{"id":9962,"date":"2012-07-21T08:29:19","date_gmt":"2012-07-21T00:29:19","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2012\/07\/kononnya-nak-tarik-4-juta-pelancong\/"},"modified":"2012-07-21T08:29:19","modified_gmt":"2012-07-21T00:29:19","slug":"kononnya-nak-tarik-4-juta-pelancong","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/kononnya-nak-tarik-4-juta-pelancong\/","title":{"rendered":"Kononnya Nak Tarik 4 juta Pelancong???"},"content":{"rendered":"<p>Pantai  putih bersih, air laut jernih kebiruan dan keindahan batu karangnya  yang pelbagai menjadi aset utama pulau ini selain mitos naga yang  menyelamatkan pulau itu terus menghambat pelancong untuk segera ke sana.<\/p>\n<p>Keindahan  alamnya masih belum terusik kerana Pulau Perhentian Besar masih tidak  berpenghuni selain daripada pengusaha pusat percutian dan pelancong.<\/p>\n<p>Hutan  kehijauan dan karenah sang tupai dan kubung yang cerdik di alam  semulajadi mereka membuatkan pengunjung terpaku untuk terus berada di  pulau itu bagi tempoh beberapa hari.<\/p>\n<p><strong>RESORT DAN CHALET HADAPI MASALAH ELEKTRIK DAN AIR<\/strong><\/p>\n<p>Namun  ada &#8220;sedikit kekurangan&#8221; di pulau ini yang menjadi rungutan sesetengah  pengusaha resort atau chalet terutama di Pulau Perhentian Besar yang  menjadi tumpuan pelancong.<\/p>\n<p>Bekalan elektrik belum sampai ke Pulau  Perhentian Besar dan bekalan air bersih pula dinikmati oleh sebilangan  kecil pengusaha pusat percutian di pulau itu.<\/p>\n<p>Pengusaha resort  dan chalet terpaksa bergantung kepada generator yang menggunakan minyak  diesel bagi membekalkan tenaga elektrik dan air telaga tiub di tempat  mereka.<\/p>\n<p>Kosnya bukan sedikit. Mencecah hampir RM20,000 sebulan bagi bekalan minyak diesel itu!<\/p>\n<p>Penulis  yang menginap di sebuah resort di situ baru-baru ini merasai sendiri  gangguan bekalan elektrik itu apabila generator &#8220;meragam&#8221;.<\/p>\n<p>Ketika  ditanya kepada Ketua Pegawai Operasi Watercolours Resort Sdn Bhd, Mike  Soh Abdullah mengenai perkara itu, beliau mengakui gangguan bekalan  elektrik merupakan masalah utama pengusaha resort sepertinya.<\/p>\n<p><strong>RM16,000 SEBULAN UNTUK BELI MINYAK DIESEL<\/strong><\/p>\n<p>&#8220;Macam  di resort ini, kami menghabiskan RM16,000 sebulan untuk bekalan minyak  diesel untuk menjana elektrik selama 24 jam setiap hari.<\/p>\n<p>&#8220;Kami tidak boleh menghadkan penggunaan generator kerana akan menyukarkan pelancong yang menginap di resort ini,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Mike  Soh berkata memang ada cadangan kerajaan supaya Tenaga Nasional Berhad  (TNB) membekalkan tenaga elektrik namun entah bila perkara itu akan  menjadi kenyataan.<\/p>\n<p>&#8220;Saya sudah mengusahakan resort ini  hampir 20 tahun lamanya. Bayangkan betapa banyak wang yang terpaksa  dihabiskan untuk membeli minyak diesel dan kos penyelenggaraan generator  kami,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Beliau berkata adalah wajar bagi  kerajaan menyegerakan pembekalan tenaga elektrik sepenuh masa itu demi  kelangsungan masa depan industri pelancongan di pulau berkenaan.<\/p>\n<p>&#8220;Ini  pulau tumpuan pelancong dunia. Mereka mahukan keselesaan untuk menginap  yang kesemuanya memerlukan bekalan elektrik,&#8221; katanya.<\/p>\n<p><strong>AIR MINUMAN TERPAKSA DIBELI<\/strong><\/p>\n<p>Mike  Soh berkata buat sementara pengusaha sepertinya berharap agar kerajaan  dapat membekalkan mereka minyak diesel pada harga subsidi untuk  mengurangkan kos yang ditanggung mereka.<\/p>\n<p>Selain itu masalah  mendapatkan bekalan air bersih terus menghantui pengusaha pusat-pusat  percutian di pulau ini yang terpaksa membeli bekalan air bersih dari  tanah besar di Besut yang kosnya bukan murah.