Oleh: Siti Mariam
Ziarah Berkebajikan Membentuk Masyarakat Prihatin
Oleh: Siti Mariam
KUALA NERUS-Ziarah berkebajikan iaitu rutin mingguan isteri wakil rakyat dapat membentuk kalangan masyarakat prihatin di Dewan Undangan Negeri(DUN) Seberang Takir.
Isteri Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Seberang Takir, Nik Aini Nik Soh berkata setiap kali menziarahi penduduk di sini mesti masing-masing prihatin sesama masyarakat.
” Ziarah kali ini amat bermakna kerana jiran jiran yang kami kunjungi amat prihatin keadaan semasa jiran yang ditimpa musibah,” ujarnya lagi.
Beliau yang mewakili suaminya, Ustaz Khazan Che Mat berkata demikian seusai ziarah beberapa buah rumah di Kampung Tok Jembal di sini pada 18 Oktober.


Turut serta dalam ziarah tersebut ialah ialah isteri Pengerusi Majlis Tindakan DUN, Tengku Aspaniza Tengku Aziz,Hal Ehwal Wanita Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera(IMiTS) DUN itu, Zainab Abu Bakar dan Muslimat Cawangan Tok Jembal.
“Semoga Allah menyembuhkan yang sedang diuji dengan musibah kesakitan dan mereka semua tabah menghadapi segala dugaan,” katanya




























