{"id":94706,"date":"2023-10-27T11:35:34","date_gmt":"2023-10-27T03:35:34","guid":{"rendered":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/?p=94706"},"modified":"2023-10-29T09:37:26","modified_gmt":"2023-10-29T01:37:26","slug":"pm-diancam-kenyataan-alarmist-yang-pelik-dan-lucu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/pm-diancam-kenyataan-alarmist-yang-pelik-dan-lucu\/","title":{"rendered":"PM Diancam? Kenyataan &#8216;Alarmist&#8217; Yang Pelik Dan Lucu"},"content":{"rendered":"<p>PAS mendapati kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau dikatakan \u201cdiancam\u201d berikutan kritikannya terhadap kerajaan Israel dalam isu perang di Gaza sebagai pelik, malah melucukan.<\/p>\n<p>Perdana Menteri Anwar telah membuat dakwaan tersebut dalam himpunan solidariti bersama rakyat Palestin beberapa hari lepas dengan berkata ancaman tersebut diterimanya dalam bentuk \u201ckenyataan-kenyataan\u201d yang dibuat oleh Ahli Parlimen negara-negara Eropah.<\/p>\n<p>Malangnya apabila didesak oleh media supaya menjelaskan dakwaan itu, beliau enggan berbuat demikian, sebaliknya berkata kerajaan akan mengeluarkan kenyataan media mengenainya.<\/p>\n<p>Pendirian tegas Malaysia menyokong perjuangan rakyat Palestin dan mengkritik Israel sudah diketahui umum dan bukanlah berita baharu. <\/p>\n<p>Perdana Menteri terdahulu, baik Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahupun Dato\u2019 Sri Ismail Sabri diketahui sangat lantang dalam isu ini, namun tiada pula mereka dilaporkan \u201cdiancam\u201d berkait ketegasan dan kelantangan itu.Malah Malaysia juga mempunyai hubungan rasmi dengan kerajaan Palestin dan juga Hamas di bawah kepimpinan sebelum ini.<\/p>\n<p>Jadi kenapa pula PM Anwar tiba-tiba \u201cdiancam\u201d dan ancaman itu pula adalah<br \/>\ndalam bentuk \u201ckenyataan-kenyataan\u201d yang dibuat oleh Ahli-ahli Parlimen?<\/p>\n<p>Sekiranya \u201cancaman\u201d yang dimaksudkan itu benar-benar wujud dan berlaku, bukankah sebagai ketua kerajaan, langkah wajar yang perlu diambil oleh Perdana Menteri ialah dengan memanggil duta atau wakil negara terbabit bagi menyampaikan bantahan Malaysia terhadapnya, bukan membuat kenyataan<br \/>\nterbuka tanpa penjelasan mengenainya.<\/p>\n<p>PAS percaya kenyataan \u201calarmist\u201d sebegini yang bertujuan untuk menonjolkan \u201ckehebatan\u201d dan \u201ckepentingan\u201d Perdana Menteri sudah menjadi ciri kekal pentadbirannya yang sehingga kini masih terkial-kial dalam mendapatkan sokongan dan kepercayaan awam.<\/p>\n<p>Lebih malang lagi, dakwaan itu dibuat dalam acara yang sepatutnya didedikasikan sepenuhnya kepada perjuangan rakyat Palestin, bukan menunggangnya untuk menunjukkan \u201ckehebatan\u201d seseorang pemimpin.<\/p>\n<p>Selain itu ia juga boleh pula menimbulkan imej tidak positif terhadap negara kerana Perdana Menteri membuat \u201cdakwaan rambang dan khayalan\u201dsedemikian.<\/p>\n<p>Sekian.<\/p>\n<p>TAKIYUDDIN HASSAN<br \/>\nSetiausaha Agung PAS<br \/>\nBertarikh: 26 Oktober 2023.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PAS mendapati kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau dikatakan \u201cdiancam\u201d berikutan kritikannya terhadap kerajaan Israel dalam isu perang di Gaza sebagai pelik, malah melucukan. Perdana Menteri Anwar telah membuat dakwaan tersebut dalam himpunan solidariti bersama rakyat Palestin beberapa hari lepas dengan berkata ancaman tersebut diterimanya dalam bentuk \u201ckenyataan-kenyataan\u201d yang dibuat oleh Ahli [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":94356,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[38],"tags":[],"better_featured_image":{"id":94356,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":1240,"height":825,"file":"2023\/09\/2276698.jpg","filesize":84235,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"fotoBERNAMA","camera":"","caption":"KUALA LUMPUR, 25 Feb -- Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan ketika sidang media di ibu pejabat UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri\u00d5ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara hari ini.\rTerdahulu, Ahli Parlimen daripada PAS dan UMNO hadir dengan menaiki bas untuk ke Istana Negara bagi menghadap Seri Paduka Baginda. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA","created_timestamp":"1582627146","copyright":"fotoBERNAMA HAK CIPTA TERPELIHARA","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"KL44_24022020_UMNO_PC","orientation":"1","keywords":[]}},"post":94355,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2023\/09\/2276698.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/94706"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=94706"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/94706\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":94707,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/94706\/revisions\/94707"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/94356"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=94706"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=94706"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=94706"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}