{"id":9054,"date":"2012-04-16T09:26:04","date_gmt":"2012-04-16T01:26:04","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2012\/04\/umno-atur-pertemuan-zakaria-dengan-mad-said-2\/"},"modified":"2012-04-16T09:26:04","modified_gmt":"2012-04-16T01:26:04","slug":"umno-atur-pertemuan-zakaria-dengan-mad-said-2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/umno-atur-pertemuan-zakaria-dengan-mad-said-2\/","title":{"rendered":"Umno Atur Pertemuan Zakaria Dengan Mad Said"},"content":{"rendered":"<p>Haji  Zakaria, 70, diberi peluang bertemu dengan Ahmad yang juga Menteri  Besar (MB) Terengganu pada hari Rabu sekitar jam 2.30 petang, 18 April  ini di Pejabat Umno Terengganu, Jalan Batas Baru, di Kuala Terengganu.<\/p>\n<p>Beliau memaklumkan, pertemuan tersebut ekoran dari pertemuan yang telah dibuat  oleh Haji Zakaria bersama pimpinan Umno di pejabat Umno negeri  Terengganu.<\/p>\n<p>Beliau menggesa agar Umno dan kerajaan Barisan  Nasional (BN) Terengganu segera mengambil tindakan melaksanakan  Undang-undang Jenayah Syariah Islam termasuk hudud.<\/p>\n<p>Ini kerana,  kata Haji Zakaria pendiriannya selama ini bahawa pelaksanaan hukum  tersebut akan dapat menyelesaikan pelbagai masalah \u2018penyakit\u2019 masyarakat  sekarang.<\/p>\n<p>\u201cSaya (Zakaria) akan bertemu dengan Dato\u2019 Seri Ahmad  Said, selaku Menteri Besar Terengganu supaya dia (kerajaan) ambil  tindakan untuk laksanakan Undang-undnag Jenayah Syariah Islam termasuk  hukum hudud.<\/p>\n<p>\u201cJika tidak laksanakan hukum Islam, saya bimbang  akan menghadapi masalah bencana dalam negeri kita. Macam-macam penyakit  masyarakat berlaku dengan zinanya, dengan buang anaknya dan dengan  maksiat yang banyak.<\/p>\n<p>\u201cSaya yang uzur ini menunggu-nunggu kerajaan  menjalankan pentadbiran Islam. Masalahnya, kerajaan yang ada sekarang  (BN) tidak bersedia melaksanakan pemerintahan itu,\u201d ujarnya ketika  ditemui di rumah ibunya di Kampung Seberang Marang, 15 April lalu. <\/p>\n<p>Menurutnya,  pelbagai gejala penyakit masyarakat yang berlaku setiap hari tidak  dapat diselesaikan dengan undang-undang yang sedia ada hari ini.<\/p>\n<p>Sebelum  itu, pada pertemuannya dengan pegawai kakitangan pejabat Umno negeri  dicadangkan agar mengemukakan pandangan tersebut kepada Menteri Besar  Dato\u2019 Seri Ahmad Said.<\/p>\n<p>Namun begitu, beliau berharap agar \u2018Mat  Said\u2019 (Ahmad) akan lebih jujur dari mantan MB Terengganu, Dato\u2019 Seri  Idris Jusoh yang pernah memerangkapnya bagi tujuan kepentingan politik  Umno-BN.<\/p>\n<p>\u201cKali ini, saya harap Dato Seri Ahmad Said ini akan  lebih jujur daripada Dato Seri Idris Jusoh. Pada tahun 2007, dalam isu  yang hampir sama saya diatur bertemu dengan dia (Idris).<\/p>\n<p>\u201cWaktu  itu, dekat pilihan raya dan saya dibawa ke satu majlis perasmian  Perkampungan Hadhari di Marang. Saya hanya membaca skrip yang disediakan  dan selepas itu tidak ada apa-apa hanya untuk kepentingan politik  Umno-BN sahaja,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Oleh itu, kata Haji Zakaria pada  pertemuannya dengan Dato\u2019 Seri Ahmad kali ini bercadang membawa  pengiring sebagai saksi perbincangan tersebut.<\/p>\n<p>Beliau tidak mahu  mengulangi peristiwa dimanipulasikan oleh pihak-pihak tertentu berhubung  dengan pertemuan dengan MB Terengganu.<\/p>\n<p>\u201cPada pertemuan dengan MB  kali ini, saya akan membawa pengiring saya sebagai saksi tentang  perbincangan yang akan berlaku antara saya dengan Ahmad Said.<\/p>\n<p>\u201cIni  penting, supaya siapa pun tidak boleh memanipulasikan pertemuan itu  untuk tujuan-tujuan lain melainkan kerana saya merasa bertanggungjawab  sebagai seorang Islam, seorang rakyat di negeri ini menjadi kewajipan  kerajaan melaksanakan undang-undang Islam ini.