{"id":9902,"date":"2012-07-11T09:28:18","date_gmt":"2012-07-11T01:28:18","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2012\/07\/peraturan-panggung-wayang-hanya-melibatkan-pasangan-islam-sahaja\/"},"modified":"2012-07-11T09:28:18","modified_gmt":"2012-07-11T01:28:18","slug":"peraturan-panggung-wayang-hanya-melibatkan-pasangan-islam-sahaja","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/peraturan-panggung-wayang-hanya-melibatkan-pasangan-islam-sahaja\/","title":{"rendered":"Peraturan Panggung Wayang: Hanya Melibatkan Pasangan Islam Sahaja"},"content":{"rendered":"<p>Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Zulkefly Ahmad yang enggan isu itu dipolitikkan menjelaskan cadangan asal untuk peraturan itu hanya merujuk kepada orang Islam dan menafikan peraturan itu telah dilaksanakan di kawasan parlimennya.<\/p>\n<p>\u201cDakwaan tentang panggung wayang di Kuala Selangor ini tidak benar. Saya sudah bercakap dengan ahli majlis dan mesyuarat buat keputusan bahawa pemilik premis meletakkan notis di pintu masuk yang melarang pasangan belum berkahwin (bukan muhrim) dilarang duduk berdua-duaan.<\/p>\n<p>\u201cNotis hanya merujuk kepada orang Islam. Namun mesyuarat penuh dengan MDKS pada hujung bulan ini akan bincang mengenai agenda ini. Kita akan bincang bentuk, cara dan notis itu dikeluarkan,\u201d katanya yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.<\/p>\n<p>Ketika ditanya pemberita sama ada notis ini mengikut pendekatan PAS Kelantan dalam menangani isu sosial, Zulkefly berkata, \u201ckita tidak perlu ikut mana-mana pihak.\u201d<\/p>\n<p>Turut hadir dalam sidang media itu termasuklah Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman, Timbalannya Khalid Samad serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS yang lain.<br \/><strong><br \/>Peraturan ditangguh<br \/><\/strong><br \/>Dr Rani menyifatkan perkara ini sengaja ditimbulkan oleh pihak-pihak tertentu untuk melaga-lagakan PAS dengan DAP.<\/p>\n<p>Beliau menegaskan peraturan ini belum diketengahkan dalam mesyuarat penuh ahli majlis dan mengulangi kenyataan exco negeri, Ronnie Liu semalam bahawa peraturan itu ditangguh untuk perbincangan lanjut.<\/p>\n<p>\u201cPerkara ini tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat penuh majlis. Ia bukan dibatalkan tetapi ditangguhkan untuk perbincangan.<\/p>\n<p>\u201cAda yang kata ini sebagai permulaan kepada undang-undang hudud. Sepatutnya ia bukan dilarang tapi menjadi perhatian dan semua bangsa perlu menghormatinya,\u201d kata Dr Rani.<\/p>\n<p>Semalam kerajaan negeri mengarahkan penangguhan terhadap keputusan peraturan berhubung isu pasangan Islam yang belum berkahwin diasingkan kerusi atau tempat duduk di dalam panggung wayang.<\/p>\n<p>Ronnie yang juga Adun Pandamaran berkata perbincangan lanjut mengenai hal itu akan dibawa kepada mesyuarat lembaga yang berkaitan.<\/p>\n<p>Cadangan untuk melaksana dan menguatkuasa peraturan ini oleh MDKS juga mendapat bantahan daripada MCA kerana parti itu menyifatkannya sebagai satu langkah untuk memperalatkan agama dalam politik.<\/p>\n<p>Semalam Presidennya Datuk Seri Dr Chua Soi Lek melahirkan rasa terperanjat kerana nilai-nilai Islam mahu dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa tempatan (MDSK), walaupun peraturan itu melibatkan orang-orang Islam sahaja.-FMT<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2012\/07\/Dzulkefly-Ahmad-2.jpg\" border=\"0\" width=\"480\" height=\"310\" style=\"float: left; margin: 4px;\" \/>PAS Selangor hari ini menafikan dakwaan bahawa peraturan baru yang melarang pasangan bukan muhrim berdua-duaan dalam panggung wayang yang mahu dilaksanakan oleh Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) meliputi semua kaum.<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"bo_wartawan":[],"bo_jenis":[],"class_list":["post-9902","post","type-post","status-publish","format-standard","hentry","category-berita-nasional"],"better_featured_image":null,"yoast_head":"<!