{"id":9071,"date":"2012-04-17T23:45:51","date_gmt":"2012-04-17T15:45:51","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2012\/04\/pas-cadang-naikkan-subsidi-harga-padi-2\/"},"modified":"2012-04-17T23:45:51","modified_gmt":"2012-04-17T15:45:51","slug":"pas-cadang-naikkan-subsidi-harga-padi-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/pas-cadang-naikkan-subsidi-harga-padi-2\/","title":{"rendered":"PAS Cadang Naikkan Subsidi Harga Padi"},"content":{"rendered":"<p>Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pembangunan Luar Bandar negeri Kedah, Ir. Amiruddin Hamzah berkata pihaknya telah berbincang serta bersetuju menaikan subsidi harga padi.<\/p>\n<p>Katanya, subsidi harga padi telah lama tidak dikaji semula dan kenaikan sebanyak 50 peratus dicadangkan kepada Pakatan Rakyat.<\/p>\n<p>Menurutnya, cadangan tersebut telah dibawa berbincang serta bersetuju dimasukkan dalam manifesto pilihan raya akan datang.<\/p>\n<p>\u201cKita (PAS) telah berbincang dan bersetuju untuk mencadangkan dimasukkan dalam manifesto bahawa skim subsidi harga padi ini dinaikan sebanyak 50 peratus. <\/p>\n<p>\u201cKenaikan (subsidi) ini pun beban kerajaan yang ditanggung itu tidaklah sebesar mana setelah 22 tahun tidak pernah dikaji dan kali terakhir itu ketika Dato\u2019 Seri Anwar menjadi Menteri Pertanian. <\/p>\n<p>\u201cKita anggarkan bebanan tanggungang kerajaan sekitar RM260 juta sahaja setahun untuk 160,000 keluarga petani di seluruh semenanjung (Malaysia),\u201d ujarnya pada satu Sidang Media Tuntutan Petani Kampung Jelapang Sempena Lawatan Exco Pertanian Kedah di Surau Kampung Jelapang, Setiu, 14 April lalu.<\/p>\n<p>Selain itu, beliau mendesak agar kerajaan Terengganu segera memberikan hak milik tanah kepada para petani yang mengusahakan kawasan tersebut.<\/p>\n<p>Ini kerana, katanya para petani terbabit telah mengusahakan tanaman padi di Kampung Jelapang, Setiu sejak puluhan tahun hingga kepada generasi ketiga.<\/p>\n<p>\u201cLujnah\u00a0 Asas Tani PAS Pusat dan Lujnah Asas Tani Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu bersama dengan petani di Kampung Jelapang ini yang telah membuat beberapa tuntutan terhadap tanah yang telah mereka usahakan. <\/p>\n<p>\u201cKita difahamkan telah memasuki generasi ketiga telah lebih 34 tahun. Asasnya ialah tentang hak milik mereka (petani) yang masih belum diberi layanan yang sepatutnya oleh kerajaan negeri,\u201d jelasnya. <\/p>\n<p>Beliau mendakwa sebelum ini ketika era pemerintahan kerajaan PAS Terengganu tahun 1999-2004 telah dikeluarkan Lesen Menduduki Sementara (LMS) kepada para petani terbabit.<br \/>Namun, katanya kelulusan tanah tersebut telah ditarik balik oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) yang kembali berkuasa di Terengganu.<\/p>\n<p>\u201cSebelum ini, era kerajaan PAS Terengganu tahun 1999-2004, mereka (petani) telah pun diberikan hak milik sementara iaitu Lesen Menduduki Sementara (LMS) sebelum jadi hak milik kekal selepas itu. <\/p>\n<p>\u201cMalangnya, LMS itu telah ditarik balik selepas kerajaan BN kembali berkuasa di negeri ini. Kerajaan negeri seharusnya menimbangkan untuk memberi hak milik kepada mereka (petani) dan harus diselesaikan segera,\u201d ujarnya. <\/p>\n<p>Selain itu, katanya input-input pertanian lain seperti baja, benih, racun serta bantuan membajak perlu disediakan oleh kerajaan kepada petani di Jelapang ini.<\/p>\n<p>Menurutnya, PAS merayu agar potongan padi yang dikenakan oleh pengilang kepada petani tidak terlalu tinggi hingga mencecah 50 peratus.<\/p>\n<p>\u201cPotongan padi yang terlalu tinggi hingga 50 peratus oleh sebahagian pengilang. Kita (PAS) merayulah supaya potongan tidak terlalu tinggi hingga menyebabkan mereka (petani) tidak mempunyai hasil atau pulangan yang lumayan dari apa yang mereka usahakan. <\/p>\n<p>\u201cSeharusnya tidak ada monopoli oleh mana-mana kilang untuk membeli padi di Kampung Jelapang ini,\u201d ujarnya. <\/p>\n<p>Hadir sama pada majlis tersebut Timbalan Pesuruhjaya (II) PAS Terengganu, Muhyidin Abdul Rashid, Ketua Penerangan PAS Setiu, Dr Azman Ibrahim serta beberapa orang Ahli Jawatankuasa Lujnah Asas Tani PAS Pusat.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p><strong><img decoding=\"async\" src=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2012\/04\/pc%20jelapang.jpg\" border=\"0\" width=\"480\" height=\"310\" style=\"float: right; margin: 2px;\" \/>SETIU<\/strong> &#8211; PAS mencadangkan agar subsidi harga padi petani dinaikan setelah 22 tahun tidak pernah dikaji semula jika kerajaan Pakatan Rakyat berjaya ke Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":9069,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":{"id":9069,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":640,"height":396,"file":"2012\/04\/pc jelapang.jpg","filesize":117485,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"4.2","credit":"","camera":"COOLPIX P500","caption":"","created_timestamp":"1334425804","copyright":"","focal_length":"8.1","iso":"200","shutter_speed":"0.033333333333333","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":9071,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2012\/04\/pc jelapang.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9071"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=9071"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9071\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/9069"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=9071"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=9071"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=9071"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}