{"id":92,"date":"2009-03-03T16:00:00","date_gmt":"2009-03-03T08:00:00","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2009\/03\/majlis-peguam-persoal-keputusan-mahkamah-tinggi-ipoh-syor-pilihanraya-baru\/"},"modified":"2009-03-03T16:00:00","modified_gmt":"2009-03-03T08:00:00","slug":"majlis-peguam-persoal-keputusan-mahkamah-tinggi-ipoh-syor-pilihanraya-baru","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/majlis-peguam-persoal-keputusan-mahkamah-tinggi-ipoh-syor-pilihanraya-baru\/","title":{"rendered":"Majlis Peguam Persoal Keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh, Syor Pilihanraya Baru"},"content":{"rendered":"<p class=\"MsoNormal\"><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Tahoma\"> Presidennya S Ambiga berkata keputusan mewajibkan penasihat undang-undang negeri mewakili Sivakumar, boleh mencemarkan prosiding yang membabitkan pertelingkahan antara BN dan Pakatan Rakyat.<\/p>\n<p> Pesuruhjaya Kehakiman Ridwan Ibrahim memutuskan demikian susulan permohonan peguam Menteri Besar BN, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam exco kerajaan negeri BN, berhubung penggantungan mereka daripada menghadiri sidang DUN. <\/p>\n<p> Ambiga berkata, dua perkara haruslah diambil kira dalam isu ini. <\/p>\n<p> Pertama, setiap peguam bertindak mengikut arahan anak guamnya dan dalam kes ini, tambah Ambiga, Sivakumar tidak pernah meminta penasihat undang-undang negeri berbuat demikian.<\/p>\n<p> Kedua, penasihat undang-undang sendiri berada dalam kedudukan konflik kerana beliau mewakili Dr Zambry dalam kes menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin mencabar kesahihan pelantikan wakil rakyat BN itu. <\/p>\n<p> &#8220;Bagaimana mungkin beliau (penasihat) atau jabatannya boleh bertindak bagi pihak Speaker yang dicabar oleh Dr Zambry?&#8221; kata Ambiga dalam kenyataan yang disiarkan dalam laman rasmi badan.<\/p>\n<p> &#8220;Wajar diingatkan, keadilan bukan sahaja perlu ditegakkan tetapi perlu dilihat telah ditegakkan. Mahkamah bertanggungjawab menegakkan prinsip tertinggi keadilan, kesaksamaaan dan kebebasan.&#8221; <\/p>\n<p> Ambiga juga menyifatkan Speaker tidak mempunyai pilihan kecuali terus mengadakan sidang tergempar DUN di luar bangunan rasminya setelah dihalang oleh polis. <\/p>\n<p> Kesahan tindakan polis ini membangkitkan persoalan yang serius, tambahnya. <\/p>\n<p> Apatah lagi, tegasnya, tindakan polis itu bersandarkan arahan setiausaha DUN yang hanya seorang pegawai pentadbiran yang tidak mempunyai kuasa untuk menafsir sama ada sesuatu persidangan dewan itu sah atau sebaliknya.<\/p>\n<p> &#8220;Polis dengan itu telah bertindak secara tidak wajar apabila mencanggahi kehendak Speaker dan DUN. Kesilapan ini diburukkan lagi oleh keputusan Mahkamah Tinggi,&#8221; kata Ambiga.<\/p>\n<p> Majlis Peguam juga mengesyorkan agar diadakan pilihan raya baru untuk keluar daripada krisis politik Perak yang berlarutan lebih sebulan.<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Tahoma\"><br \/> &#8220;Tidak ragu-ragu bahawa akan ada lagi kes (baru) yang difailkan di mahkamah. Dan, orang awam terpaksa melalui kesan ketidaktentuan (politik semasa).<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Tahoma\"><br \/> &#8220;Situasi ini sukar dipertahankan dan memerlukan satu perkara yang akan menyelesaikan secara konklusif &#8211; pilihan raya baru.<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Tahoma\"><br \/> &#8220;Kini ada pintu peluang bagi keadaan ini berlaku. Biarkan orang ramai memutuskannya,&#8221; kata Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan dalam kenyataan yang dikeluarkan lewat petang ini ekoran &#8220;episod drama politik&#8221; terbaru yang disaksikan di Perak sejak pagi tadi ini.<\/span><\/p>\n<p class=\"MsoNormal\"><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Tahoma\"><br \/> Krisis politik Perak yang bermula 25 Januari lalu hari ini menyaksikan beberapa detik menarik dan mencemaskan serta menimbulkan pelbagai tanda &#8211; ke mana menujunya amalan demokrasi di negeri itu.<\/span><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p><img decoding=\"async\" src=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2009\/03\/barcouncilquestion.jpg\" border=\"0\" alt=\"http:\/\/buletinonline.net\/http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2009\/03\/barcouncilquestion.jpg\" width=\"133\" height=\"88\" align=\"left\" \/><span style=\"font-size: 10pt; font-family: Tahoma\">Majlis Peguam Malaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini mempertikaikan keputusan melarang peguam persendirian mewakili Speaker DUN Perak V Sivakumar seperti diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini.<\/span><\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/92"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=92"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/92\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=92"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=92"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=92"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}