{"id":99985,"date":"2025-09-03T09:33:40","date_gmt":"2025-09-03T01:33:40","guid":{"rendered":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/?p=99985"},"modified":"2025-09-03T09:47:33","modified_gmt":"2025-09-03T01:47:33","slug":"hukum-menyambut-maulid-al-rasul","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/hukum-menyambut-maulid-al-rasul\/","title":{"rendered":"Hukum Menyambut Maulid Al-Rasul"},"content":{"rendered":"<p><strong>Mukadimah<\/strong><br \/>\nAlhamdulillah, dengan kedatangan 12 Rabi\u2019 al-Awwal, ramai di kalangan umat Islam mengingati peristiwa Maulid al-Rasul SAW walaupun sesetengahnya berpendapat Rasulullah dilahirkan pada 9 Rabi\u2019 al-Awwal. Mereka semua menzahirkan rasa syukur dengan kelahiran insan agung yang mulia ini yang menjadi penyambung risalah Ilahi kepada manusia sejagat. Bersempena dengan Maulid al-Rasul pada kali ini, kami kemukakan dengan panjang lebar isu berkaitan hukum menyambutnya. Kami harapkan Bayan Linnas pada kali ini memberi satu jawapan yang tuntas kepada semua pihak.<\/p>\n<p><strong>Sejarah Sambutan Maulid al-Rasul<\/strong><br \/>\nSebagai mukadimah, dinyatakan dalam kitab Al-Bidayah wa al-Nihayah 13\/136 al-Allamah Ibn Kathir antara lain beliau memuji Raja al-Muzaffar yang telah menyambut majlis Maulid al-Rasul secara besar-besaran dengan berkata: \u201cAdalah Raja Muzaffar menganjurkan Maulid Syarif pada Rabi\u2019ul Awal dan membuat perhimpunan secara besar-besaran.<\/p>\n<p>Disamping itu, beliau adalah seorang yang berhati bersih, bersemangat, berani, mempunyai semangat keperwiraan, cerdik, alim, adil. Semoga Allah merahmatinya dan memuliakan kuburnya.\u201d Dinukilkan di sini daripada beberapa kitab bagaimana para penyair di kalangan sahabat dan lainnya memuliakan Baginda SAW samada di hadapannya atau melalui syair-syair mereka. Antaranya:<\/p>\n<p>Al-Abbas bersyair: \u201cDi kala dikau dilahirkan, bumi bersinar terang hingga jelas pasak bumi tidak mampu untuk menanggung cahayamu dan kami dapat terus melangkah lantaran kerana terangnya cahaya dan jalan yang terpimpin.\u201d Lihat al-Mustadrak ala al-Sahihain.<\/p>\n<p>Hasan bin Thabit banyak menggubah syair di hadapan Rasulullah SAW dan para Sahabat Baginda. Isu ini seringkali menjadi polemik dalam kalangan sarjana Islam.<\/p>\n<p><strong>Hukum Sambutan Maulid al-Rasul<\/strong><br \/>\nAda yang mengharuskannya dan ada yang sebaliknya. Saya nukilkan sebahagian pendapat ulama:<\/p>\n<p><strong>Pertama:<\/strong> Hukum sambutan Maulidurrasul adalah bid\u2019ah. Ini dipelopori oleh sebahagian ulama. Antara hujahnya adalah:<\/p>\n<p>Perayaan ini tidak pernah dilaksanakan pada generasi yang paling mulia, generasi sahabat, tabiin, tabi\u2019 tabi\u2019in, dan juga tidak pada generasi setelahnya. Ia adalah satu bentuk pemujaan yang melampau kepada Nabi SAW.