{"id":9469,"date":"2012-05-21T07:54:29","date_gmt":"2012-05-20T23:54:29","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2012\/05\/accin-mapim-a-pum-menuntut-penjelasan-kerajaan-dan-pihak-berkenaan-dalam-isu-irsyad-manji\/"},"modified":"2012-05-21T07:54:29","modified_gmt":"2012-05-20T23:54:29","slug":"accin-mapim-a-pum-menuntut-penjelasan-kerajaan-dan-pihak-berkenaan-dalam-isu-irsyad-manji","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/accin-mapim-a-pum-menuntut-penjelasan-kerajaan-dan-pihak-berkenaan-dalam-isu-irsyad-manji\/","title":{"rendered":"Isu Irsyad Manji"},"content":{"rendered":"<p>di seluruh negara, serta Persatuan Ulama\u2019 Malaysia (PUM) amat kesal atas kegagalan Kerajaan Persekutuan menghalang kemasukan Irsyad Manji, program, pelancaran dan penjualan bukunya, \u201cIslam, Liberty and Love\u201d (Versi Bahasa Melayu) yang sarat dengan unsur Religiophobia dan Islamophobia, khasnya menfitnah dan menghina agama secara terbuka, khasnya pada Sabtu lepas, bertarikh 19 Mei 2012, pada 2.00 \u2013 3.00 petang, bertempat di Dewan Perhimpunan Cina KL dan Selangor.<\/p>\n<p>Kami juga ingin menyatakan kekesalan terhadap Dewan Perhimpunan Cina KL dan Selangor, ZI Publication, Emily Rees Associate dan beberapa pihak lain yang tidak sensitif terhadap peningkatan dan kemerbahayaan isu Religiophobia dan Islamophobia apabila sedia membantu tindakan tidak bertanggungjawab Irsyad Manji tersebut. Kami menuntut ucapan maaf atau penjelasan sewajarnya daripada pihak berkenaan di atas.<\/p>\n<p>Kami juga menuntut penjelasan daripada Perdana Menteri dan Kerajaan, khasnya Jabatan Imigresen, Kementerian Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan berhubung perkara di atas dan jaminan bahawa ia tidak akan berulang lagi pada masa hadapan. <\/p>\n<p>Kami juga ingin mengucapkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Selangor, khasnya Jabatan Agama Islam Selangor yang telah menggunakan kuasa yang sedia ada untuk menghalang program Irsyad Manji yang dijadualkan pada pada Jumaat, bertarikh 18 Mei 2012, pada 1.00-2.00 petang di Monash University, Bandar Sunway, Selangor.<\/p>\n<p>Ucapan penghargaan juga kami ucapkan buat Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) atas pembatalan program ceramah umum Irsyad Manji yang dijadualkan berlangsung di Mini Auditorium UIAM pada Isnin, 14 Mei 2012, jam 1.30-3.30 petang. <\/p>\n<p>Akhirnya, kami ingin menegaskan bahawa tiada siapa wajar dinafikan haknya untuk memasuki mana-mana negara, asalkan mereka bersedia untuk menghormati undang-undang, agama dan budaya negara tersebut. Menyedari Irsyad Manji bukanlah individu yang bersedia menghormati perkara tersebut di atas, kami meminta agar Irsyad Manji dan individu seumpamanya tidak lagi diberi kebenaran memasuki negara ini pada masa hadapan. Atas dasar ini juga, kami menentang pengharaman kemasukan Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi ke Perancis pada tahun 2012 ini dan pengharaman kemasukan Sheikh Dr. Zakir Naik ke United Kingdom pada tahun 2010 dan sesiapa, bila dan di mana pun tanpa mengira agama, bangsa dan negara. <\/p>\n<p>DATUK ZAINAL ABIDIN BIN AB. KADIR<br \/>Pengerusi ACCIN<br \/>019-2501700<\/p>\n<p>TUAN HAJI MOHD AZMI BIN ABDUL HAMID<br \/>Setiausaha Agung MAPIM<br \/>019-4744856<\/p>\n<p>DR. MOHD ROSLAN MOHD NOR <br \/>Setiausaha Agung PUM<br \/>013-9913048<\/p>\n<p>AHLI GABUNGAN ACCIN DAN MAPIM<br \/>1.\u00a0\u00a0\u00a0 ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) <br \/>2.\u00a0\u00a0\u00a0 Al-Hidayah (Persatuan Dakwah Islamiah &amp; Kebajikan Saudara Baru India Se-Malaysia) <br \/>3.\u00a0\u00a0\u00a0 Al-Hunafa (Persatuan al-Hunafa\u2019) <br \/>4.\u00a0\u00a0\u00a0 AMAL (Yayaan Amal Malaysia) <br \/>5.\u00a0\u00a0\u00a0 ASB (Aqsa Syarif Berhad) <br \/>6.