{"id":94082,"date":"2023-08-12T07:13:16","date_gmt":"2023-08-11T23:13:16","guid":{"rendered":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/?p=94082"},"modified":"2023-08-12T07:13:16","modified_gmt":"2023-08-11T23:13:16","slug":"segera-ambil-tindakan-jangan-pilih-bulu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/segera-ambil-tindakan-jangan-pilih-bulu\/","title":{"rendered":"Segera Ambil Tindakan, Jangan Pilih Bulu"},"content":{"rendered":"<p>PAS Terengganu masih menanti-nantikan tindakan segera diambil oleh pihak berkuasa ke atas laporan-laporan yang telah dibuat berkenaan perbuatan rasuah terutamanya penyogokan yang merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nTindakan segera ini adalah sangat penting bagi menjamin keabsahan keputusan pilihan raya dan memelihara sistem demokrasi yang menjadi tunjang pemerintahan negara ini. Justeru, PAS Terengganu berharap agar pihak berkuasa tidak memilih bulu dalam menguatkuasakan undang-undang dalam hal ini.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nPAS Terengganu juga memohon kerjasama daripada semua pihak terutamanya para pengundi untuk terus memantau sebarang aktiviti berkaitan salah laku ini menjelang hari pengundian esok. Jika ada, segera laporakan kepada pihak berserta dengan bukti-bukti yang berkaitan.<br \/>\n\u00a0<br \/>\n*Sambutan Luar Biasa*<br \/>\n\u00a0<br \/>\nAlhamdulillah, sehingga hari ini aktiviti kempen PAS yang diadakan di peringat cawangan sehinggalah ke peringkat negeri terus mendapat sambutan yang luar biasa. Beberapa senario telah saya sebutkan sebelum ini antaranya :<br \/>\n\u00a0<br \/>\n\u25aa\ufe0f\u00a0 Kehadiran yang ramai melibatkan pelbagai segmen pengundi<br \/>\n\u00a0<br \/>\n\u25aa\ufe0f\u00a0 Pengisytiharan kemasukan bekas ahli dan pemimpin UMNO ke dalam PAS<br \/>\n\u00a0<br \/>\n\u25aa\ufe0f\u00a0 Sokongan daripada orang-orang lama UMNO di peringkat akar umbi kepada PAS<br \/>\n\u00a0<br \/>\nProgram \u201cMurobbi Nok Jupe Chat With Me 3.0\u201d yang diadakan semalam melibatkan 3 tokoh besar kesayangan rakyat Terengganu, YB Tan Sri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang, YAB Dato\u2019 Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan YBhg. Ustaz Azhar Idrus juga menyaksikan sokongan luar biasa kepada PAS apabila dataran Jambatan Angkat dipenuhi dengan manusia terutamanya oleh anak-anak muda. Insya-Allah semua mereka ini akan memberikan undi kepada PAS pada hari esok.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nSaya lihat program yang dianjurkan oleh BN-PH di Terengganu juga mendapat sambutan yang \u201cluar biasa\u201d sekalipun menggunakan jentera kerajaan.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nSama ada Program Jelajah Perpaduan Madani bersama PMX sendiri atau program lain yang dihadiri oleh TPM, Menteri Pengangkutan, Menteri Kesihatan dan beberapa yang lain dilihat tidak mendapat sambutan yang sepadan dengan status program dan tokoh yang hadir; jumlah kehadiran yang jauh sangat sedikit berbanding program PAS dan publisiti mengenai program yang diadakan itu juga tidak meriah dan tidak meluas.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nSebenarnya senario ini terjadi bukan sahaja kerana penolakan rakyat terhadap gabungan BN-PH ini tetapi kerana persaingan dan permusuhan antara parti komponen dalam gabungan ini. Lebih parah lagi apabila wujudnya usaha untuk menjatuhkan sesama sendiri dalam BN seperti yang telah terbongkar beberapa hari mutakhir ini.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nJelas sekali bahawa jenama \u201cPerpaduan\u201d yang ditempelkan kepada gabungan ini hanya bersifat kosmetik untuk menipu rakyat. Justeru, adalah tidak munasabah untuk rakyat memberikan sokongan kepada gabungan yang rapuh seperti ini untuk membentuk kerajaan.<br \/>\n\u00a0<br \/>\n*Bersedia dengan Serangan Hendap Saat Akhir*<br \/>\n\u00a0<br \/>\nKita juga mendapat maklumat bahawa dalam keadaan terdesak sebegini pihak lawan akan melancarkan serangan hendap bermula lewat petang ini sehingga ke tengah malam nanti. Bermacam-macam fitnah dan berita palsu akan disebarkan kepada orang awam menerusi pelbagai platform. Saya mohon orang awam agar tidak terpengaruh dengan maklumat yang disebarkan itu dan segera menyekatnya daripada disebarkan ke mana-mana saluran lain.<br \/>\n\u00a0<br \/>\n*Sebab Perlu Kekalkan Kerajaan Sedia Ada*<br \/>\n\u00a0<br \/>\nSaya fikir banyak sebab yang munasabah untuk kita semua terus mengekalkan Kerajaan Negeri sedia ada pada hari ini.<br \/>\n\u00a0<br \/>\n1\ufe0f\u20e3\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Kerajaan Negeri ditadbir oleh Dr. Sam, Menteri Besar kita, seorang teknokrat yang profesional. Beliau juga seorang yang tenang; tak gopoh dan tak bergaduh dengan sesiapa. Ini sangat penting untuk menjamin kestabilan dan keberkesanan pentadbiran Kerajaan Negeri.<br \/>\n\u00a0<br \/>\n2\ufe0f\u20e3\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Kerajaan Negeri telah menggariskan hala tuju jangka panjang yang jelas sehingga ke tahun 2030. Pelbagai program \/ projek telah direncanakan untuk merealisasikan negeri ini sebagai negeri yang &#8220;Maju, Berkat, Sejahtera&#8221;.