<\/p>\n<p>Sabda Nabi SAW,<\/p>\n<p>\u0644\u0627\u064e \u062a\u064f\u0637\u0652\u0631\u064f\u0648\u0646\u0650\u064a\u060c \u0643\u064e\u0645\u064e\u0627 \u0623\u064e\u0637\u0652\u0631\u064e\u062a\u0652 \u0627\u0644\u0646\u0651\u064e\u0635\u064e\u0627\u0631\u064e\u0649 \u0627\u0628\u0652\u0646\u064e \u0645\u064e\u0631\u0652\u064a\u064e\u0645\u064e\u060c \u0641\u064e\u0625\u0650\u0646\u0651\u064e\u0645\u064e\u0627 \u0623\u064e\u0646\u064e\u0627 \u0639\u064e\u0628\u0652\u062f\u064f\u0647\u064f\u060c \u0641\u064e\u0642\u064f\u0648\u0644\u064f\u0648\u0627 \u0639\u064e\u0628\u0652\u062f\u064f \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u0650\u060c \u0648\u064e\u0631\u064e\u0633\u064f\u0648\u0644\u064f\u0647\u064f<br \/>\nMaksudnya: \u201cJanganlah kalian berlebihan dalam memujiku seperti kaum Nasrani yang memuji anak lelaki Maryam. Aku hanyalah hamba-Nya, maka katakanlah (mengenaiku) \u201c Hamba Allah dan Rasul-Nya \u201c<br \/>\n(Riwayat al-Bukhari, no. 3445)<\/p>\n<p>Sambutan maulid seperti ini pasti disertai dengan berbagai bentuk kemungkaran dan hal-hal yang diharamkan dalam agama<\/p>\n<p><strong>Kedua: <\/strong>Hukumnya adalah dibolehkan. Syeikh Abu Shamah atau nama sebenarnya, Syeikh Abdul Rahman bin Ismail al-Maqdisi (salah seorang Syeikh Dar al-Hadis di Damsyik) berpendapat: Adalah dibolehkan sambutan Maulidurrasul berdasarkan amalan oleh tokoh ulama zaman dahulu antaranya di Irbil (salah satu wilayah di Iraq).<\/p>\n<p>Antara tokoh-tokoh yang berpegang kepada keharusannya dan termasuk dalam bid\u2019ah hasanah ialah:<\/p>\n<p>Imam Jalaluddin al-Suyuti<br \/>\nImam Ibn Hajar al-Haithami<br \/>\nSyeikh Ibn al-Hajj al-Abdari<br \/>\nImam Ibn al-Battal<br \/>\nAl-Hafiz Shamsuddin Muhammad bin Nasiruddin al-Dimashqi<br \/>\nAl-Hafiz Shamsuddin bin al-Jazari<br \/>\nSyeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi<br \/>\nSyeikh Dr. Wahbah al-Zuhaili<br \/>\nSyeikh Abdul Halim Mahmud<br \/>\nSyeikh Atiyyah Saqr<br \/>\nSyeikh Muhammad Mutawalli al-Sya\u2019rawi dan lain-lain.<br \/>\nPara ulama yang mengharuskan Maulid al-Rasul menggunakan hadis di bawah:<\/p>\n<p>Dari Abu Qatada, sesungguhnya Rasulullah SAW pernah ditanya tentang puasa Isnin? Maka Baginda menjawab:<\/p>\n<p>\u0641\u0650\u064a\u0647\u0650 \u0648\u064f\u0644\u0650\u062f\u0652\u062a\u064f \u0648\u064e\u0641\u0650\u064a\u0647\u0650 \u0623\u064f\u0646\u0652\u0632\u0650\u0644\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0651\u064e<br \/>\nMaksudnya: \u201cPadanya aku dilahirkan dan padanya diturunkan (al-Quran) ke atasku.\u201d<br \/>\n(Riwayat Muslim, no. 1162)<\/p>\n<p>Ini menunjukkan bahawa Rasulullah mensyukuri nikmat Allah atas kelahirannya pada hari Isnin dengan berpuasa. Maka, jika Baginda SAW berpuasa pada hari Isnin kerana bersyukur kepada Allah atas kelahirannya sendiri pada hari itu, maka begitu juga bagi ummatnya untuk mensyukuri nikmat kelahiran Baginda SAW untuk berpuasa pada hari Isnin, membaca al-Quran, membaca kisah kelahiran Baginda SAW, bersedekah, atau melakukan perbuatan baik yang lain.<\/p>\n<p>Sabda Nabi SAW:<\/p>\n<p>\u0645\u064e\u0646\u0652 \u0633\u064e\u0646\u0651\u064e \u0641\u0650\u064a \u0627\u0644\u0652\u0625\u0650\u0633\u0652\u0644\u064e\u0627\u0645\u0650 \u0633\u064f\u0646\u0651\u064e\u0629\u064b \u062d\u064e\u0633\u064e\u0646\u064e\u0629\u064b\u060c \u0641\u064e\u0644\u064e\u0647\u064f \u0623\u064e\u062c\u0652\u0631\u064f\u0647\u064e\u0627\u060c \u0648\u064e\u0623\u064e\u062c\u0652\u0631\u064f \u0645\u064e\u0646\u0652 \u0639\u064e\u0645\u0650\u0644\u064e \u0628\u0650\u0647\u064e\u0627 \u0628\u064e\u0639\u0652\u062f\u064e\u0647\u064f\u060c \u0645\u0650\u0646\u0652 \u063a\u064e\u064a\u0652\u0631\u0650 \u0623\u064e\u0646\u0652 \u064a\u064e\u0646\u0652\u0642\u064f\u0635\u064e \u0645\u0650\u0646\u0652 \u0623\u064f\u062c\u064f\u0648\u0631\u0650\u0647\u0650\u0645\u0652 \u0634\u064e\u064a\u0652\u0621\u064c<br \/>\nMaksudnya: \u201cBarang siapa yang melakukan (merintis) dalam Islam sesuatu perkara yang baik maka ia akan mendapatkan pahala daripada perbuatan baiknya tersebut, dan ia juga mendapatkan pahala dari orang yang mengikutinya selepasnya, tanpa dikurangkan pahala mereka sedikitpun\u201d.<br \/>\n(Riwayat Muslim, no. 1017)<\/p>\n<p>Hadis ini memberikan satu kefahaman bahawa dibenarkan untuk melakukan perkara perkara baru yang baik dan tidak bertentangan dengan al-Quran, al-Sunnah, athar mahupun ijmak ulama. Maulid al-Rasul adalah perkara baru yang baik dan sama sekali tidak menyalahi satu-pun di antara dalil-dalil tersebut. Dengan demikian, bererti hukumnya diharuskan bahkan sebagai salah satu jalan untuk mendapatkan pahala jika bertepatan dengan syarak.<\/p>\n<p>Selain itu, antara hujahnya adalah fatwa ulama seperti berikut:<\/p>\n<p>Ibn Hajar al-Asqalani ketika ditanya tentang hukum perayaan Maulid al-Rasul menjawab: \u201cAsal dalam amalan sambutan peringatan Maulid adalah bid\u2019ah yang tidak diriwayatkan dari ulama Salaf al-Soleh. Akan tetapi Maulid tersebut mengandungi banyak kebaikannya. Maka barangsiapa yang berusaha meraih kebaikan dalam Maulid dan menjauhi yang buruk, maka termasuk bid\u2019ah yang baik (hasanah). Jika tidak, maka tidak disebut bid\u2019ah hasanah.\u201d (Al-Haawi Lil Fataawa oleh Imam Jalaluddin al-Suyuti)<br \/>\nImam al-Suyuti juga antara lain menyebut: \u201cAmalan memberi makan adalah perbuatan yang baik. Dengan demikian, amalan Maulid termasuk perkara baru yang dianjurkan sebagaimana yang diungkapkan oleh Sultan al-Ulama Syeikh Izzuddin bin Abd al-Salam.\u201d<br \/>\nSebenarnya al-Suhaili telah menyebut bahawa al-Abbas berkata: \u201cTatkala Abu Lahab meninggal dunia, aku bermimpi bertemunya selepas setahun pada seburuk keadaan lantas dia berkata: \u201cTidak aku dapati selepas kamu sebarang kerehatan kecuali azab diringankan daripadaku setiap hari Isnin. Yang demikian kerana Nabi SAW dilahirkan pada hari Isnin dan Thuwaibah telah memberikan berita gembira kepada Abu Lahab berkenaan dengan kelahiran Nabi SAW lantas dimerdekakannya.\u201d (Imam Ibn Hajar al-Asqalani, Fath al-Bari Syarah Sahih Bukhari, 9\/43 \u2013 48)<br \/>\nSyeikh Muhammad Bakhit Al-Muti\u2019i (Mantan Mufti Mesir): \u201cJusteru setiap apa yang dijadikan ketaatan dan untuk mendekatkan diri kepada Allah yang tidak ditentukan syariat(Allah) waktu tertentu dan tidak pula tempat tertentu maka boleh bagi setiap mukallaf untuk melakukannya pada setiap waktu dan tempat, dan begitu juga setiap yang tidak termasuk dalam larangan umum atau khusus daripada syariat maka hukumnya Mubah\/Harus, dan apa yang selainnya(yakni ada larangan) adalah bid\u2019ah yang haram atau makruh. Maka wajib untuk menghindarinya dan menghalangnya\u201d (Ahsanul Kalam Fi Ma Yata\u2019allaqu Bi al-Sunnah wa al-Bid\u2019ah Min Ahkam, m. 74).