{"id":9035,"date":"2012-04-15T08:24:55","date_gmt":"2012-04-15T00:24:55","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2012\/04\/ustaz-bakar-chik-serius-ajak-mat-said-mubahalah-bukti-kebenaran\/"},"modified":"2012-04-15T08:24:55","modified_gmt":"2012-04-15T00:24:55","slug":"ustaz-bakar-chik-serius-ajak-mat-said-mubahalah-bukti-kebenaran","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/ustaz-bakar-chik-serius-ajak-mat-said-mubahalah-bukti-kebenaran\/","title":{"rendered":"Ustaz Bakar Chik &#8216;Serius&#8217; Ajak Mad Said \u2018Mubahalah\u2019 Bukti Kebenaran"},"content":{"rendered":"<p>Berikutan itu, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dato\u2019 Ustaz Abu  Bakar Chik secara serius mengajak Pengerusi Badan Perhubungan Umno  Terengganu, Dato\u2019 Seri Ahmad Said \u2018bermubahalah\u2019.<\/p>\n<p>Katanya,  cadangan mubahalah tersebut bagi mengelakkan Umno dan pemimpin utama  parti itu mengulangi tuduhan \u2018berat\u2019 memfitnah parti Islam sebagai  sesat.<\/p>\n<p>Menurutnya, jika pelawaan mubahalah tidak diterima  pemimpin Umno tersebut wajar meminta maaf serta menarik balik kenyataan  berkenaan.<\/p>\n<p>\u201cSaya sebagai seorang pimpinan PAS, ahli PAS dan pekerja PAS. Saya minta dia (Ahmad) \u2018bermubahalah\u2019 kerana dia buat fitnah.<\/p>\n<p>\u201cJika  dia tidak mahu bermubahalah, dia kena tarik balik dan minta maaf di  atas ucapan dia. Antara dua, sama ada dia tarik balik ucapan itu atau  bermubahalah. Itu sahaja.<\/p>\n<p>\u201cIni (mubahalah) bukan bermaksud untuk  publisiti tetapi untuk hendak membendung supaya orang lain tidak sesat.  Saya anggap perkara ini sangat besar dan boleh menyesatkan ramai orang.  Ini bahaya aqidah dan bahaya perpecahan berlaku di kalangan umat,\u201d  tegasnya ketika berkunjung ke pejabat Sinar Harian, 14 April lalu.<\/p>\n<p><em>[Gambar &#8211; Ustaz Abu Baar Chik merujuk dalil Mubahalah yang tedapat dalam kitab suci al-Quran]<\/em><\/p>\n<p>Beliau  yang juga Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat berpendapat ajakan  \u2018mubahalah\u2019 wajar dilakukan bagi mengelakkan Umno serta kepimpinannya  berterusan memfitnah PAS sesat.<\/p>\n<p>Ini kerana, kata Ustaz Abu Bakar  istilah sesat di Negara ini membawa maksud \u2018kafir\u2019 atau \u2018syirik\u2019 serta  terkeluar dari ajaran Islam sebenar.<\/p>\n<p>\u201cKenyataan (mubahalah) ini  perlu dilakukan untuk mengelak Umno terus melakukan dan Dato\u2019 Seri Ahmad  Said secara khusus atas sifat peribadi dia sebagai Menteri Besar (MB)  dan Ketua Umno-BN negeri Terengganu telah menuduh PAS sebuah parti  sesat.<\/p>\n<p>\u201cSesat ini bagi istilah kita di Malaysia sama dengan  \u201ckafir\u201d atau pun sama dengan \u201csyirik\u201d. Iaitu suatu ajaran sesat yang  terkeluar dari ajaran Islam. Jika PAS sebagai parti sesat, maknanya PAS  terkeluar dari landasan Islam. Ianya, sama taraf dengan kafir atau pun  syirik,\u201d jelasnya.<\/p>\n<p>Menurutnya, menuduh seseorang itu kafir atau syirik sangat besar dosa jika yang dituduh itu tidak melakukan perkara tersebut.<br \/>Dato\u2019  Abu Bakar yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Terengganu menegaskan kaedah  mubahalah itu merupakan jalan terakhir bagi menuntut kebenaran.<\/p>\n<p>Katanya,  sumpah mubahalah mempunyai syarat-syarat tertentu yang terdapat dalam  al-Quran serta pernah berlaku dalam sejarah Islam.<\/p>\n<p>\u201cWalau  bagaimana pun, sumpah \u2018mubahalah\u2019 ini adalah kaedah yang terakhir. Pada  hari ini, saya hendak minta tolong dengan Allah SWT untuk diri saya  sendiri dan keluarga kerana syarat yang pertama untuk mubahalah ini kena  mengikhlaskan diri kepada Allah SWT. Niat kerana Allah, Insya\u2019Allah  saya niat ikhlas kerana Allah untuk mencari kebenaran bagi mengajak  Dato\u2019 Seri Ahmad Said bermubahalah.<\/p>\n<p>\u201cPertama, Dia (Ahmad) dan  anak-anak, isteri dan saya (Abu Bakar) dengan anak-anak dan isteri  mengajak untuk bermubahalah bersama-sama melakukan sumpah di mana-mana  tempat yang akan diatur.<\/p>\n<p>\u201cKedua, kerana kepentingan Islam. Syarat  bermubahalah ini kita hendak mencari kebenaran dan menentang kebatilan.  Jika dia (Ahmad) tidak mahu bermubahalah, maknanya dia tidak yakin  dengan apa yang dia ucapkan itu,\u201d ujarnya.<\/p>\n<p>Menurut beliau, parti  Islam berjuang bagi menegakkan Islam dan jika PAS dituduh sebagai parti  Islam sesat, mana lagi pendakwahnya.<\/p>\n<p>Sedangkan, katanya kemungkaran yang besar ialah tidak adanya negara yang beramal dengan hukum-hukum (perundangan) Islam.<\/p>\n<p>http:\/\/www.youtube.com\/watch?v=rq2SExItYuc<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p><strong><img decoding=\"async\" src=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2012\/03\/duabc.jpg\" border=\"0\" width=\"480\" height=\"310\" style=\"float: left; margin: 2px;\" \/>KUALA TERENGGANU<\/strong> &#8211; Pemimpin Umno Terengganu mengulangi fitnah  &#8216;jahat&#8217; terhadap PAS dengan melabelkan PAS kononnya sebagai sebuah  \u2018parti ajaran sesat\u2019 secara secara terangan-teragan dan terbuka  menganjurkan satu Wacana umum berkenaan tajuk tersebut.<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[30],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9035"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=9035"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/9035\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=9035"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=9035"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=9035"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}