{"id":91059,"date":"2022-10-13T00:54:32","date_gmt":"2022-10-12T16:54:32","guid":{"rendered":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/?p=91059"},"modified":"2022-10-13T00:54:32","modified_gmt":"2022-10-12T16:54:32","slug":"pru15-rm420-juta-bagi-laksanakan-empat-prn-membazir","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/pru15-rm420-juta-bagi-laksanakan-empat-prn-membazir\/","title":{"rendered":"PRU15: RM420 juta bagi Laksanakan Empat PRN Membazir?"},"content":{"rendered":"<p>Kerajaan telah membelanjakan RM420 juta bagi melaksanakan empat pilihan raya negeri (PRN) di Sabah, Melaka, Sarawak dan Johor.<\/p>\n<p>Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata daripada jumlah itu, RM194 juta dibelanjakan tahun lalu untuk melaksanakan PRN Melaka dan PRN Sarawak.<\/p>\n<p>&#8220;Kos perbelanjaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi pelaksanaan beberapa siri Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), adalah RM130 juta untuk PRN Sabah Ke-16 (pada 2020).<\/p>\n<p>&#8220;Selain itu, RM45 juta bagi PRN Melaka Ke-15 (pada 2021); RM149 juta untuk PRN Sarawak Ke-12 (pada 2021) dan RM96 juta bagi PRN Johor Ke-15 (tahun ini),&#8221; katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada 23 Mac 2022.<\/p>\n<p>Bahkan kos impak daripada PRN tersebut yang ditanggung kerajaan adalah lebih besar berikutan ia diadakan pada musim pandemik.<\/p>\n<p>Kementerian Kesihatan telah terpaksa membiayai jutaan ringgit pula wang rakyat bagi mengekang Covid-19 yang merebak akibat diadakan PRN Sabah.<\/p>\n<p>Entah berapa juta pula dibelanjakan kerajaan bagi mengongkosi kawalan SOP yang ketat dan kerahan dibuat bag menempatkan para petugas barisan hadapan.<\/p>\n<p>Semua ini seolah-olah telah dilupakan bahkan tidak diambil kira sama sekali oleh kelompok pemimpin yang mendesak parlimen dibubarkan dan PRU15 diadakan.<\/p>\n<p>Perdana Menteri (PM) ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah menjadi antara punca peningkatan mendadak kes COVID-19 di Malaysia.<\/p>\n<p>Menurutnya, PRN itu terpaksa diadakan selepas Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada 30 Julai lepas.<\/p>\n<p>\u201cIni sesuatu yang tidak dapat dielakkan kerana kita tertakluk kepada peruntukan dalam Perlembagaan. Pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh enam puluh hari selepas DUN dibubarkan. Ia tidak boleh ditangguh,\u201d katanya.<\/p>\n<p>Justeru, penggal parlimen ke-14 masih panjang dan kerajaan &#8216;Keluarga Malaysia&#8217; masih baru lagi serta belum sempat memulih dan mengukuhkan kedudukan ekonomi negara.<\/p>\n<p>Walaupun unjuran yang dibuat menerbitkan angka-angka yang memberangsangkan, namun Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa sama-sama meramalkan dan memberi amaran tentang kemelesetan ekonomi yang akan berlaku pada tahun depan.<\/p>\n<p>Namun apakan daya, nasi bukan sahaja sudah menjadi bubur, tetapi telah pun menjadi basi, apabila PM telah pun mengisytiharkan pembubaran Parlimen!<\/p>\n<p>Majoriti rakyat tahu, siapa yang menjadi dalang mendesak Dato&#8217; Sri Ismail Sabri Yaakob supaya melakukan apa yang telah terjadi. <\/p>\n<p>Ramai warganet mengecam PM kerana membubarkan Parlimen ke-14, bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan.<\/p>\n<p>Sesetengah warganet marah dan kecewa kerana Ismail Sabri mengikut telunjuk Umno dan kluster mahkamah yang hanya mempunyai 36 daripada 222 Ahli Parlimen, dalam membuat keputusan membubarkan Dewan Rakyat.<\/p>\n<p>Justeru menjadi hak kepada ketua-ketua kerajaan negeri samada mahu atau tidak, menuruti langkah kerajaan persekutuan. <\/p>\n<p>Mengapa mesti kerajaan negeri-negeri mahu &#8216;masuk lubang biawak&#8217; mengikut keputusan kerana asasnya negeri-negeri yang membentuk persekutuan. <\/p>\n<p>Malaysia adalah sebuah persekutuan 13 negeri yang beroperasi dalam raja berperlembagaan di bawah sistem parlimen &#8216;Westminster&#8217; dan dikategorikan sebagai demokrasi berparlimen. <\/p>\n<p>Rakyat harus menghormati keputusan Kerajaan negeri sebagaimana kerajaan persekutuan patut ditaati dan semua pihak mesti mengamalkan dan menghormati demokrasi. <\/p>\n<p>Mungkin Umno dan BN &#8216;perasan&#8217; mereka lebih kuat, sedang hakikatnya telah terbukti dan keangkuhan pemimpin Umno telah mendapat balasan pada PRU-14. <\/p>\n<p>Anak-anak muda perlu mendapat kebebasan dalam membuat pilihan dan memberi mandat kepada parti yang benar-benar layak untuk memerintah, sesuai dengan zaman ini yang penuh bermaklumat. <\/p>\n<p>Sudah tentu pemimpin yang bersalah melakukan rasuah, pecah amanah dan penyelewengan serta parti yang telah terbukti tidak amanah kepada mandat rakyat, tidak sayugia dipilih. <\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Kerajaan telah membelanjakan RM420 juta bagi melaksanakan empat pilihan raya negeri (PRN) di Sabah, Melaka, Sarawak dan Johor. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata daripada jumlah itu, RM194 juta dibelanjakan tahun lalu untuk melaksanakan PRN Melaka dan PRN Sarawak. &#8220;Kos perbelanjaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":91060,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[39],"tags":[],"better_featured_image":{"id":91060,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":2560,"height":1548,"file":"2022\/10\/IMG_20221013_005344-scaled.jpg","filesize":218198,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":91059,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2022\/10\/IMG_20221013_005344-scaled.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/91059"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=91059"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/91059\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":91061,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/91059\/revisions\/91061"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/91060"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=91059"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=91059"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=91059"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}