{"id":9508,"date":"2012-05-24T00:51:57","date_gmt":"2012-05-23T16:51:57","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2012\/05\/ahli-umno-diminta-segera-tinggalkan-barisan-nasional-dan-menyokong-pakatan-rakyat\/"},"modified":"2012-05-24T00:51:57","modified_gmt":"2012-05-23T16:51:57","slug":"ahli-umno-diminta-segera-tinggalkan-barisan-nasional-dan-menyokong-pakatan-rakyat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/ahli-umno-diminta-segera-tinggalkan-barisan-nasional-dan-menyokong-pakatan-rakyat\/","title":{"rendered":"Ahli Umno Diminta Tinggalkan BN Dan Sokong Pakatan Rakyat"},"content":{"rendered":"<p>Perkara tersebut dinyatakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Pulai, Perak, Chan Ming Kai ketika berucap pada majlis ceramah Himpunan Selamat Tinggal Umno yang diadakan di Dataran Tok Guru, Geliga semalam Rabu 23 Mei.<\/p>\n<p>Anggota Angkatan Muda Keadilan itu berkata demikian setelah beliau melihat sokongan masyarakat Cina kepada perhimpunan Bersih 3.0 dan jelajah yang dilakukannya ke seluruh negeri-negeri di Semenanjung.<\/p>\n<p>\u201cLebih 50% dari ratusan ribu yang hadir memberikan sokongan kepada Bersih 3.0 adalah orang-orang Cina terutamanya golongan muda,<\/p>\n<p>\u201cselepas saya menjelajah kepada negeri-negeri dari Perlis hingga ke Johor dan sekarang ke Terengganu, ini lah saat dan peluangnya kita membuat perubahan menyokong mana-mana calon Pakatan Rakyat,\u201dujarnya.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, Penolong Setiausaha PAS Terengganu Haji Hanafiah Mat menyeru supaya ahli-ahli Umno meninggalkan Barisan Nasional (BN) dan menyokong PAS serta Pakatan Rakyat.<\/p>\n<p>Katanya, Umno dan BN bukan parti yang boleh membela nasib rakyat, bahkan ahli-ahli Umno sendiri turut menerima nasib yang buruk.<\/p>\n<p>\u201chari ini telah menyaksikan, kerajaan Umno dan Barisan Nasional tidak mampu membela nasib rakyat, hatta ahli-ahli Umno sendiri,<\/p>\n<p>\u201ckejadian menyodok dan memusnahkan tempat pembaikian kapal (dock) milik ahli Umno dibawah jambatan sungai Kemaman bukti yang cukup jelas,\u201dujarnya ketika ditemui selepas ceramah tersebut.<\/p>\n<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2012\/05\/DSC_4361.jpg\" border=\"0\" width=\"480\" height=\"310\" style=\"float: right; margin: 2px;\" \/>Menurut Haji Hanafiah yang juga Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Chukai, pemilik \u2018dock\u2019 terbabit telah bertemu dengan beliau dalam Majlis Makan Malam bersama Masyarakat Cina yang diadakan pada sebelah petangnya<em> [Gambar kanan].<\/em><\/p>\n<p>Sementara itu, Ahli Parlimen DAP Rasah Anthony Loke Siew Fok mengesahkan parti itu tidak akan meletakkan calonnya untuk brtanding di negeri Terengganu pada pilihanraya akan datang.<\/p>\n<p>Beliau yang turut menyampaikan ceramah dalam majlis tersebut menegaskan slogan DAP Ganti PAS adalah propaganda Umno dan Barisan Nasional yang takut kehilangan kuasa.<\/p>\n<p>\u201cDia (Umno) kata kalau Umno kalah Pakatan Rakyat menang, maka orang Umno akan kehilangan kuasa politik orang Melayu akan hilang segala-galanya\u2026\u2026.ini cakap-cakap yang bodoh,<\/p>\n<p>\u201ckerana kalau Umno kalah bukannya orang Melayu yang kalah, yang hilang kuasa adalah Umno\u2026\u2026 kalau di Terengganu kalau Umno kalah yang akan jadi Menteri Besar kemungkinan adalah Haji Wahid Endut bukan Lim Kit Siang,<\/p>\n<p>\u201cbukannya DAP kerana DAP tidak bertanding di negeri Terengganu,\u201djelasnya yang juga Anggota Jawatankuasa Pusat DAP.<\/p>\n<p>Turut hadir dan berucap dalam kedua-dua majlis, Makan malam bersama masyarakat Cina dan ceramah sempena Himpunan Selamat tinggal Umno semalam adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu Haji Mohd Abdul Wahid Endut.<\/p>\n<p>http:\/\/www.youtube.com\/watch?v=r_SSElrDUJM<\/p>\n<p>http:\/\/www.youtube.com\/watch?v=V0YZ0Wswjwo<\/p>\n<p>http:\/\/www.youtube.com\/watch?v=CVsy5O3iVus<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p><strong><img decoding=\"async\" src=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2012\/05\/DSC_4374.jpg\" border=\"0\" width=\"480\" height=\"310\" style=\"float: left; margin: 2px;\" \/>KEMAMAN<\/strong> \u2013 Sekurang-kurangya enam puluh peratus warga Malaysia berketurunan Cina akan memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum yang ke-13 akan datang, yang akan membawa kemenangan kepada Pakatan rakyat dan menguasai Putrajaya.<em><strong>(updated video)<\/strong><\/em><\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[30],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9508"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=9508"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9508\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=9508"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=9508"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=9508"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}