{"id":97709,"date":"2025-04-10T16:37:40","date_gmt":"2025-04-10T08:37:40","guid":{"rendered":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/?p=97709"},"modified":"2025-04-10T16:46:39","modified_gmt":"2025-04-10T08:46:39","slug":"kawalan-perjalanan-tco-dan-saya","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/kawalan-perjalanan-tco-dan-saya\/","title":{"rendered":"&#8220;Kawalan Perjalanan TCO dan Saya&#8221;"},"content":{"rendered":"<p><strong>Menteri Besar Terengganu Darul Iman<\/strong><\/p>\n<p>Saya telah dilabel dan ditandai sebagai \u201cTCO\u201d dalam sistem kawalan sempadan, oleh satu pihak cawangan khusus. Seolah-olah saya ini adalah seorang penjenayah berbahaya, dikaitkan dengan satu sindiket dan gangster,atau persona non grata \u2013 di tanah air saya sendiri.<\/p>\n<p>2. Sudah tentu saya sangat kecewa dengan keadaan ini. Ia bukan sekadar label, tetapi saya di \u201ctahan\u201d dan dibawa ke tepi, satu panggilan akan dibuat<br \/>\ndan perlu mendapat persetujuan satu cawangan khusus sebelum dibenarkan<br \/>\nkeluar dari kawalan sempadan, untuk setiap kali keluar-masuk sempadan,<br \/>\nwalaupun sekadar ke Sabah dan Sarawak sejak suku ketiga tahun 2024.<\/p>\n<p>3. Dalam sistem keselamatan negara, \u201cTCO\u201d merujuk kepada \u201cTravel Control<br \/>\nOffice\/ Order\u201d oleh pihak berkuasa \u2013 satu bentuk penandaan terhadap<br \/>\nindividu yang dianggap berisiko oleh pihak tertentu, walaupun tanpa sebarang<br \/>\nkesalahan dibuktikan secara sah.<\/p>\n<p>4. Status ini membolehkan segala pergerakan, komunikasi, dan interaksi<br \/>\nseseorang dipantau secara menyeluruh, senyap, dan berterusan. Iadilaksanakan atas nama \u201cuntuk keselamatan negara\u201d atau \u201cuntuk kestabilanpolitik\u201d, tetapi realitinya sering digunakan sebagai alat politik dan cara mudah untuk untuk mengumpul maklumat politik pihak lawan, sebagai usaha untuk mengawal dan menekan suara tertentu.<\/p>\n<p>5. Ke mana saya pergi, siapa yang saya temui, dan apa yang saya perbualkan \u2013 semuanya menjadi perhatian pihak tertentu dan perlu dilaporkan<br \/>\noleh satu cawangan khusus kepada pihak political master atau operator<br \/>\nutamanya.<\/p>\n<p>6. Inilah realiti harian yang saya hadapi. Dengan perkembangan teknologi<br \/>\ncanggih hari ini, mereka mungkin juga cuba mengetahui isi perbualan saya<br \/>\ndengan individu tertentu, terutama pimpinan politik.<\/p>\n<p>7. Adakah telefon saya dipintas? Sudah tentu. 100%.<\/p>\n<p>8. Adakah saya diikuti ke mana-mana saya pergi, walaupun atas urusan peribadi ? Sudah tentu. Tanpa ada keraguan.<\/p>\n<p>9. Bagaimana saya tahu semua ini ? Sebenarnya, kita tidak perlu pun menjadi<br \/>\npintar untuk mengenal pastinya, dengan beberapa ujian dan umpanan mudah,<br \/>\nperkara akan jelas seperti siang yang terang benderang. Kita tidak perlu<br \/>\nmempunyai ilmu counter-surveillance untuk mengenal pasti anasir yang<br \/>\nmemantau kita \u2013 kerana kehadiran operatif dan elemen mereka adalah<br \/>\nsangat ketara dan mudah dikenal pasti menerusi pemilihan kenderaan yang<br \/>\nmereka gunakan, kereta yang statik, cara mereka berkomunikasi, pejalan kaki<br \/>\n(spotter), dan sebagainya.<\/p>\n<p>10. Kenapa sampai ke tahap ini ?<\/p>\n<p>11. Ini berlaku adalah hanya untuk meredakan paranoia segelintir pihak, yangtanpa ada keperluan untuk merasakan tidak stabil dan terancam.<\/p>\n<p>12. Negara yang benar maju demokrasi dan institusinya, mempunyai ruang kawalan di bawah Parlimen seperti &#8220;Jawatanakusa Terpilih Risikan &#8221; sebagai kuasa pengawal (oversight) untuk menghalang salah guna kuasa jentera dan<br \/>\naset kerajaan terutama oleh pihak berkepentingan politik dan kewangan.