{"id":91681,"date":"2022-11-16T10:47:09","date_gmt":"2022-11-16T02:47:09","guid":{"rendered":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/?p=91681"},"modified":"2022-11-16T10:47:09","modified_gmt":"2022-11-16T02:47:09","slug":"amphicoach-kerajaan-bincang-tindakan-undang-undang","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/amphicoach-kerajaan-bincang-tindakan-undang-undang\/","title":{"rendered":"Amphicoach; Kerajaan Bincang Tindakan Undang-undang"},"content":{"rendered":"<p>KUALA TERENGGANU &#8211; Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata, beliau sedang berbincang dengan pegawai undang-undang Terengganu untuk mengambil tindakan lanjut berkait pemerolehan bas dua alam &#8216;Amphicoach&#8217; <\/p>\n<p>Katanya, bas itu tidak dapat diserahkan dengan sempurna kepada kerajaan negeri oleh kontraktor dilantik akibat tiada kelulusan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Laut.<\/p>\n<p>&#8220;Sebelum ini kerajaan negeri membatalkan pembeliannya atas faktor kelewatan projek dan isu keselamatan berikutan keadaan bas tersebut tidak menepati spesifikasi dan skop kontrak yang telah ditetapkan.<\/p>\n<p>&#8220;Ada pihak yang menyarankan supaya bas amfibia itu dijadikan tukun tiruan, tontonan di muzium negeri dan diubah suai sebagai sebuah kafe supaya tidak berlaku pembaziran.<\/p>\n<p>&#8220;Kita akan nilai semua cadangan, apa yang penting tidak mahu ia terbengkalai,&#8221; katanya kepada pemberita selepas meninjau bas dua alam, Amphicoach di sini, hari ini.<\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2022\/11\/photo_6311927047244592441_y.jpg\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2022\/11\/photo_6311927047244592441_y-1024x583.jpg\" alt=\"\" width=\"696\" height=\"396\" class=\"alignnone size-large wp-image-91685\" \/><\/a>Ariffin berkata, oleh kerana gagal diserahkan kepada kerajaan negeri atas beberapa sebab, maka ia telah ditamatkan kontrak pada 17 Disember 2019.<\/p>\n<p>&#8220;Sebanyak RM3.3 juta kos projek, tarikh mula 1 Januari 2015 sepatutnya siap pada 30 Ogos 2015, maknanya lebih kurang enam bulan sahaja, tetapi tarikh siap semasa 5 Oktober 2017,&#8221; ujarnya.<\/p>\n<p>Untuk rekod, Mantan Menteri Besar, Dato&#8217; Seri Ahmad Said yang bertanggungjawab dalam pembelian bas dua alam pernah bertanya adakah JPJ tidak boleh bertolak ansur dalam kelulusan operasi Amphicoach.<\/p>\n<p>Namun Ariffin menjelaskan bahawa bas amfibia yang tiba di Terengganu berjenama MAN dan bukan Iveco Bus sebagaimana ditempah pada peringkat awal.<\/p>\n<p>\u201cAmphicoach sebenarnya adalah bas biasa yang diubah suai. Pengubahsuaiannya yang tidak memenuhi spesifikasi, diragui oleh JPJ dan Jabatan Laut.<\/p>\n<p>\u201cSelain beberapa masalah teknikal lain, kenderaan yang ada 42 tempat duduk penumpang ini juga tidak mendapat kelulusan JPJ kerana gagal dalam ujian keseimbangan bas yang boleh mengundang bahaya,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA TERENGGANU &#8211; Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata, beliau sedang berbincang dengan pegawai undang-undang Terengganu untuk mengambil tindakan lanjut berkait pemerolehan bas dua alam &#8216;Amphicoach&#8217; Katanya, bas itu tidak dapat diserahkan dengan sempurna kepada kerajaan negeri oleh kontraktor dilantik akibat tiada kelulusan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Laut. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":91684,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":{"id":91684,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":1280,"height":805,"file":"2022\/11\/photo_6311927047244592442_y.jpg","filesize":191641,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":91681,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2022\/11\/photo_6311927047244592442_y.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/91681"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=91681"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/91681\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":91686,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/91681\/revisions\/91686"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/91684"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=91681"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=91681"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=91681"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}