<\/p>\n<p>\u201cSebab, manusia  perseorangan tidak boleh buat dan oleh kerana negeri Terengganu, Enakmen  Kanun Jenayah Syariah ini telah dikanunkan di zaman pemerintahan PAS  tahun 2003, tapi tidak sempat dilaksanakan dan menjadi tanggungjawab  kerajaan yang ada ini untuk melaksanakan itu,\u201d tegasnya ketika ditemui.<\/p>\n<p>Ketika  ditanya, apakah jaminan yang Umno-BN tidak membuat manipulasi berhubung  dengan pertemuan tersebut beliau akan meminta tandatangan bukti  persetujuan tersebut.<\/p>\n<p>\u201cSaya akan meminta, apa juga persetujuan  yang dipersetujui oleh Ahmad Said (MB Terengganu) ini akan  ditandatangani sebagai satu bukti yang sahih komitmen untuk melaksanakan  ini. Bukan cakap kosong macam Idris (bekas MB) dahulu. <\/p>\n<p>\u201cSaya  harap pertemuan pada hari Rabu (18 April) ini berjalan dalam keadaan  harmoni untuk kepentingan Islam, masyarakat, negeri dan negara ini,\u201d  ujarnya. <\/p>\n<p>Menurutnya, menjadi tanggungjawab kepada mana-mana  pemerintah negeri termasuk Umno dan kerajan Barisan Nasional  melaksanakan hukum Islam (hudud) tersebut.<\/p>\n<p>Bahkan, katanya, jika  Umno-BN tidak bersedia melaksanakan hukum Islam tersebut menjadi  tanggungjawab pihak lain yang bakal mengambil alih tampuk pemerintahan  di negeri ini.<\/p>\n<p>\u201cAdalah menjadi tanggungjawab kepada mana-mana  parti memerintah negeri ini. Sekarang Umno, maka Umnolah yang  bertanggungjawab. Jika orang ini (Umno) tidak bersedia, adalah menjadi  tanggungjawab pihak lain yang bakal mengambil tampuk pemerintahan  negeri.<\/p>\n<p>\u201cSaya selalu berdoa dan bersembahyang hajat supaya diberi kemenangan kepada sesiapa sahaja yang bersedia menjalankan tugas itu. <\/p>\n<p>\u201cSaya  nak beritahu pemerintah (Umno-BN) hendaklah bersedia menjalankan hukum  hudud dan mengistiharkan hukum hudud di negeri ini. Saya sedia untuk  mendoakan supaya Umno berkuasa dengan hukum hudud yang diistiharkan itu.  Jika tidak, saya akan mendoakan kejatuhan kerajaan Umno-BN dalam  pilihan raya,\u201d tegasnya.<\/p>\n<p>Beliau mendakwa pernah diperdayakan,  dikhianati dan dianiya oleh pemimpin Umno yang tidak jujur dengan  hasratnya bagi melihat kepentingan Islam diutamakan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p><strong><img decoding=\"async\" src=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2012\/04\/IMG_7249.jpg\" border=\"0\" width=\"480\" height=\"310\" style=\"float: right; margin: 2px;\" \/>MARANG<\/strong> &#8211; Umno Terengganu sedang mengatur satu pertemuan antara  Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Terengganu, Dato\u2019 Seri Ahmad  Said dengan abang kepada Dato\u2019 Mustafa Ali iaitu Haji Zakaria @ Supar  Ali dalam masa terdekat ini.<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":9052,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[30],"tags":[],"better_featured_image":{"id":9052,"alt_text":"","caption":"","description":"","media_type":"image","media_details":{"width":640,"height":427,"file":"2012\/04\/IMG_7249.jpg","filesize":112684,"sizes":{},"image_meta":{"aperture":"4.5","credit":"","camera":"Canon EOS 550D","caption":"","created_timestamp":"1334516299","copyright":"","focal_length":"29","iso":"400","shutter_speed":"0.016666666666667","title":"","orientation":"1","keywords":[]}},"post":9054,"source_url":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2012\/04\/IMG_7249.jpg"},"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9054"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=9054"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9054\/revisions"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/9052"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=9054"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=9054"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=9054"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}