Pemukiman PAS Marang Medan Muhasabah

105

Oleh : Fatimah Din

MARANG – Pemukiman atau ‘retreat’ PAS Kawasan Marang menjadi medan muhasabah walaupun kawasan parlimen tersebut telah menang dengan majoriti selesa pada pilihan raya umum lalu.

Timbalan Pesuruhjaya II PAS Terengganu, Dato’ Dr Alias Abdul Razak menzahirkan ucapan tahniah kepada PAS kawasan itu diatas kejayaan mengadakan program permukiman itu sebagai muhasabah untuk mengukuhkan lagi gerak kerja.

“PAS Marang telah menjadi contoh terbaik, oleh itu, tak boleh rasa selesa dengan kemenangan, kerana berdasarkan pengalaman kita sebelum ni, ” ujarnya .

Dr Alias yang juga Yang Dipertua PAS Kuala Nerus berkata demikian ketika berucap merasmikan Rretreat PAS Marang yang berlangsung di Marcon D’River Resort, Beladau Selat, Alur Limbat di sini pada selasa 16 Disember.

Program tersebut telah melibatkan seramai hampir 50 orang peserta yang terdiri daripada AJK PAS Kawasan, wakil Muslimat, Pemuda, Ameerah dan Assabiqun.

Menurutnya, tahun 2025 bakal melabuhkan tirainya, oleh itu, perancangan tahun depan perlu telah siap dirancang.

“Ini bagi memastikan misi, visi dan objektifnya lajnah -lajnah yang ada berjaya dicapai, ” katanya.