Terengganu, Malaysia

Seluruh Rakyat DiSeru Rakyat Bangkit Bersama TMT

Seluruh Rakyat DiSeru Rakyat Bangkit Bersama TMT

KUALA TERENGGANU – Seluruh rakyat negeri ini diseru agar bangkit bersama untuk hadir beramai-ramai bagi menjayakan Himpunan Teguh Mempin Terengganu (TMT 2.0).

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Husain Awang berkata, Himpunan tersebut bakal berlangsung di Arena Square, Kuala Dungun bermula 19 hingga 21 November 2024 bagi memperkemaskan jentera, menjelang pilihan raya umum ke-16.

Menurutnya, program itu merupakan kesinambungan gelombang kebangkitan rakyat selepas kejayaan penganjuran terdahulu di Kemaman, sekali gus menjadi medan persiapan menuju Pilihan Raya Umum ke-16.

“Ayuh seluruh rakyat Terengganu, ayuh kita turun beramai-ramai di Himpunan Teguh Pertahankan Terengganu, TMT 2.0 di Dungun. Marilah kita sama-sama catatkan tarikh penting ini di kalendar harian kita.

“Bawa keluarga, ajak sahabat handai. Kita satukan hati kita, kita perkemaskan jentera kita. Marilah kita sama-sama terus berazam untuk membina kecemerlangan pada pilihan raya yang ke-16 akan datang ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menambah, kemuncak program selama tiga hari itu bakal menyaksikan majlis pelancaran jentera pilihan raya ke-16 peringkat negeri Terengganu serta ceramah perdana.

“Pelbagai acara sampingan turut diatur untuk pengunjung termasuk sukaneka keluarga, aktiviti santai anak muda, audio siar Terang Bulan, dan malam berselawat.” jelasnya.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan