{"id":992,"date":"2009-10-10T15:35:53","date_gmt":"2009-10-10T07:35:53","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2009\/10\/rasuah-maruah\/"},"modified":"2009-10-10T15:35:53","modified_gmt":"2009-10-10T07:35:53","slug":"rasuah-maruah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/rasuah-maruah\/","title":{"rendered":"Rasuah, maruah penting di Bagan Pinang"},"content":{"rendered":"<p>Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menyatakan bahawa pengundian Adun esok perlu dilakukan seperti memilih menantu.\u201cMengundi ini macam memilih menantu. Seorang calon adalah orang biasa yang baik dan seorang lagi (adalah) orang kaya yang kekayaannya hasil dari rasuah.\u201d Jelas Mahfuz.<\/p>\n<p>\u201cApa gunanya bermenantu kaya, kalau jiran sebelah rumah dan luar kampung semuanya mempersoal keputusan kita (mengundi) esok.\u201d <\/p>\n<p>Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub tidak menolak kemungkinan rakyat kian sedar bahawa rasuah bukan sekadar amalan politik Umno, malah ianya menjadi ketagihan parti perkauman Melayu itu.<\/p>\n<p><a href=\"http:\/\/www.flickr.com\/photos\/zainulfaqar_yaacob\/3997568394\/\" title=\"10 Okt by zainulfaqar_yaacob, on Flickr\"><img decoding=\"async\" class=\"alignleft\" src=\"https:\/\/farm3.static.flickr.com\/2536\/3997568394_7b30fe75e7.jpg\" border=\"0\" alt=\"10 Okt\" width=\"350\" height=\"262\" \/><\/a>\u201cYa\u2026kita (Pas) berjaya membina paradigma baru untuk rakyat Malaysia, di mana rasuah menjadikan Umno ketagih dan mesti dijadikan\u00a0 musuh no.1 kita semua.\u201d<\/p>\n<p>\u201cJika Umno menang sekali pun, rakyat lihat ianya hasil rasuah. Jika kalah sekali pun, saya yakin ianya disebabkan rakyat menolak pemimpin rasuah.\u201d<\/p>\n<p>\u201cApa pun keputusan (menang kalah) ia akan mencerminkan masa depan Malaysia.\u201d Pengarah Bersama (Salahuddin) Jentera Induk N31 Dr. Dzulkifli Ahmad berpendapat, jika Umno kalah lagi buat kali kelapan dalam pilihanraya kecil ini, ianya lebih banyak memulihkan Umno dari budaya rasuah.<\/p>\n<p>Jika menang calon bersih seperti Zulkefly, sebenyarnya ia banyak mengajar keangkuhan Umno bahawa duit bukan segala-galanya untuk membeli jiwa rakyat.\u201d<\/p>\n<p>\u201cInilah pilihanraya yang menentu sama ada perasuah layak menjadi pemimpin atau sebaliknya.\u201d<\/p>\n<p>\u201cJika menang pun, ia mempercepat amarah rakyat kepada pemimpin dan parti rasuah. Jika kalah, lebih-lebih lagi lah.\u201d Ketua Pemuda PAS Pusat Nasruddin Hassan Tantawi berpendapat, pengaruh yang ada pada seseorang pemimpin bukan segala-galanya dalam politik.<\/p>\n<p>Tetapi, seseorang bakal Adun itu mestilah dilihat bermaruah dengan tidak mengamalkan rasuah.<\/p>\n<p>\u201cPemimpin yang dipilih mesti bersih, bermaruah. Kita (rakyat) tidak boleh memilih pemimpin (secara) tangkap muat semata-mata berpengaruh kerana akhirnya membinasakan kerajaan kelak.\u201d<\/p>\n<p>Sejak Isnin lepas, isu rasuah begitu diperjuangkan oleh PAS dengan meletakkan pemimpin yang dikenali bersih; Zulkefly Mohamad Omar. Manakala, Umno pula menawarkan pelbagai janji pembangunan segera kepada rakyat tempatan.<\/p>\n<p>Ianya dipercayai demi mengalih tumpuan amarah rakyat terhadap beberapa kes rasuah yang dipalitkan kepada calon Umno Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sewaktu menjadi Menteri Besar 22 tahun lalu.<\/p>\n<p>Esok, Malaysia akan menyaksikan sama ada rakyat Bagan Pinang bersedia memulakan perubahan dengan menolak pemimpin rasuah; atau Pakatan Rakyat perlu menunggu satu lagi pilihanraya kecil kelak untuk menjadikan RASUAH MUSUH NO. 1 MALAYSIA. -END<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<div style=\"text-align: center\"><img decoding=\"async\" src=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2009\/10\/3997318948_f47d93c952_b.jpg\" border=\"0\" width=\"496\" height=\"372\" \/><\/div>\n<p>TELOK KEMANG, 10 Okt. | Menang kalah dalam pilihanraya kecil kali ini tidak lagi menjadi sesuatu yang penting.Sebaliknya, isu rasuah dan integriti calon terus menjadi perjuangan Pakatan dan PAS demi memangkin perubahan rakyat di peringkat nasional kelak.<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/992"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=992"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/992\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=992"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=992"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=992"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}