Yahya Tukar Pendirian?

584

http://lh4.ggpht.com/_CaKFSKILF9M/S0DpAlURGcI/AAAAAAAAAFU/RsYBGelRv0Q/s720/Blog%2015-Yahya.JPGDalam Sidang DUN lalu, beliau mengatakan kejadian bangunan dan binaan yang runtuh, yang kerap berlaku di negeri ini adalah satu rahmat kepada rakyat Terengganu.

Sebaliknya, baru-baru ini beliau berkata, kejadian runtuh tersebut adalah perkara yang memalukan dan tidak patut berulang.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan keputusan kerajaan mengetatkan pemberian projek pembangunan kepada kontraktor.

”Hanya pemaju yang benar-benar berwibawa sahaja akan diberikan keutamaan melaksanakan projek Kerajaan Negeri nanti,”katanya.

Menurutnya, antara kriteria penting bakal diambilkira adalah dari segi kemampuan dimiliki kontraktor, rekod perkhidmatan baik dan cemerlang serta tawaran harga munasabah serta berpatutan seiring dengan perkemba-ngan semasa.

“Kita tidak lagi berikan projek kepada pemaju sembarangan, sebaliknya mengambil kira semua aspek tersebut supaya kerja pembangunan dilakukan de-ngan sebaik mungkin dan lebih teliti,” katanya kepada Sinar Harian, kelmarin

Yahya berkata, keputusan tersebut bertujuan membersihkan semula imej Kerajaan Negeri yang selama ini tercalar berikutan beberapa siri runtuhan bangunan bermula Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada Jun tahun lalu.

Katanya, berdasarkan pemantauan yang dilakukan terhadap projek tertentu negeri ini, beliau kecewa apabila ada segelintir kontraktor menjalankan kerja sambil lewa sekali gus memberi peluang berlakunya insiden tidak diingini.

“Tidak semua projek ini kita berpuas hati, ada sesetengah daripadanya mempunyai kelemahan tertentu dan atas sebab itu kita cuba menambah nilai segala kekurangan tersebut supaya ia menjadi lebih bermutu dan utuh,” katanya.

Ditanya mengenai kes penghadang cahaya kaca di terminal bas baru Kuala Berang yang dalam pembinaan runtuh pada bulan lalu, Yahya Khatib memberitahu punca kejadian tersebut disebabkan pekerja tidak mematuhi aspek keselamatan.

“Kerja pembinaan masih lagi berjalan jadi, apabila pekerja tidak mengutamakan keselamatan, kejadian seumpama itu (runtuhan) mudah berlaku kerana bangunan itu belum siap sepenuhnya.

“Kerajaan Negeri mengambil serius perkara ini dan oleh itu kita ambil keputusan hanya kontraktor berwibawa sahaja akan diberikan projek pada masa akan datang,” katanya.