{"id":9951,"date":"2012-07-18T19:56:22","date_gmt":"2012-07-18T11:56:22","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2012\/07\/hamid-karzai-akui-gagal-beri-keadilan-kepada-rakyat\/"},"modified":"2012-07-18T19:56:22","modified_gmt":"2012-07-18T11:56:22","slug":"hamid-karzai-akui-gagal-beri-keadilan-kepada-rakyat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/hamid-karzai-akui-gagal-beri-keadilan-kepada-rakyat\/","title":{"rendered":"Hamid Karzai akui gagal beri keadilan kepada rakyat"},"content":{"rendered":"<p>Sejak kumpulan Taleban diguling pada 2001, masyarakat antarabangsa, yang dipimpin Amerika Syarikat, telah menyumbang berbilion dolar kepada Afghanistan.<\/p>\n<p>Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) pula mengerahkan 130,000 askarnya bagi mengawal keselamatan.<\/p>\n<p>Encik Karzai berkata banyak kemajuan dicapai dari segi pentadbiran serta dalam menyediakan perkhidmatan kepada rakyat, dan keupayaan pemerintah, parlimen dan mahkamah lebih baik berbanding 10 tahun lalu.<\/p>\n<p>&#8220;Namun, apakah kita berada di kedudukan yang diidam rakyat? Apakah kita berada di kedudukan yang boleh menyembuh penderitaan dan kesakitan yang dirasakan rakyat Afghanistan, melalui kaedah yang diingini rakyat? Tidak.<\/p>\n<p>&#8220;Punca rakyat Afghanistan di kampung-kampung, (malah) di bandar masih mencari keadilan melalui kaedah tradisional ialah pemerintah tidak upaya memberi keadilan itu atau menanganinya dengan segera.<\/p>\n<p>&#8220;Dan kadangkala &#8211; saya berharap bukan dalam sebahagian besar kes &#8211; daripada mendapatkan keadilan, mereka sebaliknya dianiaya,&#8221; kata Encik Karzai.<\/p>\n<p>Beliau menambah bahawa ekoran berlaku rasuah di mahkamah, ramai rakyat setempat lebih suka memilih sistem keadilan tradisional yang diadili majlis masyarakat daerah bagi menghuraikan pertikaian.<\/p>\n<p>Badan hak asasi kemanusiaan, Human Rights Watch, berkata baru-baru ini kajian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menunjukkan &#8220;para pendakwa raya dan para hakim golongan paling korup di Afghanistan&#8221;. &#8211; AFP.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p><strong><img decoding=\"async\" src=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2012\/07\/hamid%20karzai.jpg\" border=\"0\" width=\"480\" height=\"310\" style=\"float: right; margin: 4px;\" \/>KABUL<\/strong> &#8211; Presiden Afghanistan, Encik Hamid Karzai, mengaku semalam pentadbirannya gagal memberi keadilan kepada rakyat di sebalik usaha antarabangsa sejak sedekad lalu membangunkan semula negara itu.<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[36],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9951"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=9951"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9951\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=9951"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=9951"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=9951"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}