{"id":9361,"date":"2012-05-12T04:41:50","date_gmt":"2012-05-11T20:41:50","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2012\/05\/hassan-ali-jadi-saksi-pihak-umno-saman-pas-2\/"},"modified":"2012-05-12T04:41:50","modified_gmt":"2012-05-11T20:41:50","slug":"hassan-ali-jadi-saksi-pihak-umno-saman-pas-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/hassan-ali-jadi-saksi-pihak-umno-saman-pas-2\/","title":{"rendered":"Hassan Ali Jadi Saksi Pihak Umno Saman PAS"},"content":{"rendered":"<p>Beliau yang juga mantan Exco kerajaan Selangor telah memberitahu mahkamah tidak bersetuju dengan kenyataan Setiausaha Agung PAS, Dato\u2019 Mustafa Ali yang disifatkannya menjurus kepada peranan Umno dalam operasi Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di Gereja Methodist, Damansara Utama.<\/p>\n<p>Bahkan, kata beliau tidak menyangka dengan tindakan Dato\u2019 Mustafa membuat kenyataan tersebut.<\/p>\n<p>\u201cSaya tidak setuju dengan kenyataan Setiausaha Agung PAS yang menjurus kepada Umno. Saya tidak sangka beliau (Dato\u2019 Mustafa Ali) buat kenyataan itu,\u201d jelasnya ketika menjawab soalan peguam Mohamed Hanipa Maidin di Mahkamah Tinggi Malaya Shah Alam, Selangor, 10 Mei lalu.<\/p>\n<p>Dato\u2019 Dr Hasan juga bersetuju dengan pendapat peguam Hanipa bahawa seseorang pemimpin politik akan dapat maklumat dari sesiapa sahaja.<\/p>\n<p>Namun, katanya Setiausaha Agung PAS itu tidak pernah memanggil beliau untuk mendapatkan maklumat dalam isu serbuan Jais-Gereja yang membawa kepada tindakan Umno Selangor menyaman PAS dan Harakah.<\/p>\n<p>Ketika ditanya peguam Hanipa adakah pernah berbincang dengan pimpinan PAS lain termasuk dalam mesyuarat mengenai isu tersebut beliau menyatakan tidak ingat.<\/p>\n<p>\u201cSaya tidak ingat jika ada dibincangkan dalam mesyuarat PAS. Saya tidak ingat tapi kebiasaan saya sebagai Pesuruhjaya (PAS Selangor) ada berhubung atau bermesyuarat tapi tidak pasti dalam isu (Jais-Gereja) ini.<\/p>\n<p>\u201cDato\u2019 Mustafa tidak pernah panggil saya untuk dapat maklumat. Dia tidak menghubungi saya,\u201d jelasnya kepada mahkamah.<\/p>\n<p>Sementara itu, beliau turut mengakui tidak diberitahu sebelum serbuan dibuat pihak Jais ke atas gereja berkenaan dan hanya mengetahui selepas tempoh 12 jam melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) oleh rakan-rakan Exconya.<\/p>\n<p>Menurutnya, pada waktu serbuan Jais-Gereja tersebut beliau merupakan ahli PAS, Pesuruhjaya PAS Selangor, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Ahli Exco kerajaan negeri Selangor.<\/p>\n<p>\u201cSaya tidak diberitahu sebelum serbuan Jais-Gereja. Saya hanya diberitahu dalam tempoh 12 jam selepas serbuan itu dibuat, melalui SMS oleh rakan-rakan Exco,\u201d ujarnya menjawab pertanyaan peguam Hanipa.<\/p>\n<p>Umno Selangor diwakili Setiausaha Perhubungannya, Ir Dato\u2019 Seri Mohd Zin Mohamed memfailkan writ saman ke atas Dato\u2019 Seri Abdul Hadi Awang dan Mohamad Sabu dan beberapa individu lain bagi menuntut gantirugi RM10 juta atas dakwaan akhbar Harakah yang bertarikh 19 Ogos 2011 memfitnah Umno Selangor di dalam satu artikel bertajuk \u201cPAS akan dedah bukti Umno main peranan operasi Jais\u201d.<\/p>\n<p>Bagaimana pun, Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak dengan kos tuntutan saman RM10 juta Umno Selangor ke atas Presiden PAS, Ustaz Abdul Hadi dan timbalannya, Mohamad Sabu atas alasan saman tersebut bertentangan dengan seksyen 9(c) Akta Pertubuhan 1966.<\/p>\n<p>Manakala, Wartawan Harakah Terengganu, Khairul Azlam Mohamad turut dipanggil bagi memberi keterangan berhubung artikelnya dalam akhbar Harakah tersebut.