{"id":90673,"date":"2022-09-03T16:00:03","date_gmt":"2022-09-03T08:00:03","guid":{"rendered":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/?p=90673"},"modified":"2022-09-03T16:00:03","modified_gmt":"2022-09-03T08:00:03","slug":"majlis-syura-dan-jk-pusat-tentukan-calon","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/majlis-syura-dan-jk-pusat-tentukan-calon\/","title":{"rendered":"Majlis Syura dan JK Pusat Tentukan Calon"},"content":{"rendered":"<p>ALOR SETAR &#8211; Majlis Syura Ulama dan PAS Pusat diberi mandat untuk membuat penelitian dan keputusan dalam urusan penentuan kerusi dan calon dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke 15 (PRU15).<\/p>\n<p>Presiden Dato&#8217; Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata,  kedua-dua jawantankuasa itu juga diberi mandat untuk membuat penelitian dan keputusan dalam urusan berkaitan hukum,  dasar dan strategi menghadapi pilihan raya dan segala kemungkinan berlaku selepasnya. <\/p>\n<p>Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Dasar Muktamar Tahunan PAS Ke-68 di Kompleks PAS Kedah Kota Sarang Semut di sini hari ini. <\/p>\n<p>Beliau seterusnya berkata,  peranan jumlah undi sangat penting bagi kemenangan pilihan raya mengikut konsep demokrasi. <\/p>\n<p>&#8220;Maka gerakan menarik pengundi seramainya menjadi tugas utama, &#8221; ujarnya. <\/p>\n<p>Katanya,  faktor kritikal kemenangan PAS dalam PRU15 ialah sejauh mana jentera pilihan raya berupaya untuk menguasai pengundi. <\/p>\n<p>Justeru katanya,  PAS perlu menguasai Pengundi Tidak Berparti (PTB)  dengan melaksanakan pendekatan berilmu,  bermaklumat,  tidak menipu,  berkebajikan dan kepimpinan yang mesra dan cakna rakyat. <\/p>\n<p>&#8220;Maka Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) perlu bergerak aktif dan berkhidmat secara efektif kepada semua rakyat termasuk PTB, &#8221; jelas beliau. <\/p>\n<p>Selain itu katanya,  PAS hendaklah mesra Badan Bukan Kerajaan (NGO)  dan boleh bekerjasama bagi mendekati kumpulan PTB menerusi aktiviti yang tidak berbau kepartian. <\/p>\n<p><a href=\"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2022\/09\/IMG_20220903_155719.jpg\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2022\/09\/IMG_20220903_155719-1024x609.jpg\" alt=\"\" width=\"696\" height=\"414\" class=\"alignnone size-large wp-image-90676\" \/><\/a><br \/>\nBeliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata,  PAS juga mengambil kira saiz pengundi warga emas yang semakin meningkat di setiap Parlimen atau DUN.<\/p>\n<p>&#8220;Maka jentera pilihan raya perlu menyantuni pengundi warga emas dengan memperkasakan Pasukan Kempen Assabiqun bagi mencapai sasaran strategi kemenangan di Parlimen dan DUN PAS bertanding, &#8221; ujarnya lagi. <\/p>\n<p>Oleh itu, kata beliau, PAS akan meningkatkan jumlah calon daripada kalangan anak muda dan wanita untuk bertanding dengan kerusi boleh menang.<\/p>\n<p>&#8220;Persediaan kita bukan sahaja bagi mencapai kemenangan, lebih lagi berkemampuan mengisi kemenangan yang berintegriti berbekalkan iman, ilmu dan akhlak yang mulia.<\/p>\n<p>&#8220;Di sini peranan calon yang layak sangat penting dengan memenuhi syarat &#8216;boleh menang&#8217;, &#8216;boleh diterima&#8217; dan &#8216;boleh mentadbir&#8217; bagi mengisi kemenangan dalam memimpin negara dan negeri,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Dalam pada itu katanya, kalangan golongan berwibawa dan profesional tidak akan dipinggirkan.<\/p>\n<p>&#8220;Tidak akan dicicirkan dan (akan) terus menyumbang dalam konsep kerajaan teknokrat yang tidak semestinya menjadi calon dan wakil rakyat sahaja,&#8221; katanya.<\/p>\n<p>Justeru itu katanya, apa yang paling utama adalah persediaan jentera pilihan raya di Parlimen dan DUN sasar menang.<\/p>\n<p>&#8220;Hendaklah mempunyai kekuatan organisasi, petugas bagi setiap Unit Daerah Mengundi (UDM), pasukan kempen yang cekap dan berkesan.<\/p>\n<p>&#8220;Gerak gempur pemilih dan penculaan bersepadu (perlu dilakukan),&#8221; ujarnya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>ALOR SETAR &#8211; Majlis Syura Ulama dan PAS Pusat diberi mandat untuk membuat penelitian dan keputusan dalam urusan penentuan kerusi dan calon dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke 15 (PRU15). Presiden Dato&#8217; Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, kedua-dua jawantankuasa itu juga diberi mandat untuk membuat penelitian dan keputusan dalam urusan berkaitan hukum, dasar [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":90675,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":{"id":90675,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":2560,"height":1698,"file":"2022\/09\/IMG_20220903_155608-scaled.jpg","filesize":281527,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0","keywords":[]}},"post":90673,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2022\/09\/IMG_20220903_155608-scaled.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/90673"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=90673"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/90673\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":90677,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/90673\/revisions\/90677"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/90675"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=90673"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=90673"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=90673"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}