{"id":8906,"date":"2012-04-07T19:46:08","date_gmt":"2012-04-07T11:46:08","guid":{"rendered":"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/index.php\/2012\/04\/orang-melayu-islam-tidak-boleh-memerintah-secara-bersendirian\/"},"modified":"2012-04-07T19:46:08","modified_gmt":"2012-04-07T11:46:08","slug":"orang-melayu-islam-tidak-boleh-memerintah-secara-bersendirian","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/orang-melayu-islam-tidak-boleh-memerintah-secara-bersendirian\/","title":{"rendered":"Orang Melayu Islam Tidak Boleh Memerintah Secara Bersendirian"},"content":{"rendered":"<p>PAS mahu membetulkan fahaman salah parti-parti dalam Barisan Nasional (BN) yang\u00a0 berteraskan bangsa, umpamannya Umno hanya mementingkan orang Melayu sahaja dan tidak mempedulikan bangsa-bangsa lain.<\/p>\n<p>Oleh itu, PAS menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS (PAS) yang membuka ruang kepada orang bukan Islam bukan Melayu untuk bersama-sama dengan PAS.<\/p>\n<p>\u201cIslam bukan sahaja satu agama, ia berbeza dengan agama lain kerana dalam Islam ada ajaran politik dan ada ajaran ekonomi,<\/p>\n<p>\u201cPAS mahu membawa politik cara Islam yang menyatakan bahawa manusia diatas dunia tidak boleh hidup satu bangsa sahaja,<\/p>\n<p>\u201cUmno ialah satu parti untuk orang Melayu sahaja, tidak peduli kepada orang-orang Cina (dan India) kalau pun peduli hanyalah sambil lewa sahaja, \u201dujar Presiden PAS Dato\u2019 Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.<\/p>\n<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2012\/04\/IMG_6904a.jpg\" border=\"0\" width=\"480\" height=\"310\" style=\"float: left;\" \/>Begitu juga negara kita Malaysia, beliau berkata, tidak boleh diperintah oleh satu bangsa dan satu agama sahaja kerana ia adalah Negara yang didiami oleh pelbagai bangsa dan agama.<\/p>\n<p>Kerana itu, katanya, PAS mengadakan kerjasama dalam amalan politik dengan DAP dan PKR kerana terdapat bangsa-bangsa lain dalam parti-parti tersebut, yang boleh menyelesaikan masalah pemerintahan Negara.<\/p>\n<p>\u201cMalaysia tidak boleh diperintah oleh orang Melayu sahaja kerana ada orang Cina dan orang India, orang Cina (dan India di negara ini) dan orang Cina (dan India) terima hakikat\u00a0 bahawa majoriti penduduk Malaysia adalah Melayu Islam,<\/p>\n<p>\u201ctetapi orang Melayu Islam yang memerintah mestilah mengambil kira hal-hal orang Cina dan orang India,\u201djelassnya.<\/p>\n<p>Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Bilik Gerakan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kawasan Parlimen Marang di Wakaf Tapai dekat sini pada Jumaat 6 April.<\/p>\n<p>Sehubungan itu, Ustaz Hadi mengimbas kembali, keadilan PAS tanpa mengira bangsa dan latarbelakang ekonomi sewaktu memerintah negeri Terengganu pada tahun 1999 hingga 2004.<\/p>\n<p>Katanya, penghapusan cukai pintu rumah kediaman di kawasan majlis-majlis perbandaran oleh kerajaan PAS membantu golongan miskin walaupun ia memberi kelebihan kepada ramai orang-orang Cina yang tinggal dibandar-bandar.<\/p>\n<p><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2012\/04\/IMG_6902a.jpg\" border=\"0\" width=\"480\" height=\"310\" style=\"float: right; margin: 2px;\" \/>Pada masa yang sama, menurutnya, PAS meningkatkan cukai kepada golongan kaya dengan meningkatkan cukai kawasan-kawasan industri walaupun ramai dikalangan mereka juga adalah dikalangan orang-orang Cina.<\/p>\n<p>Katanya, PAS meletakkan kebersamaan dengan memberikan tanah tapak kepada semua kaum dan semua pihak tidak kira orang Melayu Cina dan India kerana ia merupakan hak kepada seluruh rakyat.<\/p>\n<p>\u201cHak hidup kita kena sedar, tiap-tiap irang kena ada tanah untuk rumah, kena ada tanah untuk orang berniaga, kena ada tanah untuk bertanam, kena ada tanah untuk ditanam dalam kubur, <\/p>\n<p>\u201ckena ada semua, ini hak dia, maka kita laksanakan (pemberian tanah) ini semasa kita memerintah,\u201dkatanya<\/p>\n<p>Malangnya, menurut beliau, Umno dan Barisan Nasional yang mengambil alih pemerintahan negeri Terengganu dengan \u2018penipuan\u2019 bermula tahun 2004 telah merampas kembali tanah-tanah tersebut.<\/p>\n<p>Turut hadir dalam Majlis tersebut adalah Setiausaha Agong PAS Dato\u2019 Haji Mustafa Ali, Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu, Haji Yahaya Ali, Pengerusi DHPP Dr. Balachandran dan Pengerusi DAP Terengganu Ng Chai Hing dan Pengerusi MTD Pengkalan Berangan Ustaz Abdullah Suhaimi Zakaria.<\/p>\n<p>http:\/\/www.youtube.com\/watch?v=xNILz_tO0xY<\/p>\n<p>\u00a0<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p><strong><img decoding=\"async\" src=\"http:\/\/buletinonline.net\/v7\/wp-content\/uploads\/2012\/04\/IMG_6950a.jpg\" border=\"0\" width=\"480\" height=\"310\" style=\"float: right; margin: 2px;\" \/>MARANG<\/strong> \u2013 Allah menjadikan manusia dengan pelbagai bangsa yang tidak boleh hidup secara sendiri tanpa mendapat kerjasama dari bangsa-bangsa lain kerana setiap bangsa yang dijadikanNya mempunyai kemahiran dan tugas masing-masing.<\/p>\n","protected":false},"author":1,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[31],"tags":[],"better_featured_image":null,"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8906"}],"collection":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/1"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=8906"}],"version-history":[{"count":0,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/8906\/revisions"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=8906"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=8906"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/buletinonlines.net\/v7\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=8906"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}