<br \/>\nSyeikh Abdul Halim Mahmud: \u201cSambutan Maulid Nabi SAW adalah sunnah\/jalan yang baik daripada sunnah-sunnah yang diisyaratkan oleh Rasul SAW dalam sabdanya: \u201cBarangsiapa melakukan sunnah yang baik, maka dia mendapat pahalanya dan pahala orang yang beramal denganya, barangsiapa yang melakukan sunnah yang buruk, maka dia menanggung dosanya dan dosa sesiapa yang beramal dengannya\u201d Dan ianya adalah kerana terdapat usul\/asas yang membimbingnya dan dalildalil yang sahih yang berpandukan padanya. \u201cDan tidaklah bererti peninggalan salafussoleh bagi amalan yang soleh ini merupakan pertentangan kepada syariat, kerana salafussoleh masih mempunyai kebangkitan\/keprihatinan agama dan cinta Nabi yang mulia yang mana menyebabkan mereka tidak memerlukan kepada peringatan hari maulid untuk disambut.\u201d (Fatawa Imam Abdul Halim Mahmud, m. 273)<\/p>\n<p><strong>Tarjih<\/strong><\/p>\n<p>Setelah mengamati pendapat-pendapat ulama, saya berpandangan bahawa sambutan Maulid al-Rasul adalah harus dan termasuk dalam bid\u2019ah hasanah tetapi hendaklah dengan meraikan beberapa syarat utama, antaranya:<\/p>\n<p>Pengisian yang baik seperti tazkirah dan ceramah.<br \/>\nTiada percampuran lelaki dan perempuan.<br \/>\nMenutup aurat.<br \/>\nTiada unsur maksiat.<br \/>\nMempelajari riwayat hidup Baginda SAW atau sirahnya dengan lebih baik dari tahun ke tahun. Alhamdulillah terdapat banyak kitab yang kita dapat manfaat untuk mengenali dan makrifah Rasulullah SAW. Antaranya:<br \/>\nKitab al-Rahiq al-Makhtum oleh Syeikh Safiyurrahman al-Mubarakfuri<br \/>\nKitab Sirah Nabawiyyah oleh Ibn Hisham<br \/>\nKitab al-Syamail al-Muhammadiyyah oleh Imam al-Tirmizi<br \/>\nPenekanan kepada keperluan mengikuti Sunnah Rasulullah SAW. Begitu juga memahami fiqhnya seperti:<br \/>\nKitab Fiqh al-Sirah oleh Syeikh Muhammad al-Ghazali<br \/>\nKitab Fiqh al-Sirah oleh Syeikh Dr. Muhammad Said Ramadhan al-Buti<br \/>\nKitab Al-Sirah al-Nabawiyyah Durus wa \u2018Ibar oleh Syeikh Dr. Mustafa al-Siba\u2019ie<br \/>\nKitab Al-Manhaj al-Haraki li al-Sirah al-Nabawi oleh Syeikh Dr. Munir al-Ghadban dan lain-lain<br \/>\nDisemarakkan dengan berselawat kepada Nabi SAW. Antara kelebihan selawat yang sahih sebagaimana sabda Nabi SAW:<br \/>\n\u0645\u064e\u0646\u0652 \u0635\u064e\u0644\u0651\u064e\u0649 \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0651\u064e \u0635\u064e\u0644\u064e\u0627\u0629\u064b \u0648\u064e\u0627\u062d\u0650\u062f\u064e\u0629\u064b \u0635\u064e\u0644\u0651\u064e\u0649 \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f \u0639\u064e\u0644\u064e\u064a\u0652\u0647\u0650 \u0639\u064e\u0634\u0652\u0631\u064e \u0635\u064e\u0644\u064e\u0648\u064e\u0627\u062a\u064d\u060c \u0648\u064e\u062d\u064f\u0637\u0651\u064e\u062a\u0652 \u0639\u064e\u0646\u0652\u0647\u064f \u0639\u064e\u0634\u0652\u0631\u064f \u062e\u064e\u0637\u0650\u064a\u0626\u064e\u0627\u062a\u064d\u060c \u0648\u064e\u0631\u064f\u0641\u0650\u0639\u064e\u062a\u0652 \u0644\u064e\u0647\u064f \u0639\u064e\u0634\u0652\u0631\u064f \u062f\u064e\u0631\u064e\u062c\u064e\u0627\u062a\u064d<br \/>\n\u201cSesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat\/tingkatan (di syurga kelak).