaruh dengan kehidupan dunia yang ‘dekat’ dan sementara waktu, mereka menjadikan iblis sebagai ikutan dan contoh teladan.


Maka Allah mengumiakan hidayah kepada golongan ini, menjadikan mereka dipilih menjadi kalangan awal bersama RasuluLlah SAW, menjadi pengikutnya yang setia dan ikhlas.
Mereka berian dan beramal dengan apa sahaja yang ditunjuk ajar oleh Rasulullah SAW yang menerima wahyu daripada Allah.
Maka surah ini diturunkan kepada mereka supaya menjadi petunjuk yang mengukuhkan iman, membetulkan perjalanan hidup dan meneguhkan kedudukan menempuhi cabaran, seterusnya menjadi mukjizat petunjuk kepada manusia sepanjang zaman.
Maka, surah ini seperti keselurhan surah-surah Makkiyah, member penekanan kepada pembinaan iman dan amal soleh ‘fardi’ dan ‘jamaie’, kepada generasi Islam paling awal di Mekah, agar menjadi contoh kepada generasi akhir zaman.
Setiap manusia akan Berjaya sekiranya berdiri tegak diatas perkara-perkara yang disebut dalam surah ini seperti;
1. Iman
2. Amal Soleh
3. Berpesan dengan kebenaran
4. Berpesan dengan kesavaran.
Kitab Tafsir a-Tibyan surah al-‘Asr, kea rah memahami intipatinya yang ditulis oleh Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sedang diedarkan di pasaran oleh Kelab Kakitangan Badan Perhubungan PAS Terengganu.
Buku yang berharga RM7.00 sahaja ini sebenarnya adalah amat besar nilainya, boleh dijadikan panduan dan rujukan setiap isi rumah.
Pengedar dan pembeli yang berhajat untuk membantu menyebarkan kalam Allah ini, boleh menghubungi Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah di talian 019-9894125






