-- This site is optimized with the Yoast SEO plugin v28.8 - https:\/\/yoast.com\/product\/yoast-seo-wordpress\/ -->\n<title>Peraturan Panggung Wayang: Hanya Melibatkan Pasangan Islam Sahaja  | Buletinonlines.net<\/title>\n<meta name=\"robots\" content=\"index, follow, max-snippet:-1, max-image-preview:large, max-video-preview:-1\" \/>\n<link rel=\"canonical\" href=\"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/peraturan-panggung-wayang-hanya-melibatkan-pasangan-islam-sahaja\/\" \/>\n<meta property=\"og:locale\" content=\"ms_MY\" \/>\n<meta property=\"og:type\" content=\"article\" \/>\n<meta property=\"og:title\" content=\"Peraturan Panggung Wayang: Hanya Melibatkan Pasangan Islam Sahaja  | Buletinonlines.net\" \/>\n<meta property=\"og:description\" content=\"PAS Selangor hari ini menafikan dakwaan bahawa peraturan baru yang melarang pasangan bukan muhrim berdua-duaan dalam panggung wayang yang mahu dilaksanakan oleh Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) meliputi semua kaum.\" \/>\n<meta property=\"og:url\" content=\"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/peraturan-panggung-wayang-hanya-melibatkan-pasangan-islam-sahaja\/\" \/>\n<meta property=\"og:site_name\" content=\"Buletinonlines.net\" \/>\n<meta property=\"article:publisher\" content=\"https:\/\/www.facebook.com\/buletinonline.net\/\" \/>\n<meta property=\"article:published_time\" content=\"2012-07-11T01:28:18+00:00\" \/>\n<meta name=\"author\" content=\"Wartawan BO\" \/>\n<meta name=\"twitter:card\" content=\"summary_large_image\" \/>\n<meta name=\"twitter:creator\" content=\"@BuletinOnline\" \/>\n<meta name=\"twitter:site\" content=\"@BuletinOnline\" \/>\n<meta name=\"twitter:label1\" content=\"Written by\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data1\" content=\"Wartawan BO\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:label2\" content=\"Est. reading time\" \/>\n\t<meta name=\"twitter:data2\" content=\"2 minutes\" \/>\n<script type=\"application\/ld+json\" class=\"yoast-schema-graph\">{\"@context\":\"https:\\\/\\\/schema.org\",\"@graph\":[{\"@type\":\"Article\",\"@id\":\"https:\\\/\\\/buletinonlines.net\\\/v7\\\/index.php\\\/peraturan-panggung-wayang-hanya-melibatkan-pasangan-islam-sahaja\\\/#article\",\"isPartOf\":{\"@id\":\"https:\\\/\\\/buletinonlines.net\\\/v7\\\/index.php\\\/peraturan-panggung-wayang-hanya-melibatkan-pasangan-islam-sahaja\\\/\"},\"author\":{\"name\":\"Wartawan BO\",\"@id\":\"https:\\\/\\\/buletinonlines.net\\\/v7\\\/#\\\/schema\\\/person\\\/4d7a6dd57a42f2d60bce44c9a91c95c7\"},\"headline\":\"Peraturan Panggung Wayang: Hanya Melibatkan Pasangan Islam Sahaja\",\"datePublished\":\"2012-07-11T01:28:18+00:00\",\"mainEntityOfPage\":{\"@id\":\"https:\\\/\\\/buletinonlines.net\\\/v7\\\/index.php\\\/peraturan-panggung-wayang-hanya-melibatkan-pasangan-islam-sahaja\\\/\"},\"wordCount\":343,\"publisher\":{\"@id\":\"https:\\\/\\\/buletinonlines.net\\\/v7\\\/#organization\"},\"articleSection\":[\"Berita Nasional\"],\"inLanguage\":\"en-US\"},{\"@type\":\"WebPage\",\"@id\":\"https:\\\/\\\/buletinonlines.net\\\/v7\\\/index.php\\\/peraturan-panggung-wayang-hanya-melibatkan-pasangan-islam-sahaja\\\/\",\"url\":\"https:\\\/\\\/buletinonlines.net\\\/v7\\\/index.php\\\/peraturan-panggung-wayang-hanya-melibatkan-pasangan-islam-sahaja\\\/\",\"name\":\"Peraturan Panggung Wayang: Hanya Melibatkan Pasangan Islam Sahaja | Buletinonlines.net\",\"isPartOf\":{\"@id\":\"https:\\\/\\\/buletinonlines.net\\\/v7\\\/#website\"},\"datePublished\":\"2012-07-11T01:28:18+00:00\",\"inLanguage\":\"en-US\",\"potentialAction\":[{\"@type\":\"ReadAction\",\"target\":[\"https:\\\/\\\/buletinonlines.net\\\/v7\\\/index.php\\\/peraturan-panggung-wayang-hanya-melibatkan-pasangan-islam-sahaja\\\/\"]}]},{\"@type\":\"WebSite\",\"@id\":\"https:\\\/\\\/buletinonlines.net\\\/v7\\\/#website\",\"url\":\"https:\\\/\\\/buletinonlines.net\\\/v7\\\/\",\"name\":\"Buletinonlines.net\",\"description\":\"Media