{"id":91477,"date":"2022-11-06T12:12:02","date_gmt":"2022-11-06T04:12:02","guid":{"rendered":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/?p=91477"},"modified":"2022-11-06T12:13:59","modified_gmt":"2022-11-06T04:13:59","slug":"rm33-juta-untuk-pembangunan-infrastruktur-dan-kemudahan-rakyat","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/rm33-juta-untuk-pembangunan-infrastruktur-dan-kemudahan-rakyat\/","title":{"rendered":"RM33 Juta Untuk Pembangunan Infrastruktur Dan Kemudahan Rakyat"},"content":{"rendered":"<p>Oleh : Rohayati Ripin<\/p>\n<p>KUALA TERENGGANU \u2013 Sebanyak RM33 juta diperuntukkan untuk membangunkan infrastruktur dan memenuhi keperluan rakyat dalam kawasan Parlimen Kuala Terengganu.<\/p>\n<p>Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Haji Amzad Mohamed berkata, banyak rancangan berkaitan dengan pembangunan , kebajikan dan kesejahteraan rakyat masih dalam pelaksanaan.<\/p>\n<p>\u201cBeberapa projek utama yang telah saya usahakan sehingga mendapat kelulusan antara lain berkitan masalah nelayan di Sungai Ibai yang pada tahap sekarang telah mendapat kelulusan peruntukan dan dalam proses pemberian kotrak kepada pelaksana.<\/p>\n<p>\u201cYang ni saya rasa akan dilaksanakan dengan kadar yang segera, melibatkan kos lebih daripada RM23 juta dan juga di bawah Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) kita usahakan projek pembangunan KTCC Promenade yang menghadap waterfront melibatkan peruntukan RM10 juta yang kita akan laksanakan,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2022\/11\/18058115_1476948785659968_487420135871546907_n.jpg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignnone size-full wp-image-91479\" src=\"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2022\/11\/18058115_1476948785659968_487420135871546907_n.jpg\" alt=\"\" width=\"960\" height=\"602\" \/><\/a><br \/>\nBeliau yang juga calon PN Parlimen Kuala Terengganu berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas penamaan calon di Stadium Tertutup, Kuala Terengganu, pada semalam.<\/p>\n<p>Katanya, pelbagai isu yang menjadi keutamaan berkait masalah kemiskinan, infrastruktur, perparitan dan memperkasakan pendidikan anak-anak di kawasan Kuala Terengganu.<\/p>\n<p>\u201cIni sentiasa menjadi tumpuan saya lebih-lebih lagi di era kita perlu menyediakan anak-anak yang boleh menyesuaikan diri dengan pelan hala tuju pembangunan negara memerlukan kemahiran dalam teknologi dan juga sains.<\/p>\n<p>\u201cJadi inilah perkara yang penting di dalam era revolusi perindustrian IR 4.0 sekarang,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Selain daripada itu, tumpuan juga akan diberikan tentang aspek keusahawanan melibatkan kelompok komuniti penjaja, persatuan penjaja kecil dan peniaga melayu terutamanya pasar dan pasar malam.<\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2022\/11\/6c8719f255e50be4c08698f4181c1389.jpeg\"><img decoding=\"async\" class=\"alignnone size-full wp-image-91480\" src=\"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2022\/11\/6c8719f255e50be4c08698f4181c1389.jpeg\" alt=\"\" width=\"1008\" height=\"567\" \/><\/a>\u201cIni adalah perkara yang sentiasa kita perjuangkan kerana ia melibatkan komuniti yang ramai di kalangan warga rakyat Terengganu.<\/p>\n<p>\u201cDan sudah tentu sebagai parti PAS soal berkaitan dengan memperkasakan penghayatan Islam itu sendiri memperjuangkan syariah perkara yang akan terus kita perjuangkan di peringkat parlimen di peringkat negara kita,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Justeru itu, beliau berharap PAS dan Perikatan Nasional (PN) mendapat kemenangan yang lebih besar dalam PRU bukan sahaja di Kuala Terengganu tetapi di seluruh negara.<\/p>\n<p>\u201cSaya memohon supaya sokongan gelombang yang telah ada ini dalam bentuk sokongan pada hari mengundi. Itu yang lebih penting. Saya tahu dikalangan anak muda terutama sekali mempunyai hasrat untuk melihat penubuhan sebuah negara yang mana kerajaan bersih dan stabil.<\/p>\n<p>\u201cKalau kita bercakap di kedai kopi semata-mata ia tidak membawa apa-apa, merungut tidak menyelesaikan masalah.<\/p>\n<p>\u201cCaranya adalah dengan mengundi PAS untuk di Terengganu ini yang menjadi kompenan kepada PN dan seruan secara umumnya ke seluruh negara iaitu untuk undi PN kerana menjanjikan kerajaan yang bersih dan juga stabil serta kerajaan terbaik.<\/p>\n<p>&#8220;Kita tak mahu &#8216;good&#8217; kita tak mahu &#8216;better&#8217; kita maju yang &#8216;best&#8217; yang terbaik yang akan membentuk sebuah kerajaan yang mempunyai potensi untuk dilonjak lagi di dalam memajukan negara kita,&#8221; tambah beliau lagi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh : Rohayati Ripin KUALA TERENGGANU \u2013 Sebanyak RM33 juta diperuntukkan untuk membangunkan infrastruktur dan memenuhi keperluan rakyat dalam kawasan Parlimen Kuala Terengganu. Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Haji Amzad Mohamed berkata, banyak rancangan berkaitan dengan pembangunan , kebajikan dan kesejahteraan rakyat masih dalam pelaksanaan. \u201cBeberapa projek utama yang telah saya usahakan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":91478,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":{"id":91478,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":1280,"height":851,"file":"2022\/11\/photo6282658167972278953.jpg","filesize":127624,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":91477,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2022\/11\/photo6282658167972278953.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/91477"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=91477"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/91477\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":91482,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/91477\/revisions\/91482"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/91478"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=91477"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=91477"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=91477"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}