\u00a0\u00a0\u00a0 Darul Fitrah (Persatuan Darul Fitrah) <br \/>7.\u00a0\u00a0\u00a0 Darusshifa\u2019 (Persatuan Kebajikan &amp; Pengubatan Islam Malaysia) <br \/>8.\u00a0\u00a0\u00a0 FORUM (Forum Umat Islam Pulau Pinang) <br \/>9.\u00a0\u00a0\u00a0 GEPIMA (Pergerakan India Muslim Malaysia) <br \/>10.\u00a0\u00a0\u00a0 HALUAN (Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia) <br \/>11.\u00a0\u00a0\u00a0 IIS (Islamic Information and Services Foundation) <br \/>12.\u00a0\u00a0\u00a0 IKRAM (Pertubuhan IKRAM Malaysia) <br \/>13.\u00a0\u00a0\u00a0 IMAN (Interactive Muslimah Association) <br \/>14.\u00a0\u00a0\u00a0 ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia) <br \/>15.\u00a0\u00a0\u00a0 ITMAM (Yayasan Itmam) <br \/>16.\u00a0\u00a0\u00a0 JAMAIY (Jaringan NGO Islam Perak) <br \/>17.\u00a0\u00a0\u00a0 JAM\u2019IYAH (Persekutuan Seruan Islam Selangor &amp; W.P) <br \/>18.\u00a0\u00a0\u00a0 JAM\u2019IYAH (Persekutuan Seruan Islam Perak) <br \/>19.\u00a0\u00a0\u00a0 JIM (Jemaah Islam Malaysia) <br \/>20.\u00a0\u00a0\u00a0 MACMA (Malaysian Chinese Muslin Association) <br \/>21.\u00a0\u00a0\u00a0 MAMPAT (Pusat Aduan Mampat) <br \/>22.\u00a0\u00a0\u00a0 MUAFAKAT (Pertubuhan Muafakat Rakyat Sejahtera) <br \/>23.\u00a0\u00a0\u00a0 MUAFAKAT (Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia) <br \/>24.\u00a0\u00a0\u00a0 PAKSI <br \/>25.\u00a0\u00a0\u00a0 PBMIIT (Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah) <br \/>26.\u00a0\u00a0\u00a0 PM (Pemuda Masjid) <br \/>27.\u00a0\u00a0\u00a0 PERKIM (Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia) <br \/>28.\u00a0\u00a0\u00a0 PGPO (Perdana Global Peace Organisation) <br \/>29.\u00a0\u00a0\u00a0 PKPIM (Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia) <br \/>30.\u00a0\u00a0\u00a0 PUM (Persatuan Ulama\u2019 Malaysia) <br \/>31.\u00a0\u00a0\u00a0 RICOI (Research and Information Centre on Islam) <br \/>32.\u00a0\u00a0\u00a0 SALIMAH (Pergerakan Muslimah) <br \/>33.\u00a0\u00a0\u00a0 SHURA (Sekretariat Himpunan Ulama\u2019 Rantau Asia) <br \/>34.\u00a0\u00a0\u00a0 TERAS (Teras Pengupayaan Melayu) <br \/>35.\u00a0\u00a0\u00a0 WADAH (Wadah Pencerdasan Umat Malaysia) <br \/>36.\u00a0\u00a0\u00a0 WAMY (World Assembly of Muslim Youth) <br \/>37.\u00a0\u00a0\u00a0 WEHDAH (Jaringan NGO Kedah)<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2012\/05\/accinmapinpum.gif\" border=\"0\" width=\"480\" height=\"310\" style=\"float: right; margin: 2px;\" \/><em><strong>&#8211; ACCIN, MAPIM &amp; PUM Menuntut Penjelasan Kerajaan Dan Pihak Berkenaan<\/strong><\/em> Dengan pelbagai usaha yang dilakukan oleh pelbagai pihak sama ada parti politik, NGO atau individu prihatin, Kami mewakili Allied Coordinating Committee of Islamic NGO\u2019s (ACCIN) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) yang dianggotai oleh lebih 37 NGO Islam<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":9468,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[38],"tags":[],"better_featured_image":{"id":9468,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":627,"height":267,"file":"2012\/05\/accinmapinpum.gif","filesize":59023,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":9591,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2012\/05\/accinmapinpum.gif"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9469"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=9469"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9469\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/9468"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=9469"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=9469"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=9469"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}