Informasi Terkini\",\"publisher\":{\"@id\":\"https:\\\/\\\/buletinonlines.net\\\/v7\\\/#organization\"},\"potentialAction\":[{\"@type\":\"SearchAction\",\"target\":{\"@type\":\"EntryPoint\",\"urlTemplate\":\"https:\\\/\\\/buletinonlines.net\\\/v7\\\/?s={search_term_string}\"},\"query-input\":{\"@type\":\"PropertyValueSpecification\",\"valueRequired\":true,\"valueName\":\"search_term_string\"}}],\"inLanguage\":\"en-US\"},{\"@type\":\"Organization\",\"@id\":\"https:\\\/\\\/buletinonlines.net\\\/v7\\\/#organization\",\"name\":\"Buletinonlines.net\",\"url\":\"https:\\\/\\\/buletinonlines.net\\\/v7\\\/\",\"logo\":{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"en-US\",\"@id\":\"https:\\\/\\\/buletinonlines.net\\\/v7\\\/#\\\/schema\\\/logo\\\/image\\\/\",\"url\":\"https:\\\/\\\/buletinonlines.net\\\/v7\\\/wp-content\\\/uploads\\\/2026\\\/10\\\/bo-har.png\",\"contentUrl\":\"https:\\\/\\\/buletinonlines.net\\\/v7\\\/wp-content\\\/uploads\\\/2026\\\/10\\\/bo-har.png\",\"width\":357,\"height\":146,\"caption\":\"Buletinonlines.net\"},\"image\":{\"@id\":\"https:\\\/\\\/buletinonlines.net\\\/v7\\\/#\\\/schema\\\/logo\\\/image\\\/\"},\"sameAs\":[\"https:\\\/\\\/www.facebook.com\\\/buletinonline.net\\\/\",\"https:\\\/\\\/x.com\\\/BuletinOnline\",\"https:\\\/\\\/www.youtube.com\\\/user\\\/buletinonline\"]},{\"@type\":\"Person\",\"@id\":\"https:\\\/\\\/buletinonlines.net\\\/v7\\\/#\\\/schema\\\/person\\\/4d7a6dd57a42f2d60bce44c9a91c95c7\",\"name\":\"Wartawan BO\",\"image\":{\"@type\":\"ImageObject\",\"inLanguage\":\"en-US\",\"@id\":\"https:\\\/\\\/secure.gravatar.com\\\/avatar\\\/722972652451f10437d5f260e4a679602999cedfbb6326ee8569f32b4b8ae856?s=96&d=mm&r=g\",\"url\":\"https:\\\/\\\/secure.gravatar.com\\\/avatar\\\/722972652451f10437d5f260e4a679602999cedfbb6326ee8569f32b4b8ae856?s=96&d=mm&r=g\",\"contentUrl\":\"https:\\\/\\\/secure.gravatar.com\\\/avatar\\\/722972652451f10437d5f260e4a679602999cedfbb6326ee8569f32b4b8ae856?s=96&d=mm&r=g\",\"caption\":\"Wartawan BO\"},\"url\":\"https:\\\/\\\/buletinonlines.net\\\/v7\\\/index.php\\\/author\\\/buletinonline\\\/\"}]}<\/script>\n<!-- \/ Yoast SEO plugin. -->","yoast_head_json":{"title":"Peraturan Panggung Wayang: Hanya Melibatkan Pasangan Islam Sahaja  | Buletinonlines.net","robots":{"index":"index","follow":"follow","max-snippet":"max-snippet:-1","max-image-preview":"max-image-preview:large","max-video-preview":"max-video-preview:-1"},"canonical":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/peraturan-panggung-wayang-hanya-melibatkan-pasangan-islam-sahaja\/","og_locale":"ms_MY","og_type":"article","og_title":"Peraturan Panggung Wayang: Hanya Melibatkan Pasangan Islam Sahaja  | Buletinonlines.net","og_description":"PAS Selangor hari ini menafikan dakwaan bahawa peraturan baru yang melarang pasangan bukan muhrim berdua-duaan dalam panggung wayang yang mahu dilaksanakan oleh Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) meliputi semua kaum.","og_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/peraturan-panggung-wayang-hanya-melibatkan-pasangan-islam-sahaja\/","og_site_name":"Buletinonlines.net","article_publisher":"https:\/\/www.facebook.com\/buletinonline.net\/","article_published_time":"2012-07-11T01:28:18+00:00","author":"Wartawan BO","twitter_card":"summary_large_image","twitter_creator":"@BuletinOnline","twitter_site":"@BuletinOnline","twitter_misc":{"Written by":"Wartawan BO","Est. reading time":"2 minutes"},"schema":{"@context":"https:\/\/schema.org","@graph":[{"@type":"Article","@id":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/peraturan-panggung-wayang-hanya-melibatkan-pasangan-islam-sahaja\/#article","isPartOf":{"@id":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/peraturan-panggung-wayang-hanya-melibatkan-pasangan-islam-sahaja\/"},"author":{"name":"Wartawan