Morsi dan 14 Pemimpin Ikhwan Dihadapkan Ke mahkamah

1064

Presiden Mesir yang digulingkan, Mohamed Morsi, telah dibawa dari lokasi rahsia penahanannya sejak empat bulan lalu, untuk menghadapi perbicaraan atas tuduhan menghasut keganasan dan pembunuhan.

Penampilan Moris pada hari Isnin 4 November, di akademi polis di daerah Kaherah timur adalah penampilan awam pertama sejak penggulingannya yang dirancang tentera pada 3 Julai.

Jika sabit kesalahan, Morsi, presiden pertama yang dipilih secara bebas Mesir, boleh menghadapi hukuman mati.

Sejak kejatuhan beliau, Morsi telah ditahan di lokasi tentera rahsia. Beliau telah diterbangkan pada hari Isnin ke tempat perbicaraan dengan helikopter.

_70889388_019862701-1Morsi akan menghadapi tuduhan bersama-sama dengan 14 tokoh lain Ikhwan dan sekutunya, termasuk Mohamed el-Beltagy dan Essam el-Erian, berhubung kepada pertempuran Disember lepas di luar istana presiden yang menyebabkan sekurang-kurangnya 10 mati.

Beliau bersama-defendan telah dibawa ke tempat perbicaraan di sebuah penjara, di pinggir bandar selatan Kaherah, dalam kereta perisai polis.

Perbicaraan Morsi serta rakan-rakannya adalah penuh dengan risiko dalam suasana ketegangan dan perpecahan yang sangat ‘pahit’ di Mesir.

Pertembungan secara berhadapan antara penyokong Morsi dengan pasukan keselamatan Mesir serta perpecahan antara umat Islam dengan puak sekular, Kristian dan wanita di pihak yang lain.

Pada saat-saat akhir, pihak berkuasa pada hari Ahad telah mengubah lokasi perbicaraan itu, satu langkah yang nampaknya bertujuan untuk menggagalkan perhimpunan besar-besaran yang dirancang oleh Ikhwan Muslimin.

Keselamatan adalah ketat dan diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga di sekitar tempat perbicaraan pada hari Isnin.

Beratus-ratus polis rusuhan berpakaian hitam yang disokong oleh kereta perisai dikerahkan di sekitar kompleks tersebut.

Beberapa kenderaan berperisai milik tentera telah dikerahkan juga – aumber al-Jazeera