MELAKA – PAS Kawasan Hang Tuah Jaya menyeru masyarakat, ahli dan penyokongnya supaya menunaikan tanggungjawab mengundi dengan penuh kesedaran, keikhlasan dan kebijaksanaan, menyokong Muafakat Melaka
Yang Dipertuanya, Ustaz Afiz Yahya berkata, perjuangan memartabatkan agama dan bangsa tidak bermaksud menafikan hak kaum lain atau penganut agama berbeza.
Sebaliknya menuntut semua pihak membina negara dalam suasana aman dan saling menghormati.
“Saya percaya bahawa setiap rakyat berhak menikmati keadilan, kebajikan dan kehidupan yang sejahtera tanpa mengira kaum, agama mahupun latar belakang,” jelasnya ketika dihubungi hari ini.
Menurutnya, setiap rakyat berhak menikmati keadilan, kebajikan dan kehidupan sejahtera tanpa mengira kaum, agama serta latar belakang.
Sehubungan itu, beliau mengajak seluruh warga kawasan itu keluar mengundi dengan mengutamakan pertimbangan yang matang serta memilih kepimpinan mampu membawa kebaikan kepada masyarakat, memangkah calon BN dan PN
“Kepada seluruh warga Yang Tuah Jaya marilah kita keluar menunaikan tanggungjawab mengundi dengan penuh kesedaran, keikhlasan dan kebijaksanaan.
“Undi dengan hati, undi dengan kasih sayang.
“Ambillah ruang menjalankan tanggungjawab sebagai Rakyat yang cintakan Negeri dan Negara ini,” ujarnya.
Dalam masa sama, Afiz turut merayu pengundi memberi peluang kepada calon Perikatan Nasional (PN), Ridzuan Sarif, untuk membuktikan kemampuan beliau berkhidmat kepada rakyat di kawasan berkenaan.
“Ridzuan Sarif sayang Bukit Katil. Berilah peluang kepada beliau untuk membuktikan beliau mampu bekerja untuk rakyat Bukit Katil,” katanya.
Justeru itu, beliau turut berharap agar usaha penyatuan ummah terus dipelihara serta negara dikurniakan kepimpinan yang amanah dan adil kepada seluruh rakyat.
“Semoga Allah SWT memelihara penyatuan ummah ini, memberkati segala usaha yang baik dan mengurniakan kepimpinan yang amanah serta adil kepada seluruh rakyat,” tambah beliau.