BO","@id":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/#\/schema\/person\/4d7a6dd57a42f2d60bce44c9a91c95c7"},"headline":"Peraturan Panggung Wayang: Hanya Melibatkan Pasangan Islam Sahaja","datePublished":"2012-07-11T01:28:18+00:00","mainEntityOfPage":{"@id":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/peraturan-panggung-wayang-hanya-melibatkan-pasangan-islam-sahaja\/"},"wordCount":343,"publisher":{"@id":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/#organization"},"articleSection":["Berita Nasional"],"inLanguage":"en-US"},{"@type":"WebPage","@id":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/peraturan-panggung-wayang-hanya-melibatkan-pasangan-islam-sahaja\/","url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/peraturan-panggung-wayang-hanya-melibatkan-pasangan-islam-sahaja\/","name":"Peraturan Panggung Wayang: Hanya Melibatkan Pasangan Islam Sahaja | Buletinonlines.net","isPartOf":{"@id":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/#website"},"datePublished":"2012-07-11T01:28:18+00:00","inLanguage":"en-US","potentialAction":[{"@type":"ReadAction","target":["https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/peraturan-panggung-wayang-hanya-melibatkan-pasangan-islam-sahaja\/"]}]},{"@type":"WebSite","@id":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/#website","url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/","name":"Buletinonlines.net","description":"Media Informasi Terkini","publisher":{"@id":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/#organization"},"potentialAction":[{"@type":"SearchAction","target":{"@type":"EntryPoint","urlTemplate":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/?s={search_term_string}"},"query-input":{"@type":"PropertyValueSpecification","valueRequired":true,"valueName":"search_term_string"}}],"inLanguage":"en-US"},{"@type":"Organization","@id":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/#organization","name":"Buletinonlines.net","url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/","logo":{"@type":"ImageObject","inLanguage":"en-US","@id":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/#\/schema\/logo\/image\/","url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/bo-har.png","contentUrl":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2026\/10\/bo-har.png","width":357,"height":146,"caption":"Buletinonlines.net"},"image":{"@id":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/#\/schema\/logo\/image\/"},"sameAs":["https:\/\/www.facebook.com\/buletinonline.net\/","https:\/\/x.com\/BuletinOnline","https:\/\/www.youtube.com\/user\/buletinonline"]},{"@type":"Person","@id":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/#\/schema\/person\/4d7a6dd57a42f2d60bce44c9a91c95c7","name":"Wartawan BO","image":{"@type":"ImageObject","inLanguage":"en-US","@id":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/722972652451f10437d5f260e4a679602999cedfbb6326ee8569f32b4b8ae856?s=96&d=mm&r=g","url":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/722972652451f10437d5f260e4a679602999cedfbb6326ee8569f32b4b8ae856?s=96&d=mm&r=g","contentUrl":"https:\/\/secure.gravatar.com\/avatar\/722972652451f10437d5f260e4a679602999cedfbb6326ee8569f32b4b8ae856?s=96&d=mm&r=g","caption":"Wartawan BO"},"url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/author\/buletinonline\/"}]}},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9902","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=9902"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9902\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=9902"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=9902"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=9902"},{"taxonomy":"bo_wartawan","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/bo_wartawan?post=9902"},{"taxonomy":"bo_jenis","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/bo_jenis?post=9902"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}