<br \/>\nDalam hal ini, sudah ada rakan Ahli Parlimen yang ingin membangkitkan<br \/>\nsalah guna kuasa TCO dalam sidang Dewan Rakyat yang akan datang.<\/p>\n<p>13. Selain saya, dimaklumkan bahawa ada seorang lagi tokoh utama pembangkang yang juga berdepan dengan label tier TCO ini. Sudah tentu saya dan rakan berkenaan tidak akan berdiam diri.<\/p>\n<p>14. Penyalahgunaan sumber kerajaan sebagai senjata politik seperti ini \u2013 satu trend yang merosakkan kebebasan peribadi dan merubah struktur negara<br \/>\nyang sepatutnya bersifat adil.<br \/>\n15. Jika ini dibenarkan berleluasa, saya tidak hairan jika instrumen yang sama<br \/>\njuga sedang digunakan terhadap orang awam, NGO, badan bebas, dan<br \/>\nsesiapa sahaja yang mempunyai pandangan yang tidak sehaluan dengan<br \/>\nparti pemerintah. Mungkin sedang digunakan pada masa ini.<br \/>\n16. Dan seperti biasa, alasan yang diberi adalah &#8220;demi keselamatan negara&#8221;<br \/>\ndan ianya adalah untuk kepentingan awam \u2013 walaupun hakikatnya ia<br \/>\nhanyalah demi kelangsungan politik semata-mata.<\/p>\n<p>17. Negara ini tidak akan maju jika suara yang berbeza terus dibungkam, dan<br \/>\nkuasa digunakan untuk menakut-nakutkan rakyat. Sudah tiba masanya kita<br \/>\nmembina budaya politik yang lebih matang, terbuka, dan sejahtera \u2013 di mana<br \/>\nperbezaan pandangan bukan satu ancaman, tetapi asas kepada demokrasi<br \/>\nyang sihat dan aktif.<\/p>\n<p>18. Hanya dengan keberanian untuk berubah dan keterbukaan menerima<br \/>\npandangan yang pelbagai, barulah kita dapat melangkah ke arah sebuah<br \/>\nMalaysia yang lebih adil, inklusif, dan benar-benar sejahtera untuk semua<br \/>\netnik, bangsa dan anutan agama yang ingin hidup dalam keamanan dan<br \/>\nMalaysia yang sejahtera.<\/p>\n<p>Dato\u2019 Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar<br \/>\n10hb April, 2025<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Menteri Besar Terengganu Darul Iman Saya telah dilabel dan ditandai sebagai \u201cTCO\u201d dalam sistem kawalan sempadan, oleh satu pihak cawangan khusus. Seolah-olah saya ini adalah seorang penjenayah berbahaya, dikaitkan dengan satu sindiket dan gangster,atau persona non grata \u2013 di tanah air saya sendiri. 2. Sudah tentu saya sangat kecewa dengan keadaan ini. Ia bukan sekadar [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":79763,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[38],"tags":[],"better_featured_image":{"id":79763,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":960,"height":637,"file":"2019\/11\/samsuri.jpg","filesize":67371,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"Nazrie5799","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"ttbcstudio","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":79762,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2019\/11\/samsuri.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/97709"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=97709"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/97709\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":97714,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/97709\/revisions\/97714"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/79763"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=97709"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=97709"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=97709"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}