<\/p>\n<p>Untuk mandi, resort itu menggunakan air telaga tiub tetapi untuk minum ia terpaksa dibeli.<\/p>\n<p>&#8220;Kami juga dimaklumkan bekalan air bersih akan disambungkan dari Pulau Perhentian Kecil tidak lama lagi,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Seorang  pelancong dari Singapura, Zainal Ibrahim, 43, hairan pulau yang  terkenal itu masih belum menerima bekalan elektrik sepenuhnya tidak  seperti pulau-pulau lain yang pernah dilawatinya.<\/p>\n<p>&#8220;Seringkali  elektrik terputus dan pendingin hawa tidak berfungsi pada masa tertentu.  Ini menjejaskan mood kami dan saya rasa perkara ini perlu diambil  perhatian semua pihak,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Sementara itu  Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Pulau Perhentian  Zainudin Mohamad berkata bagi hampir 2,000 penduduk di kampung  berkenaan, yang terletak di Pulau Perhentian Kecil, mereka telah  dibekalkan dengan bekalan air bersih dari tanah besar.<\/p>\n<p>&#8220;Kami di  sini mempunyai tangki simpanan air yang besar dan mencukupi manakala  bekalan elektrik 24 jam, kerajaan membekalkan generator khas melalui  TNB.<\/p>\n<p>&#8220;Di Pulau Perhentian Besar sesetengah chalet atau resort  sudah menerima bekalan air bersih cuma bekalan elektrik sahaja yang  belum disambungkan lagi,&#8221; katanya.<\/p>\n<p><strong><br \/>PULAU PERHENTIAN PERLUKAN DOKTOR TETAP<\/strong><\/p>\n<p>Zainudin  juga berharap agar kerajaan melalui Kementerian Kesihatan dapat  menempatkan seorang doktor perubatan di pulau itu bagi keperluan  kesihatan dan kecemasan penduduk pulau itu.<\/p>\n<p>Walaupun kerajaan  telah menempatkan seorang penolong pegawai perubatan (MA) namun ia tidak  memadai terutama dalam kes-kes kecemasan.<\/p>\n<p>&#8220;Kami penduduk Pulau  Perhentian sangat mengharapkan kerajaan dapat menempatkan seorang doktor  di pulau ini. Sebelum ini kalau kami mahu bertemu doktor terpaksalah ke  Hospital Besut atau ke Hospital Kota Baharu atau Hospital Universiti  Sains Malaysia di Kubang Krian yang semuanya agak jauh,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Ketika  Kem Kesihatan Pulau Perhentian 2012 yang dianjurkan Persatuan Perubatan  Malaysia (MMA) cawangan Kelantan baru-baru ini, pengerusinya Dr Seri  Buana Zainudin juga mencadangkan agar kerajaan dapat menyediakan khidmat  seorang doktor tetap.<\/p>\n<p>&#8220;Ini kerana di Pulau Perhentian yang  mempunyai hampir 2,000 penduduk ini wajarlah mereka mendapat seorang  doktor sepenuh masa yang sangat diperlukan.<\/p>\n<p>&#8220;Di sini kerajaan  telah menempatkan seorang MA di Klinik Desa tetapi pada masa yang sama  seorang doktor sangat diperlukan selain yang datang memberikan rawatan  secara berkala,&#8221; katanya. &#8211; BERNAMA<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2012\/07\/perehntian.jpg\" border=\"0\" width=\"480\" height=\"310\" style=\"float: right; margin: 4px;\" \/>Pulau Perhentian yang terdiri daripada Pulau Perhentian Kecil dan Pulau  Perhentian Besar menjadi antara lokasi popular bagi pelancong dalam dan  luar negara. Ia terletak dalam daerah Besut di Terengganu yang jaraknya kira-kira setengah jam menaiki bot laju dari jeti Kuala Besut.<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[39],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9962"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=9962"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9962\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=9962"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=9962"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=9962"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}