<br \/>\n\u00a0<br \/>\n3\ufe0f\u20e3\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Kerajaan Negeri memberikan komitmen yang penuh untuk melaksanakan dan menjayakan kesemua manifesto dan tawaran pilihan raya. Ini menunjukkan sikap amanah yang tinggi dengan janji yang telah dibuat.<br \/>\n\u00a0<br \/>\n4\ufe0f\u20e3\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Kerajaan Negeri dibarisi oleh para pemimpin yang bersih; bebas rasuah dan salah guna kuasa. Sehinggi kini tiada seorang pun yang didakwa atau disabitkan dengan apa-apa salah laku.<br \/>\n\u00a0<br \/>\n5\ufe0f\u20e3\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0\u00a0 Kerajaan Negeri telah menunjukkan keupayaan untuk memacu prestasi yang tinggi dalam pelbagai segmen sama ada berkaitan pentadbiran, ekonomi dan sosial. Maklumat terperinci mengenainya boleh dirujuk dalam laporan-laporan yang diterbitkan sebelum ini.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nJusteru, saya mahu mengambil kesempatan pada hari ini untuk menyeru dan merayu kepada semua pengundi untuk memangkah PAS pada hari esok sekali gus mengekalkan Kerajaan Negeri sedia ada pada hari ini.<br \/>\n\u00a0<br \/>\n*Selamat Pulang Perantau*<br \/>\n\u00a0<br \/>\nPAS Terengganu ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua anak Terengganu di perantauan yang pulang untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing kepada agama dan negeri kita.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nKami mendoakan semoga anda semua selamat dalam perjalanan pulang dan kembali serta dipermudah segala urusan.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nSemoga semua pengorbanan ini dibalas dengan ganjaran yang lebih baik daripada Allah SWT di dunia dan di akhirat nanti.<br \/>\n\u00a0<br \/>\n*Jaga Etika, Akhlak Pada Hari Pengundian*<br \/>\n\u00a0<br \/>\nPada kesempatan ini juga, PAS Terengganu menasihatkan kepada semua rakyat Terengganu terutamanya para pendukung dan penyokong PAS yang akan keluar mengundi esok untuk menjaga etika dan akhlak masing-masing.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nTonjolkan imej yang baik dan pekerti yang mulia sebagaimana yang diajar oleh agama dan diasuh dalam parti.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nJangan menyertai atau terpengaruh dengan apa-apa provokasi yang boleh menjejaskan proses demokrasi sekali gus merosakkan nama baik parti kita.<br \/>\n\u00a0<br \/>\n*Tahniah dan Terima Kasih kepada Semua Jentera*<br \/>\n\u00a0<br \/>\nAkhirnya, mewakili kepimpinan PAS dan Perikatan Nasional (PN) Negeri Terengganu, saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih, \u062c\u064e\u0632\u064e\u0627\u0643\u064f\u0645\u064f \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u062e\u064e\u064a\u0652\u0631\u064b\u0627 \u0643\u064e\u062b\u0650\u064a\u0652\u0631\u064b\u0627 \u0648\u064e\u062c\u064e\u0632\u064e\u0627\u0643\u064f\u0645\u064f \u0627\u0644\u0644\u0647\u064f \u0627\u064e\u062d\u0652\u0633\u064e\u0646\u064e \u0627\u0644\u0652\u062c\u064e\u0632\u064e\u0627\u0621 atas usaha yang bertungkus-lumus siang dan malam serta pengorbanan harta, idea, masa dan tenaga semua anggota parti demi meraih sebuah kemenangan yang diberkati.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nSemoga Allah SWT akan membalas anda semua dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas anda semua dengan balasan yang terbaik.<br \/>\n\u00a0<br \/>\nSekian.<br \/>\n\u00a0<br \/>\n*YB DATO&#8217; DR. HJ. ALIAS BIN RAZAK*<br \/>\n_Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Terengganu_ \/<br \/>\n_Ahli Parlimen Kuala Nerus_<br \/>\n\u00a0<br \/>\nTarikh : 11 Ogos 2023 \/ 24 Muharam 1445H<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>PAS Terengganu masih menanti-nantikan tindakan segera diambil oleh pihak berkuasa ke atas laporan-laporan yang telah dibuat berkenaan perbuatan rasuah terutamanya penyogokan yang merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya. \u00a0 Tindakan segera ini adalah sangat penting bagi menjamin keabsahan keputusan pilihan raya dan memelihara sistem demokrasi yang menjadi tunjang pemerintahan negara ini. Justeru, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":94083,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[38],"tags":[],"better_featured_image":{"id":94083,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":2289,"height":1622,"file":"2023\/08\/IMG_20230812_071512.jpg","filesize":671333,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":94082,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2023\/08\/IMG_20230812_071512.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/94082"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=94082"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/94082\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":94084,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/94082\/revisions\/94084"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/94083"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=94082"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=94082"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=94082"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}