{"id":944,"date":"2009-10-07T04:08:35","date_gmt":"2009-10-06T20:08:35","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2009\/10\/undi-pos\/"},"modified":"2009-10-07T04:08:35","modified_gmt":"2009-10-06T20:08:35","slug":"undi-pos","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/undi-pos\/","title":{"rendered":"Undi Pos"},"content":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify\" align=\"left\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/merdekareview.com\/image_files\/news\/20090929_bagan_pinang_04.jpg\" border=\"0\" hspace=\"8\" vspace=\"8\" align=\"left\" \/><font face=\"tahoma,arial,helvetica,sans-serif\">Memanglah tidak salah kita membuat spekulasi tentang keputusan pilihan raya tetapi yang lebih penting adalah untuk kita memikirkan tentang satu perkara yang besar ertinya kepada demokrasi di tanah air kita, iaitu proses pemilihan yang dikenali sebagai &#8220;undi pos&#8221;.\u00a0 Malah saya berpendapat sistem undi pos ini sepatutnya menjadi isu utama dalam pilihan raya Bagan Pinang.<\/font><\/p>\n<p style=\"text-align: justify\" align=\"left\"><font face=\"tahoma,arial,helvetica,sans-serif\">Daripada 14,192 pengundi di Bagan Pinang, kira-kira 5,000 atau 36% adalah pengundi pos.\u00a0 Bayangkan satu pertiga pengundi Bagan Pinang telah pun awal-awal lagi diramalkan akan mengundi BN kerana &#8220;terpaksa&#8221; atau &#8220;takut&#8221;.<\/font><\/p>\n<p style=\"text-align: justify\" align=\"left\"><font face=\"tahoma,arial,helvetica,sans-serif\">Daripada pengalaman lalu, ada bekas-bekas perajurit kita telah mengakui bahawa mereka tidak boleh membuat pilihan secara bebas kerana mereka perlu menyertakan nama dan nombor perkhidmatan dalam borang akuan yang disertakan bersama kertas undi apabila membuang undi.\u00a0 Jadi undi mereka tidak lagi bebas.\u00a0 Sebahagian besar takut untuk mengundi pembangkang kerana undi mereka akan diketahui ketua mereka.\u00a0 Jelas di sini tidak ada keadilan dan kebebasan dalam sistem pilihan raya Malaysia.<\/font><\/p>\n<p style=\"text-align: justify\" align=\"left\"><font face=\"tahoma,arial,helvetica,sans-serif\">Pilihan raya kecil ini menunjukkan dengan jelas sikap UMNO dan BN yang sanggup mengekalkan satu sistem mengundi yang ketara tidak adil semata-mata mereka dapat keuntungan dari proses tersebut.\u00a0 Ini juga menunjukkan kepada kita bahawa Suruhanjaya Pilihanraya tidak berani membuat perubahan dan reformasi terhadap sistem pengundian yang tidak adil ini kerana takut kepada para pemimpin BN.<\/font><\/p>\n<p style=\"text-align: justify\" align=\"left\"><font face=\"tahoma,arial,helvetica,sans-serif\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/merdekareview.com\/image_files\/news\/20090917_Undi_Pos.jpg\" border=\"0\" hspace=\"8\" vspace=\"8\" align=\"right\" \/>Mengapa SPR tidak benarkan tentera mengundi seperti mana-mana rakyat Malaysia yang lain secara bebas dan rahsia?\u00a0 Sepatutnya undi pos hanya dihadkan kepada anggota dan pegawai tentera yang bertugas di hutan belantara sewaktu pilihan raya.\u00a0 Takkanlah semua pengundi yang ada dalam senarai pos sekarang ini bertugas dalam hutan semasa hari mengundi.\u00a0 Malah kakitangan keselamatan tidak perlu membuang undi dalam kawasan &#8220;kawalan&#8221; mengikut sistem atau proses yang lain dari orang awam.\u00a0 Kita juga dengar kes mereka yang telah berhenti dari perkhidmatan dan telah pun berpindah dari kem masih disenaraikan dalam senarai pengundi pos.<\/font><\/p>\n<p style=\"text-align: justify\" align=\"left\"><font face=\"tahoma,arial,helvetica,sans-serif\">Saya percaya tidak ada negara demokrasi dalam dunia sekarang ini mengadakan sistem pengundian yang berbeza dari orang awam kepada kakitangan keselamatan seperti yang dilakukan di negara kita.\u00a0 Calon dari parti pembangkang langsung tidak berpeluang bertemu dan berbincang dengan mereka yang mengundi melalui sistem undi pos.\u00a0 Calon tidak berpeluang menerangkan manifestonya kepada pengundi pos.<\/font><\/p>\n<p style=\"text-align: justify\" align=\"left\"><font face=\"tahoma,arial,helvetica,sans-serif\">Maksudnya pengundi pos dinafikan hak mereka dari kempen sah yang dibenarkan melalui sistem demokrasi.\u00a0 Apa ertinya kerajaan mengaku kononnya menghormati sistem demokrasi dan mengadakan pilihan raya tetapi tidak sanggup memberi ruang kepada semua rakyat membuat pilihan dengan bebas dan memahami isu-isu yang dibawa dan diperjuangkan oleh seseorang calon?<\/font><\/p>\n<p style=\"text-align: justify\" align=\"left\"><font face=\"tahoma,arial,helvetica,sans-serif\">Sikap UMNO dan BN yang tidak berani membenarkan kakitangan keselamatan kita membuang undi secara bebas adalah satu petanda buruk kepada negara.\u00a0 Ini bererti BN tidak akan membenarkan sistem pengudian yang telus dan berintegriti bertapak di negara ini.\u00a0 Hanya sistem yang mengekalkan kuasa mereka akan dibiarkan.\u00a0 Inilah maksud MALAYSIA SEBUAH NEGARA CONTOH ATAU MODEL STATE yang dilaung oleh PM kita.\u00a0 Model untuk rasuah, untuk tidak menghormati hak orang lain.<\/font><\/p>\n<p style=\"text-align: justify\" align=\"left\"><font face=\"tahoma,arial,helvetica,sans-serif\">*Tulisan ini dipetik dari <a href=\"http:\/\/www.myzaidibrahim.com\/\">blog <\/a>Zaid Ibrahim, bekas Menteri Jabatan Perdana Menteri yang kini menyertai Pakatan Rakyat.<\/font><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p style=\"text-align: justify\" align=\"left\"><font face=\"tahoma,arial,helvetica,sans-serif\">Tumpuan penganalisa politik sekarang ini ialah membuat ramalan sama ada Barisan Nasional mampu untuk tingkatkan majoriti mereka dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang.\u00a0 Agaknya ramai telah meramalkan kemenangan BN.\u00a0 Bagi penganalisa- penganalisa ini, yang perlu diramalkan ialah berapa ramai pengundi bukan Melayu akan menyokong PAS untuk mengurangkan majoriti BN.<\/font><\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[32],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/944"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=944"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/944\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=944"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=944"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=944"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}