Yusuf Abdul Hadi Kekal Terajui Pemuda Marang

143

MARANG – Menang tanpa bertanding dalam Mesyuarat Agung Tahunan, Yusuf Abdul Hadi kekal menerajui kepimpinan Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang (DPPKM) bagi sesi 2021-2023.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Mesyuarat Kali Ke-37 itu, Awi Salleh berkata, selain itu berkata, Muhd Irsyad Syafiq juga kekal menyandang jawatan Timbalan Ketua Pemuda

“selepas dipilih perwakilan Fazrul Ismail kembali ke saf utama kepimpinan yang turut diumumkan sebagai pemenang jawatan Naib Ketua Pemuda.

“Kerusi Pengerusi Tetap dipilih muka baru Mohamad Aswadi yang menang tanpa bertanding manakala Timbalan Pengerusi Tetap disandang oleh Effendi Razak kedua-duanya baru bersara usia pemuda.” katanya.

Menuru beliau, pemilihan Jawatankuasa pada tahun ini berlangsung secara hibrid serentak di semua empat dun.

“Keputusan yang diterima adalah mutlak dan rasmi dengan semua kiraan undi dikembalikan ke Pejabat PAS Kawasan Marang,” tegasnya.

Anggota Jawatankuasa Kerja lain yang berada dalam pentadbiran DPPKM ialah Ziyad Zakaria , Mohd Nazirul Ismail, Buniyamin Razimin, Sabri Mamat, Ahmad Azmi Aminuddin, Sabri Zakaria, Mohd Fakhrudin Zakaria dan Zahani Abdul Ghani.