YAKEP Perlu Sokongan Usaha Siapkan Masjid

1000


http://buletinonline.net/images/stories/berita18/kam1368(b)-Masjid%202.JPGApabila siap kelak, masjid berkenaan yang terletak dalam pusat pengajian Ma’ahad Tahfiz Wal-Tarbiyyah (MTT) akan menjadi kegunaan penduduk sekitar di qaryah Tok Jiring dan Tuan Mandak.

Buletinonline dimaklumkan, kedua-dua kampung tersebut masih belum didirikan sebarang masjid dan masjid yang paling hampir adalah di Kampung Padang Air, sebuah qaryah atau mukim bersebelahan.

Pengerusi YAKEP, Ustaz Abu Bakar Abdullah (Gambar bawah) berkata pembangunan sesebuah institusi masyarakat perlu ada masjid.

Katanya, YAKEP sebagai sebuah badan induk yang menaungi sebuah pusat pengajian pendidikan Islam di Terengganu berusaha menyiapkan sebuah masjid.

“Pembangunan sesebuah institusi masyarakat mesti ada masjid dan kita (YAKEP) telah berusaha membangunkannya.

“Kita (YAKEP) masih memerlukan lagi sokongan dan dokongan masyarakat terutama di kalangan bekas-bekas pelajar kita yang ada di seluruh negara.

“Kita (YAKEP) telah membelanjakan lebih RM500 ribu dan masih perlu RM1 juta lebih lagi untuk menyiapkan masjid ini yang berharga RM1.6 juta,” jelas.

Beliau berkata demikian pada Majlis Hi -Tea Bersama Alumni Ma’ahad Tahfiz dan Institut Berakan (IB) di dewan sekolah berkenaan, 30 Disember 2009 lalu.

Selain itu, katanya pihak YAKEP sebagai badan induk di Pusat Pengajian Ma’ahad Tahfiz (MTT) masih berusaha meluaskan bidang ekonominya.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Dewan Ulama’ PAS Terengganu merayu sokongan masyarakat di seluruh negara mendokong institusi pengajian Islam.

Katanya, ilmu pengajian agama mesti dipertahankan sebagai benteng penyelamat ummah dan aqidah Islam.

“Ilmu agama dan institusi pengajian Islam mesti disokong dan didokongi oleh umat Islam seluruhnya.

“Pengajian Islam sebagai benteng ummah dan akan mempertahankan aqidah umat Islam,” tegasnya.

Hadir sama pada majlis tersebut Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Pendidikan PAS, Dato’ Abu Bakar Chik, Ketua Muslimat PAS Terengganu, Safinah Jusoh, Pengerusi Yayasan Amal Malaysia, Husin Ismail dan Presiden Alumni Ma’ahad Tahfiz/ Institut Berakan, Ustaz Mohd Saiful Ambia Darusa.