Muslimat Dan NGO Berganding Bahu Tingkatkan Fasiliti PASTI

169

Oleh: Siti Mariam

KUALA NERUS – Muslimat Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir bersama sebuah badan bukan kerajaan (NGO) berganding bahu menyalurkan sumbangan bagi meningkatkan fasiliti PASTI, sekali gus memberi keselesaan kepada para pelajar.

Ketua Muslimat DUN Seberang Takir, Jamaliah Abdullah berkata, kerjasama erat antara NGO, masyarakat dan kepimpinan setempat menjadi pemangkin penting dalam memperkukuh pendidikan awal kanak-kanak.

“Hari ini, Muslimat Seberang Takir bersama Pertubuhan Kebajikan Prihatin Mardhiah Seberang Takir (PRIMAS) menyalurkan sumbangan kepada PASTI Mawaddah, Teluk Ketapang.

“Sebelum ini, Muslimat DUN turut menyumbang kerusi dan meja ketika PASTI Mawaddah berpindah ke bangunan baharu,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis penyerahan cek replika bernilai RM4,000 yang disampaikan oleh Pengerusi PRIMAS, Che Engku Haizan Che Engku Mat, di PASTI berkenaan pada Rabu, 24 September.

Turut hadir, isteri Timbalan Pengarah Majlis Tindakan DUN, Tengku Aspaniza Tengku Aziz.

Sementara itu, Che Engku Haizan berkata, dana berkenaan diperoleh hasil sumbangan masyarakat setempat yang prihatin terhadap keperluan lebih 80 pelajar di pusat asuhan tersebut.

“Bantuan ini akan digunakan untuk membeli kemudahan yang masih diperlukan agar murid-murid dapat belajar dalam keadaan lebih selesa,” katanya.

Turut hadir, isteri Timbalan Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD), Tengku Aspaniza Tengku Aziz.