Zionis Kejam, Melampau

342

JITRA – PAS mengutuk keras tindakan Zionis Israel yang semakin kejam serta melampau muktahir ini apabila menyekat makanan dan air sehingga ramai penduduk Gaza yang mati kebuluran.

Timbalan Presiden PAS, Dato’Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, apa yang terjadi kini tidak pernah berlaku dalam sejarah yang menyaksikan Zionis Israel semakin bersifat ‘kebinatangan’.

“Sehinggakan mereka yang berusaha untuk ambil makanan dibom, ini saya rasa sangat melampau dan di luar perikemanusiaan.

“Kita bimbang sempadan yang ditubukan oleh Persatuan Bangsa Bersatu (PBB) 1948 itu dah semakin hilang dalam peta dan tak timbul kalau dibentuk dua negara sekalipun.

“Sebenarnya, Israel tidak pernah terima konsep ‘two state solution’ walaupun Amerika yang mencadangkan tetapi gagasan itu tidak pernah mereka iktiraf,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas menghadiri, Muslim Ummah International Forum, di BDB Darul Aman Golf Resort, di sini, semalam

Mengulas lebih lanjut, Dato’ Tuan Ibrahim berkata Israel tidak pernah ambil peduli tentang penyelesaian dua negara malah isu sempadan 1948 tidak pernah mereka fikirkan.

“Bagi kita (PAS) mereka dah sampai peringkat bertindak untuk ambil alih seluruh Gaza dan inj merupakan cita-cita dia (Israel).

“Tidak ambil peduli untik menzalimi atau membunuh anak kecil, bayi.

“Kali pertama dalam sejarah, dunia menyaksikan kehancuran yang begini serius.

“Kerana itu negara-negara Eropah dan barat semakin banyak bersimpati kepada Palestin,” tegasnya.

Ulasnya lagi, melalui firman Allah di dalam Al-Quran yang memberi peringatan bahawa Israel akan melakukan keroskan dua kali memberi banyak gambaran dan tafsiran.

“Ini juga mengambarkan kemuncak kepada sifat melampau mereka,” ujarnya lagi.