{"id":91159,"date":"2022-10-23T22:19:20","date_gmt":"2022-10-23T14:19:20","guid":{"rendered":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/?p=91159"},"modified":"2022-10-23T22:22:59","modified_gmt":"2022-10-23T14:22:59","slug":"kerjasama-untuk-laksana-agenda-islam","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/kerjasama-untuk-laksana-agenda-islam\/","title":{"rendered":"Kerjasama Untuk Laksana Agenda Islam"},"content":{"rendered":"<p>MARANG &#8211; Kerjasama dengan Bersatu melalui Perikatan Nasional (PN) pada  Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 adalah untuk memastikan agenda Islam terlaksana.<\/p>\n<p>Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkata, begitu juga hasrat &#8216;bertahaluf&#8217; dengan Umno, namun syarat dikemukakan jelas tidak akan mampu  menyatukan parti politik Melayu. <\/p>\n<p>&#8220;kita hendak betulkan keadaan kita mesti ajar melalui pilihan raya ini seboleh-bolehnya PN perlu menang kerusi yang banyak bagi membolehkan menubuhkan kerajaan sendiri.<\/p>\n<p>&#8220;Ataupun jika Umno tidak boleh tubuh kerajaan selepas PRU melainkan kena pakat kerjasama.<\/p>\n<p>&#8220;kali ini kita minta pakat moleklah, pendirian kita tegas dalam bekerjasama yang boleh membawa kepada agenda kita, yang tidak terima, kita tolak,&#8221; jelasnya. <\/p>\n<p>Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Markas Besar P 037 Marang, di Dewan Tok Guru, Rusila, semalam.<\/p>\n<p>Ustaz Had turut menyifatkan kerjasama dengan Umno tidak boleh diteruskan kerana berlaku &#8216;kekeruhan&#8217; dalaman parti itu sendiri. <\/p>\n<p>&#8220;Kita hendak ambil yang jernih, kalau diteruskan bekerjasama kalau ditakdirkan menang ia umpama putik, tidak masak.<\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2022\/10\/IMG_20221023_221616-scaled.jpg\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2022\/10\/IMG_20221023_221616-1024x467.jpg\" alt=\"\" width=\"696\" height=\"317\" class=\"alignnone size-large wp-image-91163\" \/><\/a><br \/>\n&#8220;kalau kait durian putik dan makan jadi kembung perut, kena masak betul-betul, tiba-tiba pemimpin Umno salah faham, dia kata saya &#8216;gelar&#8217; dia durian dan dia kata PAS ini timun.<\/p>\n<p>&#8220;Tak apalah, biar luruh lepas tu biar jadi tempoyak selam dalam budu ambil timun letak atas, cicah mudah sahaja, saya sebut di Kelantan kerana orang sana suka budu, &#8221; ujarnya.<\/p>\n<p>Dalam pada itu, tegas beliau Pakatan Harapan (PH) perlu ditolak kerana mendatangkan mudarat besar dalam negara termasuk ada dalam kalangan pemimpinya  mengamalkan rasuah.<\/p>\n<p>&#8220;Dalam PH ada penerima dan pemberi rasuah, &#8216;tokey besar&#8217; yang kata-kata sokong mereka dan mengharapkan kemenangan, ada pemberi dan tukang terima.<\/p>\n<p>&#8220;Dalam Umno hanya ada penerima rasuah, yang masih dibicara, yang sedang dibicarakan tetapi zalim kerana merampas royalti Terengganu tidak pasal-pasal.<\/p>\n<p>&#8220;Di Kelantan melambatkan royalti, ini zalim. Ketika PN mentadbir, Terengganu dapat balik royalti, Kelantan tidak sempat.<\/p>\n<p>&#8220;Kerana itu saya sebut di Kelantan dalam ceramah  kalau PN menang kita akan beri royalti,&#8221; katanya lagi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>MARANG &#8211; Kerjasama dengan Bersatu melalui Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 adalah untuk memastikan agenda Islam terlaksana. Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkata, begitu juga hasrat &#8216;bertahaluf&#8217; dengan Umno, namun syarat dikemukakan jelas tidak akan mampu menyatukan parti politik Melayu. &#8220;kita hendak betulkan keadaan kita mesti [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":91162,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":{"id":91162,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":2560,"height":1601,"file":"2022\/10\/IMG_20221023_221542-scaled.jpg","filesize":275807,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":91159,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2022\/10\/IMG_20221023_221542-scaled.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/91159"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=91159"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/91159\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":91165,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/91159\/revisions\/91165"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/91162"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=91159"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=91159"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=91159"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}