Oleh : Adli Mohamad
KUALA TERENGGANU- Badan Bukan Kerajaan (NGO) Feldawati Kebangsaan yakin dan percaya mampu memenangkan PAS di Negeri Pahang dengan penguasaan muslimat.
Setiausaha Feldawati Kebangsaan, Rohaya Razali berkata, Badan NGO tersebut perlu agresif dalam mengatur langkah dan strategi untuk ‘memancing’ pengundi wanita yang ramai di kawasan tersebut.
“NGO Feldawati ini telah diwujudkan khas pada dua tahun yang lepas.
“Dan kami akan menggunakan sepenuhnya NGO Feldawati ini (untuk) membangkitkan dan memberi kesedaran pengundi untuk memenangkan PAS di Pahang,” ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pertemuan dengan Pengerusi NGO Generasi Negeri Terengganu, Naraza Muda, semalam, 15 Januari .


“Antaranya kami akan melancarkan NGO Feldawati di Pahang dan dari gerak langkah itu, akan menguatkan momentum yang akan kami kekalkan sehingga Pilihan Raya Umum ( PRU ) ke – 15,” jelasnya.
Selain itu, menurut Ketua Muslimat PAS Dungun, Khairah Mokti menegaskan bahawa, wanita adalah tunjang utama yang sepatutnya di kehadapankan untuk digerakkan oleh PAS.
“Kita melihat wanita ini ada gaya tersendiri dalam memujuk pengundi-pengundi,” tambahnya.
Justeru beliau berharap agar NGO yang terlibat dapat menguasai peranan media yang begitu penting pada hari ini.
Katanya,apa jua aktiviti yang dilaporkan mesti diwarwarkan di media sosial, agar dapat dilihat.
“Kita akan cuba memberikan kerjasama dan tunjuk contoh yang baik bagaimana keadaan Felda di Negeri Terengganu (selepas) Pasca kemenangan PRU 14 baru-baru ini,” tambahnya.


























