{"id":9928,"date":"2012-07-14T19:18:17","date_gmt":"2012-07-14T11:18:17","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2012\/07\/unhcr-tolak-saranan-myanmar-pindahkan-kaum-rohingya-ke-khemah-pelarian\/"},"modified":"2012-07-14T19:18:17","modified_gmt":"2012-07-14T11:18:17","slug":"unhcr-tolak-saranan-myanmar-pindahkan-kaum-rohingya-ke-khemah-pelarian","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/unhcr-tolak-saranan-myanmar-pindahkan-kaum-rohingya-ke-khemah-pelarian\/","title":{"rendered":"UNHCR tolak saranan Myanmar pindahkan kaum Rohingya ke khemah pelarian"},"content":{"rendered":"<p>Ketua UNHCR, Encik Antonio Guterres. berkata bukan tugas badan dunia berkenaan menguruskan nasib golongan etnik itu yang tidak mempunyai sebarang kerakyatan itu.<\/p>\n<p>&#8220;Program pemindahan anjuran UNHCR ialah bagi pelarian yang melarikan diri dari satu negara ke satu negara lain kerana sesuatu yang berlaku. Jelasnya, keadaan (etnik Rohingya) bukan seperti itu,&#8221; kata Encik Guterres.<\/p>\n<p>Kelmarin, Presiden Myanmar, Encik Thein Sein, memberitahu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa penyelesaian kepada konflik agama di negeri Rakhine adalah dengan menghantar etnik Rohingya beragama Islam ke khemah-khemah pelarian atau mengusir mereka.<\/p>\n<p>Laman web rasmi Presiden Myanmar melaporkan Encik Thein Sein sebagai berkata, Myanmar akan bertanggungjawab terhadap rakyatnya tetapi tidak akan menerima etnik Rohingya yang memasuki negara ini secara tidak sah.<\/p>\n<p>Beliau berkata, krisis itu hanya boleh diselesaikan dengan menghantar etnik Rohingya yang berjumlah kira-kira 800,000 di Myanmar ke khemah pelarian yang diselia UNHCR.<\/p>\n<p>&#8220;Kami akan menghantar etnik Rohingya ke mana-mana negara Dunia Ketiga yang mahu menerima mereka,&#8221; katanya kepada Encik Guterres.<\/p>\n<p>Encik Thein Sein berkata, ia merupakan penyelesaian kepada konflik etnik dan agama di Rakhine yang difikirkan oleh pihaknya.<\/p>\n<p>Keganasan etnik dan agama melanda Rakhine antara etnik Rakhine beragama Buddha dengan etnik Rohingya pada Jun lalu, memaksa berpuluh ribu orang meninggalkan kediaman mereka bagi menyelamatkan diri.<\/p>\n<p>PBB berkata, diskriminasi sejak berdekad-dekad lalu menyebabkan etnik Rohingya tidak dianggap sebagai rakyat Myanmar dengan kerajaan dilapor mengehadkan pergerakan serta tidak membenarkan kumpulan itu memiliki tanah, pendidikan dan menikmati perkhidmatan lain.<\/p>\n<p>Menurut UNHCR, kira-kira satu juta etnik Rohingya dipercayai tinggal di luar Myanmar.<\/p>\n<p>Namun, mereka tidak diterima oleh mana-mana negara Dunia Ketiga.<\/p>\n<p>Bangladesh telah mengusir bot-bot membawa etnik tersebut sejak keganasan tercetus di Rakhine.<\/p>\n<p>Jurucakap UNHCR Asia, Cik Kitty McKinsey, berkata, pada asasnya, Myanmar tidak menganggap penduduk Islam di utara Rakhine sebagai warganegara mereka.<\/p>\n<p>&#8220;Kami merasakan penyelesaiannya adalah memberikan mereka status kewarganegaraan Myanmar,&#8221; ujarnya. &#8211; AFP, AP.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p><strong><img decoding=\"async\" src=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2012\/07\/rohingya.jpg\" border=\"0\" width=\"480\" height=\"310\" style=\"float: right; margin: 4px;\" \/>YANGON<\/strong> &#8211; Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) menolak saranan Presiden Myanmar agar badan dunia itu memindahkan etnik Rohingya dari barat negara itu ke khemah-khemah pelarian.<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[36],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9928"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=9928"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9928\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=9928"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=9928"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=9928"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}