\u201d<br \/>\n(Riwayat al-Nasa\u2019i, no. 1297)<\/p>\n<p>Berhubung lafaz selawat yang afdhal, maka antaranya ialah riwayat dalam Sahih al-Bukhari no. 2497 dari Ka\u2019ab bin \u2018Ujrah RA yang menceritakan bahawa para sahabat pernah bertanya kepada Nabi SAW tentang bagaimana cara berselawat kepada beliau. Baginda menjawab dengan mengatakan: \u201cKatakanlah<\/p>\n<p>\u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f\u0645\u0651\u064e \u0635\u064e\u0644\u0651\u0650 \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0645\u064f\u062d\u064e\u0645\u0651\u064e\u062f\u064d\u060c \u0648\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0622\u0644\u0650 \u0645\u064f\u062d\u064e\u0645\u0651\u064e\u062f\u064d\u060c \u0643\u064e\u0645\u064e\u0627 \u0635\u064e\u0644\u0651\u064e\u064a\u0652\u062a\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0622\u0644\u0650 \u0625\u0650\u0628\u0652\u0631\u064e\u0627\u0647\u0650\u064a\u0645\u064e\u060c \u0625\u0650\u0646\u0651\u064e\u0643\u064e \u062d\u064e\u0645\u0650\u064a\u062f\u064c \u0645\u064e\u062c\u0650\u064a\u062f\u064c\u060c \u0627\u0644\u0644\u0651\u064e\u0647\u064f\u0645\u0651\u064e \u0628\u064e\u0627\u0631\u0650\u0643\u0652 \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0645\u064f\u062d\u064e\u0645\u0651\u064e\u062f\u064d\u060c \u0648\u064e\u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0622\u0644\u0650 \u0645\u064f\u062d\u064e\u0645\u0651\u064e\u062f\u064d\u060c \u0643\u064e\u0645\u064e\u0627 \u0628\u064e\u0627\u0631\u064e\u0643\u0652\u062a\u064e \u0639\u064e\u0644\u064e\u0649 \u0622\u0644\u0650 \u0625\u0650\u0628\u0652\u0631\u064e\u0627\u0647\u0650\u064a\u0645\u064e\u060c \u0625\u0650\u0646\u0651\u064e\u0643\u064e \u062d\u064e\u0645\u0650\u064a\u062f\u064c \u0645\u064e\u062c\u0650\u064a\u062f\u064c<\/p>\n<p>Meraikan kegembiraan dan kesyukuran kelahiran Baginda SAW dengan bersedekah kepada fakir miskin. Sebagai mengukuhkan kenyataan ini, suka saya petik pendapat Imam Abu Syamah. Antara lain berkata: \u201cTermasuk perkara baru atau bid\u2019ah yang dilakukan pada masa kita iaitu sambutan setiap tahun pada hari kelahiran Baginda SAW dengan bersedekah, melakukan yang ma\u2019ruf, menzahirkan perhiasan dan kegembiraan. Maka sesungguhnya disamping itu, melakukan ihsan kepada golongan fakir miskin adalah tanda kecintaan dan memuliakan Rasulullah SAW dalam hati orang yang menyambutnya. Begitu juga merupakan tanda kesyukuran kepada Allah kerana diutus-Nya Rasulullah SAW sebagai pembawa rahmat ke seluruh alam.\u201d<\/p>\n<p><strong>Penutup<\/strong><\/p>\n<p>Antara tugasan Rasul adalah untuk menyatukan ummah daripada pelbagai kabilah, kaum, bangsa dan ras agar semuanya kembali mengubudiyyah kepada Yang Maha Esa dengan penuh hikmah dan rahmah, Rasulullah SAW menyampaikan dakwah sehingga akhirnya ukhuwwah Islamiyyah yang kukuh dan dapat membina perpaduan yang mapan. Natijahnya, ummat yang bijak mencari titik persamaan dan mengurangkan jurang perbezaan menjadi ummat yang terkehadapan sehingga dapat memimpin dunia.