{"id":9271,"date":"2012-05-03T20:23:47","date_gmt":"2012-05-03T12:23:47","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2012\/05\/syarikat-kroni-umnobn-terengganu-pula-dapat-tanah\/"},"modified":"2012-05-03T20:23:47","modified_gmt":"2012-05-03T12:23:47","slug":"syarikat-kroni-umnobn-terengganu-pula-dapat-tanah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/syarikat-kroni-umnobn-terengganu-pula-dapat-tanah\/","title":{"rendered":"Syarikat Kroni Umno\/BN Terengganu Pula Dapat Tanah?"},"content":{"rendered":"<p>Menurut sumber, pada waktu terdekat, kerajaan akan memberikan tanah kepada syarikat yang menjalankan operasi kuari Bukit Batu Hampar atau dikenali kuari Bukit Berapit bersebelahan kuari Bukit Jong dekat sini.<\/p>\n<p>Sumber tersebut berkata, atas tujuan tersebut, kerajaan Umno\/BN Terengganu akan \u2018merampas\u2019\u00a0 tanah penduduk sekitar lokasi kuari itu beroperasi.<\/p>\n<p>Pada tahun 2008, kira-kira tiga bulan dari tarikh pilihanraya umum ke-11, kuari terbabit yang <a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/index.php?option=com_content&amp;view=article&amp;id=1648:pembukaan-semula-kuari-bukit-berapit-menyukarkan-kehidupan-penduduk-sekitar&amp;catid=35:dalam-negeri&amp;Itemid=85\"><strong><em>telah ditutup sekian lama ditutup<\/em><\/strong> <\/a>telah diberikan kepada syarikat Imbuhan Pelangi Sdn Bhd bekas Menteri Besar Dato\u2019 Seri Idris Jusoh.<\/p>\n<p>Perkara tersebut telah didedahkan oleh Menteri Besar Terengganu, Dato\u2019 Seri Ahmad Said ketika menjawa soalan yang dikemukakan oleh ADUN Bukit Tunggal, Dr Alias Razak, pada April 2010.<\/p>\n<p>Semakan yang dibuat Buletinonline dan <em><a href=\"http:\/\/buletinonline.net\/index.php?option=com_content&amp;view=article&amp;id=1727:kuari-bukit-batu-hampar-rupa-rupanya-syarikat-orang-kuat-umno-yang-menyusahkan-orang-kampung&amp;catid=35:dalam-negeri&amp;Itemid=85\">laporan diterbitkan pada 11 April 2010<\/a> <\/em>mendapati, salah seorang Ahli Lembaga Pengarah syarikat tersebut adalah Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Kuala Nerus.<\/p>\n<p>Namun begitu, menurut penduduk setempat, kuari yang banyak membekalkan bahan bagi membina jalan dan jambatan Kampung Jeram ke Kampung Bukit Guntung itu, bukan diuruskan oleh syarikat tempatan.<\/p>\n<p>\u201cIa mungkin telah dijual kepada syarikat luar Terengganu, samada ia betul atau tidak, Wallahu\u2019alam, tapi saya lihat orang luar yang menjalankan urusannya,\u201dujar beliau yang tidak mahu dikenali, ketika ditemui Buletinonline.<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p><strong><img decoding=\"async\" src=\"http:\/\/buletinonline.net\/images\/stories\/berita23\/Kuari&amp;Temala%20006.jpg\" border=\"0\" width=\"480\" height=\"310\" style=\"float: right; margin: 2px;\" \/>KUALA NERUS<\/strong> \u2013 Selepas menganugerah kan tanah kepada wakil-wakil rakyat, kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu dijangka akan mengagih-agihkan tanah kepada syarikat-syarikat kroni pula.<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[30],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9271"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=9271"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9271\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=9271"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=9271"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=9271"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}