<\/p>\n<p>Beliau yang juga merupakan defenden telah hadir bagi memberi keterangan berhubung dengan sidang media yang diadakan oleh Setiausaha Agung PAS, Dato\u2019 Mustafa Ali di Terengganu berhubung dengan isu serbuan gereja DUMC di Selangor.<\/p>\n<p>Turut dipanggil memberi keterangan di mahkamah pada 11 Mei lalu Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman selaku defendan kelima di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Dato\u2019 Ahmad Zaki Husin bertindak sebagai hakim.<\/p>\n<p>Mahkamah juga diberitahu oleh wakil Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia hanya penama yang dimasukkan dalam daftar pertubuhan sahaja berhak menyaman atau disaman oleh mana-mana pihak terhadap pertubuhan berkenaan.<\/p>\n<p>Penolong Pendaftar Pertubuhan Malaysia, Nor Hanis Mazlan, 27,\u00a0 berkata Dato\u2019 Abdul Rauf Jusof adalah Penjawat Awam Umno sebagai Pendaftar Pertubuhan.<\/p>\n<p>\u201cDato\u2019 Abdul Rauf Jusof adalah Penjawat Awam Umno adalah penama yang berdaftar sebagai Pendaftar Pertubuhan. Perkara itu telah ditetapkan di dalam Seksyen 9C Akta Pertubuhan,\u201d jelasnya kepada hakim mahkamah.<\/p>\n<p>Mengikut peraturannya, kata Nur Hanis, sepatutnya Dato\u2019 Abdul Rauf sahaja yang berhak mengemukakan saman bagi pihak Umno seluruhnya.<\/p>\n<p>Beliau bersetuju bahawa hanya Abdul Rauf sahaja berhak membuat saman atau pendakwaan atau didakwa di mahkamah serta mewakili Umno di seluruh negara.<\/p>\n<p>Nor Hanis bertugas sebagai pegawai yang menjaga Umno di Jabatan Pendaftaran Malaysia serta mempunyai kuasa untuk akses kesemua dokumen berkaitan dengan Umno dalam Pendaftar Pertubuhan.<\/p>\n<p>Ketika ditanya, adakah nama Umno Selangor didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, beliau menjelaskan tidak pasti, namun nama yang didaftarkan adalah Cawangan Badan Perhubungan Negeri Selangor.<\/p>\n<p>Perbicaraan kes saman Umno Selangor terhadap pemimpin PAS, Harakah dan juga pencetakan ditunda pada 14 dan 15 Jun bagi mendengar keterangan Setiausaha Agung PAS, Dato\u2019 Mustafa Ali dan juga Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd selaku pencetak.<\/p>\n<p>Hakim, Dato\u2019 Ahmad Zaki Husin menetapkan tarikh tersebut setelah mendengar keterangan tiga orang saksi dan hadir sama pada perbicaraan tersebut Setiausaha Agung PAS, Dato\u2019 Mustafa Ali <\/p>\n<p>Saman Umno Selangor tersebut telah difailkan oleh peguam Umno iaitu Tetuan Hafarizam Wan &amp; Aisha Mubarak, Ustaz Abdul Hadi dan Mohamad Sabu diwakili Awi &amp; Co, Dato\u2019 Mustafa Ali diwakili Tetuan Mohamed Hanipa &amp; Associates. <\/p>\n<p>Manakala, defendan kelima dan keenam yang mewakili Ahmad Lufti dan Khairul Azlam adalah Tetuan Asri Musa &amp; Co. Angkatan Edaran Ent. Sdn. Bhd diwakili Tetuan Saufi Putra &amp; Associates.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p><strong><img decoding=\"async\" src=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2012\/05\/saman.JPG\" border=\"0\" width=\"480\" height=\"310\" style=\"float: right; margin: 2px;\" \/>SHAH ALAM:<\/strong> Disebalik dakwaannya, kononnya beliau masih sayangkan PAS, Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato\u2019 Dr Hasan Mohamed Ali yang dipecat oleh parti kini menjadi saksi bagi pihak Umno Selangor menyaman PAS dan Harakah.<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9361"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=9361"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9361\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=9361"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=9361"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=9361"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}