<\/p>\n<p>Parsi tumbang, Rom lemah dan Islam menggemakan syiarnya dan syariatnya sehingga melahirkan kerukunan sejagat. Rasulullah SAW telah menjadikan tali persahabatan dan ukhuwwah Islamiyyah sejak mula menegakkan negara Islam Madina dengan sistem mu\u2019akhah (persaudaraan) dan diletakkan dalam Piagam Madinah. Justeru, kami menyeru kepada diri ini dan khalayak masyarakat ummah serta rakyat Malaysia agar kita bina perpaduan dan kita kukuhkannya sehingga perasaan kasih sayang terbina dan saling hormat menghormati sesama kita.<\/p>\n<p>Akhir kalam, marilah sama-sama kita mentahqiqkan hasrat dan tema Majlis Sambutan Maulid al-Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1438H yang berteraskan Ukhuwwah Islamiyyah Asas Penyatuan Ummah.<\/p>\n<p>Akhukum fillah,<br \/>\nDatuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Mukadimah Alhamdulillah, dengan kedatangan 12 Rabi\u2019 al-Awwal, ramai di kalangan umat Islam mengingati peristiwa Maulid al-Rasul SAW walaupun sesetengahnya berpendapat Rasulullah dilahirkan pada 9 Rabi\u2019 al-Awwal. Mereka semua menzahirkan rasa syukur dengan kelahiran insan agung yang mulia ini yang menjadi penyambung risalah Ilahi kepada manusia sejagat. Bersempena dengan Maulid al-Rasul pada kali ini, kami kemukakan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":99986,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[42],"tags":[],"better_featured_image":{"id":99986,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":1000,"height":670,"file":"2025\/09\/Datuk-Dr.-Zulkifli-Mohamad-al-Bakri.jpg","filesize":119139,"sizes":{"medium_large":{"file":"Datuk-Dr.-Zulkifli-Mohamad-al-Bakri-768x515.jpg","width":768,"height":515,"mime-type":"image\/jpeg","filesize":146363,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/Datuk-Dr.-Zulkifli-Mohamad-al-Bakri-768x515.jpg"},"td_80x60":{"file":"Datuk-Dr.-Zulkifli-Mohamad-al-Bakri-80x60.jpg","width":80,"height":60,"mime-type":"image\/jpeg","filesize":4509,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/Datuk-Dr.-Zulkifli-Mohamad-al-Bakri-80x60.jpg"},"td_100x70":{"file":"Datuk-Dr.-Zulkifli-Mohamad-al-Bakri-100x70.jpg","width":100,"height":70,"mime-type":"image\/jpeg","filesize":5915,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/Datuk-Dr.-Zulkifli-Mohamad-al-Bakri-100x70.jpg"},"td_218x150":{"file":"Datuk-Dr.-Zulkifli-Mohamad-al-Bakri-218x150.jpg","width":218,"height":150,"mime-type":"image\/jpeg","filesize":19453,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/Datuk-Dr.-Zulkifli-Mohamad-al-Bakri-218x150.jpg"},"td_265x198":{"file":"Datuk-Dr.-Zulkifli-Mohamad-al-Bakri-265x198.jpg","width":265,"height":198,"mime-type":"image\/jpeg","filesize":29469,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/Datuk-Dr.-Zulkifli-Mohamad-al-Bakri-265x198.jpg"},"td_324x160":{"file":"Datuk-Dr.-Zulkifli-Mohamad-al-Bakri-324x160.jpg","width":324,"height":160,"mime-type":"image\/jpeg","filesize":24363,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/Datuk-Dr.-Zulkifli-Mohamad-al-Bakri-324x160.jpg"},"td_324x235":{"file":"Datuk-Dr.-Zulkifli-Mohamad-al-Bakri-324x235.jpg","width":324,"height":235,"mime-type":"image\/jpeg","filesize":39775,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/Datuk-Dr.-Zulkifli-Mohamad-al-Bakri-324x235.jpg"},"td_324x400":{"file":"Datuk-Dr.-Zulkifli-Mohamad-al-Bakri-324x400.jpg","width":324,"height":400,"mime-type":"image\/jpeg","filesize":73625,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/Datuk-Dr.-Zulkifli-Mohamad-al-Bakri-324x400.jpg"},"td_356x220":{"file":"Datuk-Dr.-Zulkifli-Mohamad-al-Bakri-356x220.jpg","width":356,"height":220,"mime-type":"image\/jpeg","filesize":37681,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/Datuk-Dr.-Zulkifli-Mohamad-al-Bakri-356x220.jpg"},"td_356x364":{"file":"Datuk-Dr.-Zulkifli-Mohamad-al-Bakri-356x364.jpg","width":356,"height":364,"mime-type":"image\/jpeg","filesize":71090,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/Datuk-Dr.-Zulkifli-Mohamad-al-Bakri-356x364.jpg"},"td_533x261":{"file":"Datuk-Dr.-Zulkifli-Mohamad-al-Bakri-533x261.jpg","width":533,"height":261,"mime-type":"image\/jpeg","filesize":54874,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/Datuk-Dr.-Zulkifli-Mohamad-al-Bakri-533x261.jpg"},"td_534x462":{"file":"Datuk-Dr.-Zulkifli-Mohamad-al-Bakri-534x462.jpg","width":534,"height":462,"mime-type":"image\/jpeg","filesize":112643,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/Datuk-Dr.-Zulkifli-Mohamad-al-Bakri-534x462.jpg"},"td_696x0":{"file":"Datuk-Dr.-Zulkifli-Mohamad-al-Bakri-696x466.jpg","width":696,"height":466,"mime-type":"image\/jpeg","filesize":124857,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/Datuk-Dr.-Zulkifli-Mohamad-al-Bakri-696x466.jpg"},"td_696x385":{"file":"Datuk-Dr.-Zulkifli-Mohamad-al-Bakri-696x385.jpg","width":696,"height":385,"mime-type":"image\/jpeg","filesize":98128,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/Datuk-Dr.-Zulkifli-Mohamad-al-Bakri-696x385.jpg"},"td_741x486":{"file":"Datuk-Dr.-Zulkifli-Mohamad-al-Bakri-741x486.jpg","width":741,"height":486,"mime-type":"image\/jpeg","filesize":134022,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/Datuk-Dr.-Zulkifli-Mohamad-al-Bakri-741x486.jpg"},"td_1068x580":{"file":"Datuk-Dr.-Zulkifli-Mohamad-al-Bakri-1000x580.jpg","width":1000,"height":580,"mime-type":"image\/jpeg","filesize":114439,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/Datuk-Dr.-Zulkifli-Mohamad-al-Bakri-1000x580.jpg"},"td_0x420":{"file":"Datuk-Dr.-Zulkifli-Mohamad-al-Bakri-627x420.jpg","width":627,"height":420,"mime-type":"image\/jpeg","filesize":105633,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/Datuk-Dr.-Zulkifli-Mohamad-al-Bakri-627x420.jpg"}},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":99985,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2025\/09\/Datuk-Dr.-Zulkifli-Mohamad-al-Bakri.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/99985"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=99985"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/99985\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":99991,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/99985\/revisions\/99991"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/99986"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=99985"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=99985"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=99985"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}